Dah hampir setahun, saya tak parking kereta di kawasan ini
Selepas beberapa tahun berkerja di syarikat IT sebagai si cantek manis (perlukah jawatan ini)..ekeke
*Mula bergelar WAHM pada Julai 2009*
Gigih update blog semasa berkerja dengan Iki , entri berepisod episod disini dan jadual WHAM disini
Mula menguruskan cawangan Cheras dan seterusnya Amcorp Mall
Kesana kemari anak beranak (sebelum ada pengasuh) dan jadual berkerja dengan anak anak disini
Gambar dibawah diambil pada jam 11.37 malam semasa anak tidur dalam kereta sebab keluar dari pagi untuk sesi photoshoot
Anak-anak mandi dan tukar baju di ofis sementara mak paknya menten-baju-yang-sama-dari-pagi..hihi
Penat? Sangat!
Kadang kadang sampai mata menjadi merah tapi tak perasan ianya merah sbb saya tak perasan yang saya letih (ah, berpusing pusing kah?)
Kalau dapat 9 arms macam octopus dibawah pun, okeh..hihi

Yang terbaru, booth Lunatots di LG Floor, Maju Junction Kuala Lumpur
Menyediakan rangkaian produk dan aksesori penyusuan susu ibu, lampin kain moden Lunatots dan kelengkapan bayi anda
Biarpun tak sempurna, sekurang kurangnya saya masih sempat makan di tempat yang selamat
Kesian lelaki ini makan sarapan di belakang lori syarikat dia berkerja
Mungkin dia ada keluarga dirumah, dan dia berkerja mencari rezeki untuk mereka, bayar yuran sekolah anak agaknya
There’s no cost for dreaming, saya akan terus bercita cita melakar impian, insyaAllah
Saya kembali ke tempat berkerja dahulu, untuk mengambil surat surat yang masih beralamat pejabat lama
Dan saya pernah beritahu bos (dulu), yang saya akan keluar dari pejabat ini, menjadi individu yang lebih baik dari sebelumnya
Erm…bukan dari segi pemilihan fesyen dan warna maksud saya..ekeke
Saya tiada fallback plan, resume pun tak pernah berupdate
Tak mahu memikirkan kemungkinan sementelah position ketua kerani pun sudah diambil alih oleh gadis jelita yang lain..ekeke
Nota Mommy Luna : Tudung purple, baju kurung purple tak gosok dan selipar putih tu acik Sue ke? Iyer..
Related posts:











cm konal bangat dgn parking (gambo 1st tu ).. situ mmg sosakkkk huhuhuhuhu…
x pe kak .. penat2 dulu, senang2 kemudian
—
Zura, amin..semoga perjalanan selepas2 ini dipermudahkan. Terima kasih Zura.
iyer..bersusah2 dulu bersenang2 – pegi melancong kat Paris – beli beg LV – kemudian..moga sukses selalu..!! ; )
—
Terima kasih Amirah. Paris? LV? Aminnn..