Sambungan kisah apa-yang-menarik-di-Amcorp-Mall
Entri terdahulu mengenai boleh dilihat dilink ini
Tujuan entri ini ialah supaya anda mempunyai lebih sebab kukuh untuk datang ke Lunatots Amcorp Mall dan melawat saya..hihi
Anda buleh parking dibahagian hadapan Amcorp Mall dengan cas seperti berikut :
First hour = RM3.00
Subsequent hour= RM1.00
After 7PM = RM2.00 per entry
Tapi saya cadangkan anda parking dibahagian bawah bangunan Amcorp Mall kerana harga parkingnya lebih rendah iaitu :
First 4 hours = RM2
Subsequent hour = RM1.00
After 7PM = RM2.00 per entry
Murahkan? Sangat puas hati round Amcorp Mall dengan harga parking RM2 untuk 4 jam!
Bagi yang sukakan makanan Minang yang pedas, saya cadangkan anda ke Restoren Selero Nogori yang berada selang 6 kedai dengan Lunatots di Level 2
Dari luar, nampak macam restoran yang P Ramlee bawa girlfriend minum lepas tunggu punya tunggu, wanita itu tak datang dah
Eh macam tu ke jalan ceritanya?
Maksud saya, uniform warna coklat coklat batik dan kerusi meja lain lain design..hmm…unik!
Biasanya bila kami sampai, mesti masing masing cekak pinggang fikir nak makan yang mana satu
Saya order air dan duduk sebab saya tak kisah makan apa apa pun, mesti semua saya habiskan tinggal pinggan saja ..kih kih
Memang dari mata kasar, nampak lauk pauknya sedang sedang
Warna oren, kuning cair, kuning pekat sikit dan coklat gelap
Tapi rasanya…wahhh…anda datang dan makan sendiri baaaru faham bagaimana sedapnya!
Lepas pilih lauk, lauk akan dimasukkan kedalam talam
Talam ayan yang di rumah kampung kampung dulu mesti ada
Memang mengimbau kenangan!
Di sekeliling restoren ditampal artikel artikel mengenai Selero Nogori yang pernah dipaparkan di dada dada akhbar dan majalah tempatan
Restoren ini bersebelahan dengan kedai perabot jati, jadi jika anda berkenankan sebarang design perabot mereka, boleh ke kedai bersebelahan selepas makan
Lauk yang kami ambil ialah:
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Urat Masak Lemak
Begedil
Terung Masak Sambal
Lauk lauk istimewa yang lain adalah petai sambal, telor itek masak lemak pedas, jering goreng sambal, otak lembu masak rempah dan ayam kampung goreng yang lazat!
Taip entri ni pun terasa rasa masakan Minang masuk ke mulut..ekeke
Recommended!
Saya saaaaaaangat suka, anda cuba nanti ye.
Related posts:











Salam..semalam baru jek gi kedai lunatots kat amcorp mall. ur assistant nama Nani tu sgt2 membantu..~wink~
—
Terima kasih Myrule, dan Nani, terima kasih