23 Mei kami, team Lunatots ke Sri Pentas untuk siaran Nasi Lemak Kopi O
Ianya untuk sesi Baju Menyusu & Lampin Kain Moden (9.30 am)
Berada di Sri Pentas seawal jam 8 am untuk bersedia
Masa ni acik Haza, edd 21 Mei (dah terlepas 2 hari!)
Adik nak keluar TV dulu agaknya ya…hihih
Berbincang sebelum ke udara, saya sedang mengepam susu untuk Dzakwan
Dah hampir 2 minggu, Zikry berhenti menyusu susu ibu (weaning off)
Bila dia minta nak minum susu, saya usiknya “Abang Iki lupa ya…yang abang Iki dah besar & hensem..hihih”
Dan dia akan tersipu sipu “Ha a la..abang lupa..” *waktu tu dah sesuai tukar tajuk & perhatiannya*
Poncho untuk cover semasa menyusukan/mengepam ada dijual di Lunatots & Sara Kids dengan harga RM73.90
Bersembang sembang dengan pengacara Sheera
Dia mengadu yang pernah keluar di satu kolumn gosip mengenai –> Artis menyusukan anak di khalayak ramai
Kata wartawan itu –> macamlah tiada tempat lain nak menyusu anak (seperti baby room)
Dan antara sebab penyusuan susu ibu anaknya yang berusia 7 bulan terhenti ialah kecaman dari orang luar seperti yang dinyatakan
Ada banyak kecaman lain seperti dalam entri Farah
Breastfeeding is undeniably our normal, but we have learned that others seem to disagree. Sometimes people have to run out of the room when mother was nursing in because they felt like it was an intimate act not to be done in public (mind you, even in the home). How can the natural act of feeding our child, the way a child was meant to be fed, be even remotely offensive?
It’s acts like those that made us feel like we should nurse in the car while out and about, or as a last resort, nurse in a bathroom. It’s attitudes like those that make it hard to be a breastfeeding mom.
I wish that all mom had been confident enough to nurse in public. We could have helped “normalize” it.
I appreciate that there is a nursing room at the supermarket, and it is really nice that they offer a private place to nurse, but why should we “have” to nurse our child tucked away, out of sight? Why do we feel like we should hide away?
It’s a social issue. One that needs to change.
Susukan anak kita walaupun di public, kerana ianya perilaku normal
Sebelum sesi kami bermula, ada persembahan hiburan dari Anang & Sharini
Memang cantek kemas si Sharini ni
Sejuk mata krew memandang..ekek
Sebelum beralih ke mak mak orang di konti sebelah sini
Nganga acik Luna tengok Sharinie lawo
Lunatots membawakan rangkaian baju menyusu dari Mumdreams, Fabulous Mom dan Intan Payung
Baju menyusu seperti dibawah berharga RM67, ada dijual di outlet Lunatots Level 2 Amcorp Mall
Available dalam 2 warna iaitu hijau dan biru
Kedua duanya sama cantik, sama menarik
(Maksud saya baju tersebut..ekeke..)
Selain itu, kami juga membincangkan mengenai pengurusan susu ibu semasa ibu pergi berkerja
Dimana ibu boleh mengepam susu dan menyimpannya didalam cooler bag
Nah…walaupun ibu keluar berkerja, anak tak perlu minum selain susu ibu, kan?
Breastfeeding is more than giving breastmilk to babies, it involves ‘bonding’ dan mencetuskan rasa keibuan walaupun ibu terpaksa berjauhan dengan bayi
It is special!
Sesi lampin kain moden Lunatots, terima kasih TV9 di atas peluang
Kami bermula, hampir 3 tahun lepas
Ada pedih dan jerihnya
Ada teman yang begitu dan ada yang begini
Semuanya saya hargai kerana setiap satu mengajar kami ‘sesuatu’ biar sepahit manapun ia
Ubat kan biasanya pahit..hihi
Bersiaran selama 8 minit, sampai produser minta Sheera berhenti bercakap..ekek
Kerana sembang tak habis, diskusi mengenai lampin kain diteruskan sehingga selepas waktu siaran
Sheera & Farah Diba masing masing mempunyai bayi yang masih memakai lampin
Buat warga kerja Nasi Lemak Kopi O, terima kasih
Buat suami suami (Shazwan & Faizal) yang hantarkan kami ke Sri Pentas, juga terima kasih
Kami masih disini diatas sokongan teman teman, terima kasih
Kami percaya, dan kami berbangga kerana kami punyai anda!
Dari Puan Suraya & Puan Haza
Related posts:

















congrats…semoga terus maju..suka tgk org melayu berjaya..dan heran camne la nak raise anak2 …yg sorang ni pun aduhaiii penatt sgt2..ni mak makan gaji tetiap bulan nie..
—
Terima kasih Mirah,
Sue belum berjaya lagi Mirah, jom sama sama kita membesarkan anak dengan kesabaran menggunung
alhamdulillah..besar pahala sue berdakwah..gambate ne!!..sya doakan sue and the team sukses selalu..yup! penyusuan susu ibu di tmpt public tidak perlu dipandang pelik..as long as aurat terjaga..nursing cover and pemakaian baju menyusu yang sesuai sgt membantu =)
—
Terima kasih Sya!
salam,
saya menetap di bandar perda pulau pinang, saya sedang mengandung 23 minggu anak pertama saya. inginkan lunatots hantarkan risalah atau maklumat terkini bagi produk-produk lunatots.
t kasih.
—
Ismaliza boleh datang ke Lunatots Pulau Pinang di alamat 723-T-1, Vanda Business Park, Jalang Sungai Dua, 11500 Pulau Pinang untuk melihat katalog produk kami atau melayari http://www.lunatots.com/shop untuk katalog.