Wahhhh..dah lama saya tak menjenguk blog!
Macam saya bukan saya.. (exaggeration melampau dikesan)
Alasannya – tiada
Yang paling tepat, kurang keyakinan diri untuk menulis (haha!)
*Menulis blog pun perlukan setompok kekuatan tauuu*
Selain daripada menguruskan Lunatots Putrajaya dan Lunatots Penang yang belum naik signboard
Anak anak pun perlu dibelek belek
Saya bayangkan yang kami suami isteri jadi ‘mimpi indah’ pada anak anak
Bilamana pergi kerja sebelum mereka bangun tidur dan pulang masa mereka dah nak tidur (9 malam ke atas)
Saya tanya “Iki tak sayang mommy ye?” sebab dia marah saya ciumnya waktu pagi sebelum keluar kerja
Iki jawab “Sayang lagi” *sambil sambung tidur*
Isk…lebih molek jika tiada perkataan ‘lagi’
Kanak kanak belajar dari sekeliling dan ayahnya tak cakap begitu…ahaha!
Bagi yang belum dapatkan Pa & Ma Ogos 2010, edisi bumper sempena Minggu Penyusuan Untuk Anda
Info info menarik seperti Perlukah Susu Formula Selepas Bercerai Susu, Hubungan Intim Semasa Mengandung dan Menyusukan, Pengalaman Mirah dan baby Khadijah dan lain lain
Photo shoot untuk Pa&Ma Edisi Ogos diadakan pada bulan June tempohari
Bayi yang comel ini namanya Syaza Asyiqah (Keharuman yang mengasyikkan)
Saya kenalnya dari dalam perut semasa ibubapanya menghadiri Kelas Penyusuan
Lama dah kan? hihi..
Syaza berusia 5 bulan setengah semasa photoshoot ini dan belum pandai duduk
Demi memberikan pose terbaik, Syaza belajar duduk di dalam studio!
Risaunya hati mama dan papa Syaza..

Syaza seusia Dzakwan, beza 4 hari
Anak gadis yang coooomel, buah hati mama & papa
Mengagah biar baby Syaza senyum dan moodnya ceria hari itu
*Macam mommy Sue senyum laaaagi lebar dari Syaza je?*
Lunatots sebagai Butik Bayi yang menyediakan Aksesori Penyusuan Susu Ibu dan Lampin Lunatots menghadiahkan sesuatu yang terbaik untuk bayi dan ibu
Layari laman web Lunatots bagi pembelian secara online
Sofia & suami, terima kasih yang tak terhingga dari Kak Sue sekeluarga
Sampai tertidur Syaza kepenatan
Photoshoot dengan bayi sukar dijangka outputnya
Alhamdulillah…senyum simpul dan aksi Syaza memang mencuit hati
Terima kasih baby Syaza!
Jom beramai ramai ke Parenthood Expo di Mid Valley pada 22 Ogos ini
Bawa keratan untuk mendapatkan 15% diskaun barangan Lunatots pada hari tersebut!
Terima kasih keluarga kecil Lunatots
Kegagalan adalah pelengkap kepada kejayaan dan bukannya kata lawan
Kata lawan bagi kejayaan ialah ‘tidak pernah mencuba’
Mommy Luna mencari mentor, perantis dan model bayi
Email suraya@lunatots.com
Related posts:










info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU
—
Terima kasih Admin Sihat Selalu.
mcm nk try jer…jd model bayi…
—
Mummy RN, model ibu dan bayi pun dialu alukan:)
brapa jam laa baby SYaza ni ber’shooting’ yek? Damia ada g test shot di gerai Pa&Ma masa Parenthood Expo di Midvalley Mac lepas… tp mukanya rasa2 belom keluar lg di Pa&Ma(tlepas membeli utk keluaran Jun 2010)Tp masa tu mood dia malu2 sambil tcengang, tak tau cantik ke tak gambar tu…mama nye plak gabra takut gambar tak cantik heheh…
—
Sham, Sue tak pernah jumpa baby Damia.. Nanti kita kopi sama sama bawa anak anak ye.
Ha ha …
U-ul selalu mintak suar dalam PINGU atau pun Tom And Jerry..
Kih..kih..
—
Pandainya U-ul. Dia tak suka princess atau barbie?
Salam sue, rasa lama tak jengah sini. Tp rasa mcm selalu juga baca post sue.. eh apakah? maksudnya mcm ni, minggu lepas busy tak blogwalking sgt.. rupanya nama kami diseru ya.. hihi