Fuhhh tak sempat duduk mengulit laptop
Saya di Genting Highland meluangkan masa dengan keluarga
Semalam SaraLuna ke Sepang melawat rumah Puan Mariam untuk rancangan Bersamamu TV3
Sumbangan kecil dari keluarga SaraLuna dan khidmat kaunseling penyusuan untuk keluarga ini
“Susu ibu sahaja dari Arif kecil hingga 6 bulan, terus menyusui hingga usianya 2 tahun”
Si kecil Arif (2 bulan) menghidap TB berjangkit dari ayahnya dan abangnya Adam (4 tahun)
Pengalaman baru buat kami bertiga
Sikecil Arif adalah irresistable-jatuh-sayang-bila-melihatnya
Bayi berusia 2 bulan hanya beralaskan tuala bila tidur malam
(sebab tiada tilam/comforter)
Anak kita?
Jauh bezanya kan..
Related posts:





alamak .. entry hari ni cite sedih …
kalau tgk BERSAMAMU ni mmg x sah kalau kuor air mato … huuhhuhuhu
—
Zura, kalau tengok keadaan sebenar pun sedih. Sedih sebab hidup kita tak pernah sesusah itu. Paling2 susah takde budget nak beli baju baruk…ekekek
alamak, tinggi rupanya pengacara tu! dlm TV nampak mcm comel tinggi sikit dari saya je. hahaha. sue pun mcm bwh telinga dia je. ke dia pakai tumit tinggi?
bila nak keluar tv nie?
—
Liz, tinggi, lembut, ayu Fiqa tu. Tak tinggi kasut dia, memang orangnya lampai. Sue pula, memang orangnya kenit..kih kih..
On air 12 Mei 2010, insyaAllah
sedihnye..hari tuh sya jalan2..sya nampak satu budak kecik nih baya iffah..jalan2 tak pakai kasut..dalam shopping complex..kesian sangat..terdetik dalam hati..”anak aku siap ade 3 4 pasang kasut lagih”..kite hidup kena selalu pandang ke bawah..baru laa reti bersyukur..
—
Betul Sya, baju anak kita bersilih ganti. Bila tengok anak orang susah, baring atas kain batik. Malam malam tidur atas tuala tapi masa penggambaran, maknya segan nak bawa keluar tuala tu..isk..
betul kan.. mmg sedih & airmata confirm mengalir kalau tgk bersamamu tv3.. iye lah sue, bila nak on air ni, bg lah tau.. blh lagi ke sms brape2 ringgit utk derma.. dulu camtu kan
—
Salam Nurul, mengikut rancangannya, ia akan ke udara pada 12 Mei 2010.
Mengenai derma & sumbangan, masih sama seperti dahulu
sedih bila tgk diorg kan….kalo nak ckp kita susah ada org lagi susah dr kita..Fikir2 kanlah
—
Betul Qaseh, bila pandang ‘atas’, selalu rasa tak cukup
Tapi bila pandang ke’bawah’, rasa lengkap sudah hidup ini-anak anak anak & suami yang sihat…Alhamdulillah
sedih rasa hati bila tgk pic ni.ini belum tengak real bersamamu lagi…sure kak sue teresak2 time tu kan?anak2 kita beruntung kan..tiap2 bulan beli baju baru, kasut baru,macam2 semua baru…kita kena ajar anak2 kita tgk kesusahan orang lain kan kak sue?
—
Ila, Bersamamu dalam TV lebih drama..kih kihhhh
Anak anak kita beruntung, jauh untungnya berbanding mereka..
su, bila keudara episod ni?? nak tgk su ..kikiki.. ada ke hari tu saya mimpi su, apa daa..nmpk sgt kena pegi juga lunatots amcorp mall nih..nak jumpa su..hihi
—
Salam Suliana : Dalam mimpi itu Sue pakai baju warna apa? Hihi..
Ya, kalau nak datang, sila beritahu Sue!
…
—
Ayg, Ayg speechless sebab Alang gemuk didalam gambar ye?