Dari Sri Pentas, saya pulang jemput anak anak dirumah
Untuk menghadiri kenduri perkahwinan sepupu di Sabak Bernam
Riuh Iki bertanya “kita nak kemana?”
Saya beritahunya yang kami nak balik kampung
“ada apa kat kampung?” soalnya lagi
Ada abang, opah, atok, pokok kelapa dan parit
“oh..parit yang cik baba jatuh dalam parit tu ye mommy?”
Hahaha..mana manalah Iki..
Saya suka balik kg sebab dapat jumpa sudara mara yang sekali sekala jumpa
Dulu dulu masa arwah embah masih hidup, kami mesti balik kg sebulan sekali rasanya
Dan hari raya memang hari utk tidur beramai ramai sudara mara dirumah embah
(Rumah kampung kan besar ruang tamunya)
Bilik air pun satu je, beratur berselubung towel-sejuk woo-sepanjang anak tangga
Golongan mak mak, memasak didapur
(Masa tu saya belum masuk golongan mak mak)
Saya masuk kumpulan joyah bergosip..ekeke
Orang Jawa, bila makan, makan serentak sekali semuanya
Jadi akan ada beberapa dulang makanan beratur macam kenduri kendara walaupun hanya acara makan adik beradik
(Adik beradik mak ada 11 orang-ramai!)
Raya ialah masa yang digunakan untuk mengambil tahu perihal sudara mara
Seperti “skolah darjah berapa?”
“periksa dapat nombor berapa?”
“UPSR haritu berapa belas A” ekekek
Entri raya masa saya berumur 22 tahun (fuhhhh) disini
Bila zaman anak dara, confirm sudara tanya “bila lagi?”
Dah berumah tangga pun ditanya “bila nak dapat org baru?”
Dah beranak sorang “bila nak dapat adiknya”
Iskkk… emosi je tau..hihihi
Oh ye, mengenai gambar-separuh-muka diatas
Mula mula saya fikir, saja suka suka bergambar dengan anak dalam kereta semasa perjalanan
Sebab nanti dirumah kenduri, incik suami mesti ambil gambar kami tengah makan lauk kenduri, bersanding atas pelamin, kupas kulit telur pada bunga telur etc etc
Dalam kelam kabut dengan anak, terus tak sempat keluarkan kamera..hihi
Jadi saya ada separuh-keping je gambar utk entri kenduri di Sabak Bernam
Nota Mommy Luna : Bukan dagu Botox…ahaha!
Related posts:




