Orang lain dah masuk hari ke 5 berpuasa
Saya berbuka puasa di pagi Ramadhan ke 4
Suami sahur, saya sahur, suami berbuka, saya berbuka
Bezanya saya selang selikan dengan makan tengahari dan minum petang
Dan dihiasi dengan Iki yang confuse “Daddy tak makan sebab puasa?”
“Mommy tak puasa? Iki tak puasa sebab Iki kecil lagi, mommy tak puasa sebab mommy girl?”
“Mommy Yaya puasa? Ummi Zafran puasa? Girl pun puasa?”
*Komunikasi berbunyi sehala kerana soalan Iki dijawab dengan angguk dan geleng mommy..ihihi
Berkerja pada hari Ahad?
Semasa saya masih berkerja dulu, hari Sabtu ialah hari membasuh baju pagi sammmmmpai petang
Sementara hari Ahad adalah hari yang boring sebab semua kerja rumah dah buat pada hari Sabtu
Sekarang, saya di ofis menyiapkan kerja yang tak pernah sudah
Dan jarang ada hari duduk dirumah sampai boring
Risau, risau tertinggalkan anak. Maksud saya perkembangan anak
Macam dalam buku Aku Terima Nikahnya oleh penulis SaifulIslam.com
Katanya kalau tertinggal anak di tepi lebuhraya, boleh juga patah balik ambil
Tapi kalau tertinggal perkembangan anak, tertinggal mengisi momen pengisiannya
Kita pasti tak dapat patah balik
Bila anak degil, apa sangatlah salah mereka pada kita sehingga layak dimarahi dengan suara yang tinggi
Besar lagi dosa ibu bapa yang mengabaikan dan sibuk dengan urusan kerja mengejar..mengejar ‘sesuatu’
Kan?
Mommy sedang dlm mode menyediakan jadual homeschool
*Kelam kabut sebab bila balik rumah, Iki petah menyanyi lagu “Alifff bang, minyak masak”
TV pula jadi cikgu anak anak ..isk..
Sepanjang bulan Ramadhan, kami pulang jam 5 petang
Sempat Asar dirumah, bermain dengan anak anak dan memasak untuk berbuka puasa
Asalnya saya malas nak potong rambut Iki
Ramai juga yang menegur rambut Iki dah panjang setiap kali berjumpa dan biasanya Iki senyap sahaja
Dialog di satu hari semasa Iki meragam baru bangun tidur
Dia tak beri saya pangku adiknya walaupun saya kata mereka adalah adik beradik
Iki : Bukan, ini bukan adik Iki. Baju tak sama *Kebetulan lepas mandi, mereka pakai baju berbeza pada hari itu*
Mommy : Tak apa, walaupun baju tak sama, masih adik beradik. Sebab bila mommy tengok, hidung Iki dan adik macam sama saja?
Iki : Bukan, tak sama hidung. Hidung Iki tak merah! *Bunyi marah*
Mommy gelak : Haha..bila pula hidung adik merah. Gigi yang sama rupanya. Memang sah adik beradik!
Iki : Bukan, bukan juga. Gigi Iki banyak! *Makin marah*
Mommy sengih2 lagi : Oklah, mungkin rambut yang sama. Sebab sama sama halus?
Iki : Tak, tak sama. Sebab rambut Iki macam girl *Perlahan bunyinya dan dia tutup mukanya dipeha saya*
Tiba tiba mommy rasa sebak
Memang kadang2 ada saudara mara yang mengusik *tiada niat apa apa* masa kami ke mana mana majlis yang muka Iki macam girl bila rambut panjang..hihi
Petang itu juga daddy potongkan rambut Iki
Last Iki potong rambut ialah bulan Oktober 2009
Ulang ulang kami beritahunya yang walau macamana rupa rambutnya, dia nampak macam boy
Sambil tengok Pocoyo sambil potong rambut
Mommy & Dzakwan temankan di kerusi luar
Temankan abang Iki yang mula bosan
Rambut adik Dzakwan pun belum pernah berpotong
Dah nak masuk 9 bulan pada 20 Ogos ini
Rasa macam baru sahaja melahirkan Dzakwan
Tahniah Kak Ina Hashim yang semakin hampir dengan due date anaknya yang ke 5
Kak Ina dijangka melahirkan bayi melalui kaedah caesarian kali ini
Kak Ina jangan risau ye, cepat juga sembuh kalau melahirkan secara operation
Saya mahu keluarga besar tapi tak tahu mampu ke tidak
Tapi biasanya kita tidak tahu jika tidak mencuba kan, hihi..
Kami pasti gembira dengan rumah yang dipenuhi dengan anak anak seperti Iki & Dzakwan
Menjadi ibu = mempunyai anak kecil = masih menyusukan
Bermakna saya perlukan banyak pakaian yang sesuai untuk menyusukan
Bagi yang mencari cari pakaian yang sesuai, klik ke link ini atau datang sendiri ke Lunatots Amcorp Mall atau Maju Junction
Biarpun mommy jarang ada masa dengan adik
Adik masih ingat bau mommy
Dan mommy pun selalu ingat gigi jarang adik itu ..hihi
Nota Mommy Luna : Hidup bukan macam larian pecut, tapi macam marathon..perlahan lahan dan sampai.
Salam Ramadhan,
Mommy-Luna-yang-tak-pernah-dapat-nombor-masa-marathon-sebab-leka-bersembang..keke
Related posts:











sue,
thanks ye..neves sangat..tapi akak tgh nak korek ilmu especially bab BF baby dari blog sue nip..
—
Kak Ina, bila kita tahu apa yg bakal berlaku, kurang nervesnya insyaAllah. Kak Ina boleh tgk entri Sue melahirkan Iki dan Dzakwan, ada ringkasan prosedur.
Untuk Dzakwan, Sue ada upload birthing and breastfeeding list Sue.
Semoga dpt membantu ye Kak Ina.
alahai dzakwan..da besar da..:) cepat je kan masa berlalu sue..:)
naper muka iki ngan omei tak sama..hu hu
alahai comelnya abg-adik ni..
hmm betul tu sue, selagi kita tak cuba selagi tu kita tak tau.
saya pon agak nerves bila dpt news yg new family member will be joining us soon.
insya allah kita boleh!