Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Assalamualaikum, Salam Khamis
Eh, pejam celik pejam celik dahpun hari Khamis
Amat tidak bertoleransi saya biarkan blog tidak berupdate
Saya melawati blog setiap jam cuma kadangnya terkelu tak tahu nak tulis apa
Sebab kadang kadang apa yang ditulis menjadi isu besar pula pada orang lain walaupun sudah diberitahu, ini hanya blog personal dan tiada drama swasta dibenarkan disini..hihihi

Alhamdulillah, kami dari Lunatots & Sara Kids sampai juga ke rumah yang dituju petang semalam
Asalnya nak kesana hari Sabtu, bawa ke Ahad, bawa ke Isnin…akhirnya Khamis kami tiba

Anak anak kita sedang beriadah
Teringat masa sekolah menengah dulu, ada waktu petang untuk beriadah
Tapi saya malas nak beriadah sebab nanti berpeluh, nanti kena mandi, nanti berebut bilik air, tak sempat makan, tak sempat ke prep (ah alasan mahu lambat datang prep la ituu..haha)

Sebaik sahaja kami sampai, anak anak ini menyambut kami dengan cara menolong angkat barang2 yang kami bawa

Barang barang yang kami bawa ialah perkara yang diminta mereka seperti susu dan lampin
Tiada intention khusus untuk mempromosi sebarang jenis atau jenama disini

Diskusi ringkas kami dengan Pengetua rumah ini
Menurut Pengetua rumah ini, mereka amat mengalu alukan sumbangan :

  • kasut sekolah
  • meja kecil tempat belajar anak anak
  • kerusi kecil
  • stationery, peralatan mewarna
  • permainan
  • baju anak kecil

Lunatots & Sara Kids menyumbangkan Lampin Kain Moden Lunatots
Sebak saya bila pengetua tanya “kalau kami nak beli, berapa ringgit sekeping?”



Kami senyum dan saya niatkan untuk menjual lampin kain moden Lunatots dengan potongan 50% dimana 50% lagi ditanggung oleh Lunatots & Sara Kids
Anda boleh membuat pembelian dengan mengklik gambar dibawah

Kami berkesempatan melihat Bilik Bayi hanya dari pintu bilik mereka
Air mata omak omak ni murah bila lihat anak anak seawal usia 40 hari
Yang dah pandai meniarap, meniarap berbual sesama mereka
Yang menangis, tiada siapa yang sempat angkat sebab semua pekerja sedang memandikan seorang demi seorang bayi yang ramai

Sumbangan duit yang diterima, sudah kami salurkan kepada mereka
RM30 anda, besar maknanya pada mereka
Terima kasih!

Nota Mommy Luna : Anak anak kita bertuah sebab ada emak yang cantikkkk..kih kih…

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Sumbangan Anak Yatim
  2. anak yatim
  3. Jemputan Rumah Terbuka Lunatots
  4. laman rumah
  5. Bila Mommy di Rumah

11 Responses to “Rumah Anak Yatim”

  • bernyer kan dapat beramal ibadah.. moga rezeki mu bertambah2 sue..

    Salam Lyn, ianya bukan dari Sue seorang..tapi semua kita
    Ada rezeki kita, Lynn datang bawa Danish bersama sama ya.

  • serinditrimba:

    Sue..entry ini sangat sedih la

    Betul Kak Zana, sedih sebab anak anak kita masih ada ibu
    Yang membelai rambut mereka bila malam tiba
    Tapi anak anak disini..dalam pantang pun bersendiri :(

  • zura:

    salam ..

    zura ni sejak2 dh ada anak ni pun sgt2 ler murah air mato .. xleh tgk ler anak2 yatim , sure banjiro punye..

    oh dtg cheras yek ? zr selalu lalu depan rumah anak2 yatim tu , tp x nampak le plak budk2 tu dok main2 ker .. (rumah ku di cheras)..

    tp sedih kan , huhuhuhuhhhu .. moge2 diorg akan di besarkan dgn penuh kasih syg.. & mencapai impian diorg

    Zura, mereka mengalu alukan siapa sahaja yang mahu menyumbang
    Anak anak yatim main di dalam, main bola, main netball
    Yang baby dalam bilik berbual sesama mereka
    Tuhan tahu, betapa besarnya pahala untuk mereka yang mengasihi anak yatim kan dear..

  • ila farish:

    kak sue…CD untuk rumah anak2 yatim tu diskaun for beli tuk diorang ke? alhamdulillah moga murah rezeki SARALUNA…
    inform kalau ada for the next visit ek to rumah anak2 yatim…kak sue xde snap pic baby2 kat situ ke?

    Betul Ila, diskaun 50% dan semua CD akan diberikan kepada Rumah Anak Yatim Tengku Budriah
    Ada gambar tapi tak boleh publish kerana bayi2 di sini bayi terlindung yang wajahnya tak boleh dipublishkan
    Tapi mereka comel, sungguh comel.

  • mummy_rn:

    sonoknye aktiviti amal jariah mcm nie…tingin nk wat same…bley share ngan anak how lucky they r to hv mummy n daddy to luv n care for them…huhuhu…*touched*

    Mummy Rn, nanti bila kertas kerja kami dah siap, kita ke sini lagi ye.

  • dulu ku ade beli brg menan kat ank..dhla mahal tp ank bkn nk main sgt dia nk main ngn kite je ku ingat nk simpan tuk adek beliau..tp ku rasa nk bg kat anak2 yatim..sbb ku sangat sedih dh bergenang ayo mato ni.adek ku pnh cite ms dia wat partime kt hotel time buko posa ngn ank yatim..ank2 kecik tu kene mkn sndiri xde sapo nk tlg depa pdhal xtau pon nk mkn sndiri..menangis2 adik ku tgk aku yg dngor cite beliau pon menangis..sobs ku nk gik la umh ank yatim ni dh lame tingin nk gik.wlpon semekin ku rs xslh ku nk sharing ngn depa kn k.sue.

    Salam Nurul : Kesian lihat mereka nangis, takde siapa sempat angkat. Orang luar tak buleh masuk bilik bayi. Pekerja tak cukup tangan.
    Kalau anak kita, kelam kabut berlari mak dia angkat anak nangis :(
    Saya alu alukan sebarang sumbangan Nurul..

  • fatonah:

    sue..bila bercerita kisah anak2 yg kurang berkemampuan mmg sedih..airmata ni murah jer nak turun..betapa beruntungnya anak2 kita kan sue.. sume dapat dari kita kan??… mcmanala hidup anak2 yg kurang berkemampuan kat sana tu… sue, kalo ada visit camni lagi infom ek.. insyaalah ingin gak sy nak sumbangkan rezeki yg ada pada anak2 “kita” kat sana tu….(sebak)

    Ok Fatonah, lepas siap semua kertas kerja nya,
    Sue dan Farah khabar2kan..buat masa sekarang Sue kumpul lampin kain moden untuk mereka
    Link untuk menyumbang di sini http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?products_id=630&osCsid=1ad3e3f864e4736ebbf8d3104fec5b01

  • myaqeelah:

    sue; kalo kita buat pembelian lampin utk anak yatim ni terus sue yang uruskan penghantarannya ke sana kan?

    Salam myAqeelah, betul. Sue akan kumpulkan sumbangan dan hantar ke rumah anak yatim tersebut.

  • huda:

    sue.. bilik baby tuu kalo kita pegi ziarah takleh masuk ker?….

    Salam Huda, tak boleh masuk. Ambil gambar pun tak buleh. Tengok dari geriji saja.

  • Nora:

    Salam…sue nak tanya bayi-bayi kat sana boleh tak kita adopt untuk dijadikan angkat angkat, saya sedang mencari bayi untuk diambil sbg anak angkat coz dah lama kawin tapi belum ada cahaya mata.

    Salam Nora : Permohonan perlu dihantar melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia rasanya..

  • hazwan:

    saya ingin mengambil anak angkat. bolehkah saya mengambil anak angkat dri kalangan anak yatim di rumah anak yatim ini? reply asap

    Hazwan, mungkin Hazwan boleh merujuk secara terus kepada KKM.

Leave a Reply