salam…hai maaf la sekiranya sy mengganggu..sy just nak tny sbb sy terjumpa blog awk ttg kaunselor laktasi..mmg tgh mencari ni sbb kalau boleh nak breastfeeding anak angkat..due dlm awl bulan 7…awk ade wat x utk induced lactation?sy takde susu badan dan tak penah pregnant tp ingin sgt nak bg susu badan kpd anak angkat sy nanti..insyaallah..harap sgt2 awk dpt bantu sy sbb dah lama sgt sy mencari ni..sejak baby umo 5 bulan sampai ni dah nak lahir bulan 7 ni..
-Peaches 17-
————————–
Assalamualaikum Peaches,
Tahniah di atas niat yang Peaches tanam didalam hati dan bertuah anak Peaches ![]()
Saya tiada pengalaman membantu ibu angkat menyusukan anaknya
Walaubagaimanapun, saya link kan entri kaunselor laktasi yang lain disini (Puan Farah) dan disini (Puan Haniza)
Sumber www.asklenore.info
Induce lactation – ‘Mencetuskan Penyusuan’ atau Adoptive Breastfeeding ialah apabila ibu menyusukan anak yang bukan dikandungnya.
Proses kehamilan adalah proses alami untuk badan ibu bersedia untuk menyusukan anak yang bakal lahir
Walaubagaimanapun bagi wanita yang tidak pernah mengandung, anda masih boleh menyusukan selagi anda mempunyai payudara dan kelenjar pituitari yang berfungsi!
3 bulan sebelum : Makan pil perancang (Yasmin/Microgestine) setiap hari tanpa henti dan Domperidone (20mg/4 times per day) untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.
Apabila terdapat ‘perubahan’ pada payudara, hentikan pengambilan pil perancang dan teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu.
‘Perubahan payudara’ ialah pertambahan 1 cup pada bra ibu dan payudara terasa penuh dan berat
Ibu boleh mula memerah susu menggunakan dual pump elektrik 3 jam sekali/20 minit untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
Beri bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.
Sekiranya anda tidak menghasilkan cukup susu (setelah didiagnos doktor dan penilaian konsultan laktasi)
Cuba gunakan SNS (Supplemental Nursing System) dengan menggunakan susu yang dibekalkan oleh ibu kandung bayi ataupun susu tiruan.
Ibu akan menghasilkan susu selepas 2 ke 3 minggu proses ini berlaku dan kesannya berbeza kepada setiap individu
Susu ibu yang dihasilkan ialah susu matang yang keluar dari ibu yang melahirkan pada hari ke 10 (lebih dan kurang)
Ibu yang mencetuskan susu ialah ibu hebat!
Anda tidak menghasilkan kolustrum kerana badan anda tidak menghasilkan ‘human placental lactogen’
Susu anda berkhasiat, mengandungi nutrien, antibodi dan immuniti yang sikecil perlukan, tahniah!
Cadangan lain :
- Sekiranya ibu kandung sudi menyusukan anaknya, bekalkan breastpump untuk kemudahannya membekalkan susu sepanjang sekurang2nya 1 minggu pertama bayi. Kolustrum adalah makanan pertama bayi yang terbaik.
- Breasteeding is more than breastmilk
- Quoted dari Puan Kamariah, Konsltan Laktasi “Kasih sayang itu milik Dia dan niatkan menyusu anak ini demi menambahkan kasih sayang dan bukannya menggantikan”
Saya harap saya membantu Peaches dan ibu ibu lain yang mahu mencetuskan penyusuan.
Artikel relaktasi disini
Ikatan itu dicipta, kan?
Peluk rapat ke dada anak anda, hormon kasih sayang iaitu oksitosin akan dirembeskan
Anda akan berasa selesa bersama
Apatah lagi ‘perasaan’ ketika sedang menyusukan – ciptaan Dia cantik!
Related posts:





semoga peaches 17 success ye kak sue…
Such a good info..Saya tak tau pon ibu angkat yang tak pernah pregnant sebelum ni boleh jugak nak breastfeeding..
I have doubt skit..boleh tak kalau misal nya ibu yang stop breastfeed anak dia 6 bulan lepas deliver than after awhile dia nak breastfeed balik anak dia..??Kalo boleh it’s really a good news for me!
Sgt membantu..cuma saya nk tau la..adakah ini cara yg sama bagi ibu yg pernah menyusukan tp dh stop menyusukan and ingin menyusukan semula setelah beberape bulan?
Asalnya adalah disebabkan brestmilk jaundice. Saya ikut nasihat doktor agar menggunakan susu campur (selang dgn susu formula). lama2 susu mulai kurang and kering. Anak sihat sepenuhnya setelah berusia hampir 2 bulan. Dan kini umurnya 3bulan. Saya masih berniat ‘kalau dibolehkan saya nk menyusukan anak saya semula’. Tapi apa caranya?
(saya merupakan ibu yang bekerja dan kdg2 outstation)
Harap2 ada yang sudi membantu.
—
Zalia boleh merujuk artikel relaktasi.
Ianya mungkin membantu namun lebih dinasihatkan untuk berjumpa dengan kaunselor atau konsultan untuk urusan temujanji kaunseling.