Dulu dulu masa berkerja dengan orang, saya suka hari Jumaat
Sekarang bila berkerja sendiri, saya suka hari hari..ekeke
Saya ada satu joke yang tidak berfaedah
Kalau taknak baca, buleh skip skip ye
Begini kisahnya
Ada satu pasangan suami isteri jumpak doktor sebab suaminya mengidap penyakit.
Doktor nasihatkan untuk hanya ‘bersama’ pada hari yang bermula dengan huruf S sahaja.
Ianya bagi mengelakkan penyakit itu berlarutan (la kut…ekeke)
Apa hari yang bermula huruf S? Betul..Selasa & Sabtu!
Pada suatu hari Jumaat, suami tersebut mengendeng2
Lalu isterinya bertanya “eh harini hari apa bang?”
Suami senyum simpul dan menjawab -> SUMAAT
Motif cerita : Anda perlu ceria hari hari tau!
Berkerja sendiri bermakna andalah pengurus
Kalau pandai mengatur masa & duit, anda akan gembira
Kalau gagal mengawalnya, mode hantuk2 kepala didindinglah macam acik Luna..ekeke
Suka suka incik suami panggil saya ‘perancang keluarga’
Saya ->pengurus lah abang (bukan perancang!)
Perancang keluarga tu yang pil2 itu..ekeke
Aktiviti Iki di Lunatots?
“Makan nasi tak buleh sepah sepah tau”
“Kalau sepah sepah?”
“Nanti mommy marah sebab mommy kena kemas”
“Kalau tak sepah-sepah?”
“Mommy tak marah la sebab tak sepah-sepah”
“Kalau mommy marah?”
“Kalau makan sepah, mommy marah. Iki jangan tanya banyak banyak, makan je” (dah mula pening)
“Oh..kalau Iki tanya banyak banyak pun mommy marah?”
“Iye…….” (isk!)
Aktiviti untuk Iki?
Inspirasi beraktiviti dari blog Azza
Saya dulu pernah mengajar tuition
Bila mengajar, kita akan preparekan apa aktiviti/silibus yang kita nak buat pada malam itu kan?
Dan saya terfikir, bila mengajar, saya akan preparekan macam macam untuk student
Apa salahnya saya aplikasikan untuk anak sendiri
Tak perlu aktiviti setiap hari, selang sehari pun buleh
(Hari tiada aktiviti dinamakan -Aktiviti bebas…ekeke)
Aktiviti hari ini ialah Mengenal Duit Syiling
10 sen, 20 sen dan 50 sen
Beritahunya:
- Duit is not a food (bukan makanan) tapi boleh digunakan untuk membeli makanan
- Duit yang bersaiz besar boleh membeli makanan yang lebih mahal
- Ajarnya mengenai saiz (10 sen kecil lebih kecil dari 20 sen)
- Beritahunya kukunya sudah hitam dan panjang lalu perlu dipotong (ekeke..inipun masuk silibus?)
Letakkan duit syiling dibahagian bawah kertas
Mula mewarna!
Buat muka eksaited seperti “wow, keluar coraklah!” (ahaha, tak perlu tiru bulat2)
Yang terakhir, tunjukkan padanya yang mana SAMA
Maksudnya 50 sen yang dilukiskannya dengan 50 sen sebenar
Tips : Duit ringgit ringgit merah menyala tak perlu ajar lagi lah ye, nanti tergunting2 pula..ekeke
Seterusnya Iki tolong daddy ye
“Kesian daddy, biar Iki tolong ye ye ye”
Omei sudah ada gigi pada usianya 5 bulan!
Belum jelas kelihatan tapi dah ada tunggulnya
Patutlah adik meragam 2-3 malam ni

Iki tumbuh gigi masa umurnya 9 bulan di entri ini
Nota Mommy Luna : 2 orang? Berdua kan lebih baik…kih kih
Related posts:













alang, tambahla lagi gegirl pulak. hehe
—
Ayg, tambah? Maksud Ayang?
(Keh kehhhhh..purak purak dalam perahu..hihi)
wah..iki da besar..omei pon da tumbuh gigi =) cepatnye masa berlalu..kite da jadi ibu2 yang tua ke…i’m also excited sue..lepas bersalin nih..insyaAllah kerja dr rumah..Alhamdulillah management da approved..tapi leh ke sya manage..excited ade ngeri pon ade..yg terujanye..insyaAllah won’t miss any moment melihat anak2 membesar depan mata..insyaAllah..
—
Sya, bukan dah tua tapi dah matang..ekeke
Sya akan berkerja dari rumah lepas melahirkan? Wah…pengalaman baru bergelar WAHM..hihi
Sya buleh melakukannya!
-Ketua kumpulan sorak, Suraya-
sian si omei…kena picits mulutnya….hikhikhik….muka lak selamber jek..
kikiki…dialog yg sgt meluckan pd kami
iki…tak sangka, dia sgt petah…
yg membaca tp bila kena pada diri sendiri (menahan sabar dn menahan kepala
dari berpusing dgn soalan2 yg pelbagai itu) Hikikiki….iki..iki..
—
Kih kih..nak ambil gambar tunggul giginya agak susah (dia tutup dengan lidah)
Iki & dialognya? Fuhhhh…tarik nafas lepas tarikkkkkkk lepassssss mommy & daddy!
comelnyer iki…big bro..dh byk tnya dah..yup kena tmbh gugurl la…bru ada geng pinky..
—
Iki dah banyak tanya, banyak cakap (buat je tidak…ekeke)
Tambah gugurl? Lebih dari seorang girl kah?
pandai iki makan nasi…kalo alysha makan nasi, byk yg terabur dari yg kat dalam pinggan..huhu
—
Kak Ina, sepah juga. Tengah mengajarnya biar tak sepah…
Kadang kadang mommy makan pun sepah, keliru Iki..ahaha!