Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox


(Sticky Entri- Entri baru dibawah)
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera
Kami menjemput rakan dan pelanggan Lunatots untuk hadir ke Rumah Terbuka Lunatots Pulau Pinang
Tarikh : 16 September 2010
Hari : Khamis
Masa : 12 pm – 4 pm
Untuk RSVP, klik link ini

Bagaimana mahu ke Lunatots Pulau Pinang, klik entri ini

Dan pada 25 September (Sabtu), saya menjemput ke Rumah Terbuka keluarga kami di Vista Cheras, Selangor
Saya book jadual anda, keluarga dan anak anak ya!
Jemputan akan dihantar kemudian melalui facebook dan add saya di sini

Ketenangan itu suatu pertaruhan
Ampun maaf dipinta diatas salah silap bual bicara dan perlakuan yang kami sekeluarga amnya dan saya khasnya lakukan

Salam Syawal,
Puan Suraya, Encik Shazwan, Zikry & Dzakwan


Esok hari raya jadi sepatutnya saya sedang menanak ketupat atau membakar lemang
Atau busuk busukpun sedang menyalakan pelita punjut
Tapi saya berada di tub berbuih mandian essential oil
Cadangnya nak tidur sambil menjalani spa tapi risau tak sedar ditenggelami buih
Suasana dan baunya menyegarkan
Tangan kanan acik update blog tangan kiri kibas buih-bila-nak-berehatnya

A treat untuk diri sendiri selepas berkerja, berbaloi
Cuma kalau ada Iki dan Omei mesti best..isk..

Sejak sejak berumur 28 tahun ni, Mommy Luna membiasakan diri ke dapur
Dah mula risau bila Iki lapar dan ajak makan begini “Mommy, jomla pergi kedai makanan beli makanan” Hihihi..

Berbuka puasa minggu lepas, saya masak ikan siakap stim
Resipi dari sini

Penyumbang resepi cakap, ini resepi yang ringkas
Dalam ringkas ringkas yang dimaksudkan, berpeluh juga saya didapur

Ini resepinya yang saya olah:
Mula mula beli ikan siakap dan minta adik kedai tu siangkan (Kalau di Jusco/Tesco, mereka boleh siangkan)
*Pernah ada adik buat lawak “Dah malam ni kak, macamana nak ’siang’ kan?”*
Nasib baik kakak-beli-ikan tu kontrol cun dan lebih fokus nak memasak lalu malas nak menjawab…ekeke

Resepi Ikan Siakap Masak Stim (untuk 5 orang makan)

Bahan A :
Seekor ikan siakap sederhana besar + garam + lada sulah + tepung jagung (Perap selama 15 minit)

Bahan B :
3 sudu tepung jagung
3 batang serai (dipotong halus)
5 ulas bawang putih (dipotong halus)
3 cm halia (dipotong halus)
15 biji cili padi (lebih banyak, lebih pedas)
5 keping daun limau
3 batang daun sup dan saderi (dipotong halus)
1 biji capsicum
1 biji tomato
7 biji limau nipis (diperah airnya)
Garam secukup rasa

Campurkan kesemuanya kedalam satu bekas dan gaul hingga sekata
Tak sekata pun tak apa, tapi nanti orang tu dapat tepung jagung je, orang ni dapat serai sahaja…ha macamana?  hihi

Bila dah siap Bahan B, campurkan dengan Bahan A (ikan yang diperap tadi) didalam aluminium foil (untuk dikukus)

Mommy yang gemilang terbilang takde sapa cakap kena cakap sendiri ni menggunakan periuk nasi demi menyempurnakan cita cita mengukus ikan siakap
Hasilnya…herm, buleh tahan
Masih banyak ruang untuk mencuba…ekeke

3 rasa yang perlu ada – masin, masam dan pedas

Macam kehidupan, perlu ada rasa gembira, sedih, marah dan ngantuk ..hihi

Nantikan entri kuih raya saya selepas ini!

Ibu yang berprasangka baik “Sue tak update blog malam malam sebab buat kuih raya ya”
Hakikatnya, daripada 30 malam Ramadhan, rasanya 2 ke 3 hari je saya dapat berjaga selepas pukul 9 malam untuk buat l
Malam malam lain, tertidur secara berjamaah dengan anak anak ..ekeke

Kuih raya yang ada ialah kuih favourite keluarga
Bukan kuih raya indah indah macam Nian Di Hati Siti ke atau Selagi Ada Ning (Eh ada ke nama kuih begitu..ekeke)
Ini Cornflakes Cappucino namanya
Ramuannya ialah cornflakes..hihi
Resepi sebenar, tidak diketahui cuma anda dicadangkan untuk menempah sendiri dari saya eh dari tuan punya…hihi

Kuih ini sedap, sungguh!
Sesuai untuk hidangan rumah terbuka anda nanti
Ianya ‘fresh’ dibakar mengikut permintaan (tiada ready stock)
Jadi saya order, mahu yang ini beberapa bekas (termasuk untuk dimakan malam malam selepas berbuka puasa)

Ini nasta nenas (favourite acik Sue-nanti soalan keluar kuizkah?)
Tak sabar nak makan masa raya nanti ..keh keh kekdahnya..

Kesemua tart buah ini berisikan jem nenas
Acik tak jumpa jem manggis nak isi dalam buah manggis
Jem jambu air dalam buah jambu air dan berikutnya..hihi
25 hb September nanti datang rumah saya untuk rasa tart ini ya

Kuih tradisi seterusnya, Almond London
Rasa coklat sama sahaja kan, yang penting dalam pembikinan Almond London ialah badannya
Macamana saya tahu?
Sebab saya duduk diam diam semasa pembancuhan..hihi

Ini kuih sarang semut
Bila Iki tanya, saya jawab “sarang ulat gonggok”
Tepung perlu diracik di atas mangkuk2 kertas yang bersusun
Sepatutnya ia menjadi benang2 halus seperti sarang semut
Kadang kadang rasa nak gumpal besar besar membentuk busut..keh keh (dasar pemalas!)

Kuih seterusnya ialah cornflakes madu berkismis..hihi
Gaul gaul, susun dan bakar

Hah, baju raya dah kemas
Kuih raya pun sudah susun


Tinggal nak balik raya mengikut Jadual Perjalanan yang disarankan PLUS
Kami akan pulang ke Kuala Kangsar Yeopp tahun ini :)

Jika anda mahu menempah kuih untuk Rumah Terbuka ataupun makan saja saja, boleh hubungi no dibawah untuk sebarang pertanyaan :)

Mak teruja dengan gambar gambar ni nyah
Letak sekeping dua buat tatapan sendiri
Yang lain lain, akan diupload kemudian

Sesi outdoor photography kami sebelum ini dirakamkan oleh MyKhalish Photo di link ini

Rakamkan momen Aidilfitri keluarga anda dengan lensa MyKhalish dengan cara menghubungi info.mykhalish@gmail.com

Booking Period ialah sepanjang Ramadhan & Syawal sementara photography session ialah sepanjang Syawal & Muharram

Output dari MyKhalish Team tak pernah mengecewakan kami, tak pernah
Bergambar dengan anak sekecil Dzakwan, memang menceriakan!

Geramnya tengok Iki yang omot (kata lawan omei) iskkkk…geram!

Sekeping gambar Dzakwan, Aqil dan Zikry dengan duit raya masing masing
Info lanjut di http://www.mykhalish.com
Gambar gambar lain akan diupload tak berapa lama lagi ya

Hari hari ucap Selamat Hari Raya
Sungguh jelas, Mommy Luna yang tak sabar nak beraya..ekeke

Erti hidup pada yang memberi mengingatkan saya kepada tulisan Abu Saif atau penulis blog SaifulIslam.com
(Saiful Islam adalah nama anak pertamanya)
Berasal dari Kuala Kangsar dan seorang pendakwah di Malaysia
Menulis buku Aku Terima Nikahnya
Saya jarang dapat peluang membaca sebuah buku sehingga habis
Yang boleh dikongsikan, sewaktu Abu Saif membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang doktor, ramai teman yang ‘menduga’nya dengan soalan seperti “Benarkah anta nak kahwin dengan doktor?” dan “Anta tahu kan bagaimana doktor berkerja?”
*Mengikut yang saya baca, doktor masuk berkerja jam 8 pagi Isnin dan habis jam 5 ptg Selasa. Masuk semula 8 pg Rabu dan habis 5 ptg Khamis*
Bohong jika hatinya tak terusik
Benar, rumahtangga itu susah bila hati penuh dengan harapan (expectation)
Dengan slogan ‘Erti hidup pada yang memberi’ beliau bersemangat untuk ‘memberi’ selepas berumahtangga
Tak sabar katanya nak memasak untuk isteri selepas puas menjamu rakan bujang yang ‘tak pernah kenyang’
Tak sabar nak mengasihi seorang insan lain selain diri sendiri
Tak sabar nak mempunyai anak dan mendidiknya
Tak sabar nak memberi apa yang beliau ada
Saya cuba amalkan.. dan benar, hidup lebih ‘mudah’ bila diniatkan untuk ‘memberi’ berbanding ‘menerima’
(Dalam konteks berumahtangga :) khasnya dan lain lain amnya)

Semalam kami ke Rumah Anak Yatim yang pernah dikunjungi sebelum ini
Bermula dengan hujan renyai seterusnya lebat mengiringi kedatangan kami
Tidak susah untuk ke sini
Hanya masuk melalui pintu pagar dan beritahu guard yang anda datang untuk memberi sumbangan
Mereka akan mengalu alukan anda

Selepas parking kereta, anda boleh terus ke bilik pejabat berjumpa Pengetua, Puan Zubaidah
Senyumnya manis, sederhana orangnya
Tak henti henti dia menceritakan tentang ‘anak anaknya’ dirumah itu
Katanya mereka sentiasa mengalu alukan jika ada individu atau organisasi yang mahu mengadakan aktiviti bersama anak anak disitu

Alhamdulillah, rezeki anak anak ini di bulan Ramadhan ini murah
Terdapat seorang individu yang menaja makanan berbuka puasa mereka selama 20 hari pertama berpuasa!
Alhamdulillah, biar kami tak kenal siapa individu tersebut
Dan belum sampai rasanya bajet untuk 20 hari berbuka puasa 220 penghuni rumah ini
Tapi besar pahala anda..Semoga Allah merahmati kehidupan dan perniagaan anda..

Kami datang dengan 20 helai lampin sumbangan daripada pelanggan pelanggan Lunatots
Beritahu Pengetua, mereka mengalami kesukaran mengendalikan lampin berikutan pekerjanya yang berkerja shif dan sering meninggalkan lampin kotor untuk pekerja shif yang seterusnya

Ralat juga bila mendengarnya
Bagaimana boleh agaknya kami bantu
Mungkin datang selang 2 hari untuk membasuh? Hihihi..

Bilangan bayi terabai juga meningkat daripada 20 orang  semasa kami datang tempohari kepada 51 orang

Kali ini Zafran (anak Haza) ikut sekali
Kami beritahunya, kawan Zafran dalam rumah ni tiada abi dan ummi
Pengetua beritahu, anak anak dalam rumah ni dah biasa bersuara serak berikutan menangis dan dibiarkan lalu airmata kering sendiri

Bergambar dengan Haza, Pengetua, Staff dan saya
Kalian tinggi sampai tak muat gambar…hihi
Rendah rupanya saya (ai tiba tiba baru sedarkah?)

Dalam renyai hujan, kami pulang
Rumah tersebut mulai sibuk kerana ada majlis berbuka puasa dengan artis-entah siapa

Renungan di hari hari terakhir Ramadhan

Surah Al-Ma’un
[2 ]Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim

Surah Ad-Dhuha
[9 ]Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

Surah Al-Balad
… memerdekakan hamba abdi;
[14 ]Atau memberi makan pada hari kelaparan -
[15 ]Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

Surah Al-Fajr
… (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);

Surah Al-Insan
… juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

Nabi sayangkan anak yatim..

Related Posts with Thumbnails