Lunatots & Sara Kids ke Brunei!
Terima kasih di atas ucapan tahniah kalian
Betul, tanpa doa & sokongan kalian, kami tak sampai ke mana mana
8 kotak dengan berat hampir 100kg = RM880
Sakit dada acik, mujur ada cash!
Mengadu pada adik kaunter “Habis duit shopping akak dik..”
Dia senyum manissss…isk….
Fikir punya fikir punya fikir nak pakai baju apa
Saya pakai uniform Lunatots
Kelam kabut sebab saya sampai lambat ke airport
Dan yang paling mengerikan, kami tunggu di gate berlepas yang salah!
Hah! Memang jadi acara pecut lari lari macik warna merah mencari gate…ekekek
Tulah..leka tengok kumpulan kecil ini berdakwah
Kumpulan kecil Saraluna (saya, Farah & Haza *tak dapat ikut sebab hampir due*) ke Brunei juga untuk berdakwah
Tinggalkan suami dan anak anak…
Dakwah itu, menyampaikan sesuatu yang baik, kan?
Kami ke Brunei untuk bercerita mengenai Penyusuan Susu Ibu & Asuhan Alami
Tapi belum layak duduk bersila dengan kumpulan ini..hihi
Jujurnya, Lunatots, Sara Kids dan Sri Suri bukanlah ‘orang besar’ atau ‘wanita hebat’
Kami menangis macam anda, mengeluh perlahan bila penat, muka berminyak bila petang dan naik berat badan bila makan banyak..(isk, sayalah itu!)
Kami cuma melakukan apa yang kami gembira dengannya
Dan anda juga perlu begitu, ya!
*Susu ibu buleh dibawa secara hand carry atau didalam luggage kapal terbang*
Sampai di Brunei, kami lega
Macam Farah kata, ianya macam dalam dunia bunian
Haha!
Lambang toilet, wanita bertudung!
Kalau di Malaysia, saya selalu tersalah masuk toilet sebab-lambang-tumit-kasut-lelaki-pun-tinggi!
Di Brunei, kita = awak
Jadi kalau ada yang bertanya “Kita sampai jam berapa?”
Janganlah jawab “Manalah saya tahu pukul berapa”
Kerana soalan itu adalah soalan untuk anda..hihi

Dan awda (read as awde, e=ekor) ialah anda
Digunakan untuk acara acara yang lebih formal
Sekian acik Luna melaporkan dari Brunei untuk awda semua…aicehhh!
Anak anak ini senang hati berbaring di karpet airport..ekeke
Nota Perjalanan Mommy :
- Tiket pergi balik KL-Brunei lebih kurang RM600/seorang
- Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam
- RM1.00 sama dengan RB2.40
- Acik Luna sama vogeh di Malaysia dan Brunei (perlukah point ini?)
Related posts:











wahh bagus nye sana … logo tandas gune perempuan bertudung..
** mak aii .. sgt2 conpus daku .. kalau dh gune kite= awak
—
Zura, tulah. Bertudung bersongkok nak masuk toilet..ekek
Mula mula confuse juga, lama lama sampai sudah masih confuse..ekekek
salam sue;
boleh bagi tips untuk travel dgn ebm (travel dgn flight) my fren kena travel ke KT – KL – KT (tak overnite la), She bit confuse cara nk bawak ebm pegi balik ni. kagum la tgk su siap pegi brunei lagi bwk ebm.
thanks in advance.
—
Myaqeelah, EBM simpan dalam cooler bag bawa hand carry.
Terangkan pada kastam jika perlu. Letak dalam bekas kecil 2-3 oz satu bekas.
Penuhkan dengan ice pack yang banyak.
Harap membantu!
awda= awang dan dayang
kak…saya pun x sempat terjah akak T___T
—
Aima, thanks. Lainkali kita jumpa ya.
sue, betul ke tukaran wang tu? Rasanya dulu (lebih 10 thn dulu) tukar RM100 dapat 60 dolar lebih je… sekarang maybe duit kita lagi kecik laa. barang kat brunei mahal la… org brunei pun shopping kat miri.. hehehe