Sticky-Aktiviti Dis 2009/Jan 2010 (New Entry Below)




Entri Kelas Penyusuan Susu Ibu sepanjang penghujung Disember dan 2010 adalah seperti berikut:

Sesi Natural Parenting Bersama Pa&Ma

Tarikh : 12 Dis 2009
Kisah lanjut disini

——

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (Nurturing Concepts Sdn Bhd)

Tarikh : 13 Disember 2009
Kisah lanjut disini

——

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu Selangor(Disember)

Tarikh : 19 Dis 2009
Kisah lanjut disini
—–
Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (Pulau Pinang)
Tarikh : 27 Dis 2009
Kisah lanjut disini
—–
Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (Kelantan)

Tarikh: 2 Januari 2009 (Sabtu)
Kisah lanjut disini

———

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (Seremban)

Tarikh: 9 January 2010 (Sabtu)

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Mengandung (Januari-Selangor)

Tarikh: 10 Januari 2010 (Ahad)


Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Mengandung (Wangsamaju)

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Kisah lanjut disini

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Mengandung (Bandar Baru Bangi)

Tarikh : 24 Januari 2010 (Ahad)
Kisah lanjut disini

Mini Karnival Karangkraf (Lunatots & Sara Kids)

Tarikh : 30 & 31 January 2010 (Sabtu&Ahad)
Kisah lanjut disini

Parents-Kids Art Day (Komuniti SaraLuna)

Lunatots & Sara Kids akan mengadakan ‘aktiviti istimewa’ iaitu Parent-Kids Art Day pada 7 Februari 2010 (Ahad)
Masa : 10 am hingga 1 pm (Sesi Pagi) & 2pm hingga 5 pm (Sesi Petang)
Bayaran : RM50 bagi seorang anak
(Makanan disediakan)
Tempat terhad kepada 10 ibu bapa  dengan anak anak yang berumur antara 2 ke 5 tahun
Daftar melalui Cik Hawa 016-6178351

—-

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Mengandung (February)

Tarikh : 20 Februari 2010 (Sabtu)
Masa  : 9.00 pagi hingga 1 tengahari
Venue: Sara Kids, TTDI Jaya
Bayaran : RM80 individu / RM150 pasangan
Daftar melalui email ke info@lunatots.com

—–

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Mengandung (Sarawak)

Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa  : 9.00 pagi hingga 1 tengahari
Venue : TASKA ANNISA Taman Matang Jaya
Untuk pendaftaran, hubungi Puan Azlina Morshidi melalui email linacd_1973@yahoo.com

Layari http://www.linacdbaby.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

Nota Mommy Luna : Saya tak sabar jumpa semua ibu yang lain :)

Lunatots Amcorp Mall




Bermula dari perniagaan online pada Februari 2008
Lunatots kini mempunyai 2 cawangan
HQ dibuka pada Ogos 2009 bertempat di Cheras Business Centre, alamat penuh di entri ini

Dan cawangan kedua di Level 2 Amcorp Mall, di tepi Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway)

Kami menjual:

  • Rangkaian Produk Penyusuan Susu Ibu
  • Lampin Kain Moden Lunatots
  • Pelbagai Produk Keibubapaan Alami

Kami menyediakan:

  • Kaunseling Khusus Penyusuan Susu Ibu
  • Kelas Asas Penyusuan Anjuran Bersama Sara Kids
  • Sesi Parents-Kids Art Day

Daripada mimpi (juga boleh dipanggil angan angan), ianya wujud
Tanpa teman teman yang selama ini mendoakan dan menyokong (dalam apa cara sekalipun)
Saya tidak akan kemana mana
Saya jemput anda untuk singgah ke Showroom kami biarpun hanya untuk duduk duduk bersama saya

Terima kasih abang
Walaupun abang memilih emas permata berbanding senyuman saya (apabila ditanya)
Saya tau abang  selalu buat yang terbaik (dari mengecat, menyusun CD, menyental lantai, membaiki pintu etc etc)
Untuk kita, untuk sekeluarga, untuk semua..

Nota Mommy Luna : Jam 1 pagi, kami baru pulang dari Amcorp Mall
Esok hingga Sabtu, saya akan berkursus (lagi?)
Saya mungkin tidak dapat bersama anda berbual berjimba
Tapi hati,  fikiran dan perut(perlukah?) saya bersama sama anda di blog ini

7 February 2010 – Dah bersedia untuk berkraftangan, melukis dan menari bersama kami?
Daftarkan tempat anda dengan sicantik manis Cik Hawa 016-6178351

Sportingkah anda?

Saya masih ingat joke masa sekolah dulu
Soalan : Bapak ko sporting tak?
Jawapan : Sporting la juga, petang2 tu dia main badminton atau joging kat area rumah
Haha..anda fahamkah joke tersebut?

Pada suatu petang yang petang (ketandusan kosakata la tu)
Saya ajak satu keluarga bersiar siar di taman
Dalam perjalanan, hujan lebat pula
Jadi kami tukar ke plan B iaitu bersiar siar di Jusco Maluri yang berbumbung
Tapi bila aci tukar tukar plan gitu, etika berpakaian pun jadi kurang tepat..ekeke

Iki tak dapat main gelongsor di plefron (playground)
Mommy gantikan dengan aktiviti di Taman Hiburan Keluarga ye..ekeke

Tukar rm10 untuk 10 token
Dan saya main sampai berpeluh tiak
Ala ala larik konsep, kata nak hiburkan anak tapi kenapakah emaknya hober
Mula2 saya main memasukkan bola ke dalam jaring sorang2

Incik suami ajak bertanding menjaringkan bola
Saya mungkin kalah sbb saya dah penat (mungkin?)
Tapi saya menang gaya tau bang
(haha-yang penting)

Selebihnya gambar mak iki dan iki berpeleseran mencuba semua jenis mainan
We were having fun!

Kami main mainan yg simple2 saja
Saya ajak mereka menari di atas step2 berwarna warni itu tanpa memikirkan huduhnya saya menari di khalayak ramai (bini siapakah?)
Mujur semua org (termasuk iki) tak mahu temankan..keke

Menjadi parents, kalau dunia boleh dibeli
Pasti kita hadiahkan utk anak anak, kan?

Kawan2, saya bukannya sibuk
Tapi belum pandai membahagikan masa dgn jumlah anak anak (haha)

Polisi Penyusuan Susu Ibu Sedunia
Semua bayi disusukan dgn susu ibu sahaja tanpa air suam atau makanan lain selama 6 bulan pertama.
Makanan pelengkap dimulakan selepas 6 bulan dan penyusuan susu ibu diteruskan sehingga 2 tahun atau lebih.

Berikan bayi anda susu gred 1 iaitu susu ibu yg diberi secara terus
Susu gred 2 ialah susu perahan ibu
Susu gred 3 ialah susu dari ibu lain yg menjadi ibu susuan
Gred 4 ialah susu formula

Nota Mommy Luna : 2-3 harini saya terusik bila mendengar cerita ada bayi yg disusukan dgn creamer pekat manis lantaran kesempitan hidup, dan ada yg makan nestum dgn air suam kerana bayi menolak susu formula.
Dimana saya,dimana kita?

It doesnt matter how far you go but what matter most are the experiences you’ve gained along the way..

2 hari Mommy Luna

Saya terima mesej dari teman yang mengatakan beliau ternanti nanti entri baru
Jujurnya saya juga rendu blog saya
Sebab saya menulis bukan kerana nama-Sue Sarip
Semuanya sebagai kenangan bila saya makin berusia
Macam sekarang ni, saya malu alah bila baca entri lama rasa nak hantuk kepala kat tiang katil dan blurkan mata..haha
Tapi saya takkan delete entri lama
Sebab semua itukan kenangan..kenangan yang saya pernah emosi melampau
Pernah tak suka orang tu, orang ni (ada dia kesah?)
Kawan dengan orang tu, berjimba huha huha dengan orang ni (Astaghfirullahazim)
Saya akan terus menulis, insyaAllah

Sya & Firwan, tahniah atas berita gembira (TIJU)
Kami sekeluarga doakan agar semuanya selamat dan menggembirakan
Anyway (jalan yang mana pun), saya nak jawab soalan dari blog Sya

Berkongsi rasa sebagai wanita-ibu-isteri-dan-pekerja

a) Adakah korang tak sibuk di tempat kerja? Korang kurang kerja ye?
Saya berkerja dari semua tempat(rumah, pejabat, kereta) pada setiap kali anak tidur atau leka bermain
To-do list saya amat panjang
Tapi bila berhadapan dengan masalah anak anak, saya paksa diri saya untuk mendahulukan mereka
Ianya tidak mudah. Kerana itu banyak kerja saya tertangguh (sangat banyak)
Kalau sebuah organisasi yang memerlukan pekerja untuk dibuang, nama saya akan berada didalam toplist mereka (haha)

b)Tempat kerja dekat dengan rumah?
Saya cuba disiplinkan diri berkerja dari Lunatots HQ yang berada 10 minit dari rumah
Tapi dalam kebanyakan hari dalam seminggu, saya akan berada di luar pejabat
Seperti pejabat itu ini mahupun Jusco sana sini (hah!) untuk urusan pejabat
Bila hujung minggu, biasanya saya ada aktiviti di Sara Kids mahupun Kelas Penyusuan Susu Ibu
Hari yang saya rasa lelah, saya berehat dan berkerja dari rumah dengan anak anak
Dan saya bukan berehat bila berada dengan anak anak..ekeke
(Anda akan faham bila anda mempunyai anak anak atau adik adik kecil)

c)Korang takde anak lagi?
Saya mempunyai 2 orang anak
Anak yang berumur 2 tahun agak mencabar bilamana dia mahukan perhatian kita dalam SEMUA aktivitinya
(Termasuk poo poo di toilet-nak buat apa ada mommy secara logiknya?)

d)Korang tak masak kat umah?
Saya baru mula memasak dirumah
Perlahan lahan saya belajar melalui buku masakan mahupun resipi dari internet
(Doakan saya…haha)

e)Korang tak buat kerja rumah atau suami korg buat kerja rumah?
Saya buat bila saya ada masa dan tenaga
Dia buat bila saya muncung (kih kihhhh)
Bila penat, kedua dua kami biarkan sahaja semuanya bersepah (haha)
(Tiap tiap kali mak saya datang rumah kami, dia geleng geleng kepala)

Sesibuk manakah beranak dua?
Bila kedua duanya perlukan anda dan otak anda penuh dengan to-do list

Gambar gambar dalam entri ini adalah aktiviti saya sepanjang Sabtu & Ahad lepas
Pukul 8 pagi, saya ke Amcorp Mall menyambung urusan renovasi
Berkerja tak sampai sejam, dah ajak suami pi makan (keke)
Kami makan di Restoran Rak Thai di Lower Ground

Bukan-model-Rak-Thai makan bihun tomyam terhebat dalam bandar
(Itu yang mereka tulis didalam menu-best in town)
Saya suka tomyam putih berbanding tomyam merah
Tapi bihun tomyam ini habis juga saya sedut..slurpp
Anda suka tomyam yang bagaimana?

Ini Nasi Goreng Daging Rak Thai
Dagingnya lembut dan lebih sedap bila anda berebut makan dengan suami (keke)

Dari Amcorp Mall, kami ke Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam
Walaupun kami baru makan di Amcorp Mall
Saya masih mampu makan lagi dan lagi
Entah kenapa kebelakangan ini perut saya sangat cepat menghadamkan makanan (haha)

Sambil makan, kami ada discussion dengan graphic designer yang kami paksa beliau datang hantar bunting stand
Hihi..terpaksa dalam rela dia datang walaupun hari cuti

Dan diskusi ringkas saya dengan team Pa & Ma

Sebelum balik, saya dapatkan tandatangan dari penulis novel Seindah Sakura, kak Liza Ali
Semua orang ada impian kan, dan saya dah lama teringin gambar seperti dibawah
‘ Gambar tengah beratur dapatkan tandatangan penulis novel’
Akibatnya?
Saya gembira sepanjang hari…..(haha)

Lunatots di booth Pa & Ma

Sampai dirumah, siapkan anak anak dan saya ke Meru menghadiri kenduri aqiqah Nur Hani Syafiyyah yang lahir pada 21 Januari 2010
Ini sepupu belah mak saya
Masa kami kecil kecil bawa ke remaja, ramai yang kata kami seiras
Bila saya pandang berkali kali selepas masing masing bergelar mak-kepada-2-anak
Macam tak sama je kan…hihi

Ini kakak Nur Hani Syafini yang sangat omel!
(Mommy Sue rasa dirinya sangat cute bila sebut comel sebagai omel..haha)

Gambar saya dengan Hanis Al Husna diambil oleh Zikry
Suram kusam lesu muka mommy-tapi-masih-suka-dapat-berjalan-kesana-kumari…ekeke

Kami sampai rumah jam 1 pagi dan terpengsan sampai ke pagi
8 pagi hari Ahad, kami tercongok di Amcorp Mall
Macamni punya rajin, guard Nepal di Amcorp Mall pun surrender tak buleh cari makan wehh…haha

Suara 1 “Jongosnya tertonggeng2 lap almari, mesti orang ingat pekerja kontrak yang dibayar gaji hari”
Saya “Cisssss….”

Tengahari, saya ke Amcorp Mall bagi menghadiri Pertandingan Memakai Lampin Kain Moden anjuran bersama Pa & Ma dan Lunatots

Puan Hazarina sedang memberi penerangan ringkas tentang Lunatots Lampin Kain Moden
Puan Suraya sedang menggigil tiba tiba acik nerves
(Tak cukup tidur agaknya)
Thanks Haza!

Seramai 6 ibu menyertai pertandingan ini dimana ianya dibahagikan kepada 2 kategori
Iaitu Katgori A: Bayi bawah umur 8 bulan
Dan Kategori B: Bayi bawah umur 2 tahun

Gambar gambar aksi sempena pertandingan tersebut berlangsung

Pertandingan diadili dari segi kekemasan saiz, peha, larasan pinggang dan bahagian belakang bayi

Ini antara gambar-pasrah saya tengah muncung muncung terangkan mengenai lampin kain moden kepada pengunjung karnival

Penyampaian hadiah kepada pemenang
Bila Lunatots memerlukan model lampin kain nanti, kami akan hubungi anda ye :)

Terima kasih kepada team Pa & Ma iaitu Kak Liza dan Intan
Serta Haza sekeluarga (dan baby di dalam perut)
Insya Allah panjang umur, murah rezeki, kita akan berjumpa dan berkerja bersama lagi

Maria Tunku Sabri dan krew Apa Apa Aje akan menyertai komuniti SaraLuna untuk aktiviti Parents-Kids Art Day pada 20 Februari 2010 jam 2pm-5pm di Sara Kids TTDI Jaya
Daftar tempat anda melalui email info@lunatots.com
*Bagi peserta pada 7 Februari 2010, Team Sara Kids akan menghubungi anda bagi men’confirm’kan kedatangan anda

Ya Allah Sue, akak tak cam muka Sue (pengakuan ikhlas Kak Maria)
Huwaaaa…Kak Maria, haritu di TV3 Sue ditacapkan, inilah muka jongos sebenar Sue…ekeke

Nota Mommy Luna : Berkerja 18 jam sehari? Gulp!

Seminggu saya

InsyaAllah Lunatots Amcorp Mall akan mula beroperasi pada hari Rabu 3 Februari 2010
Beroperasi setiap hari 10am-7pm (kecuali hari Selasa)

Dan Lunatots HQ Cheras juga akan beroperasi pada Rabu, 3 Februari 2010
HQ dibuka pada hari Wilayah, 1 Februari 2010 sehingga jam 3 pm
Beroperasi setiap hari 10am – 5pm (kecuali hari Selasa)
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum 10 am-3pm

No untuk dihubungi : 0125880515, 0125280515, 0136042348

Khabar 3 hero remaja saya?
Ammar Zikry yang asyik merajuk ditinggalkan dirumah
Dia rela berhabuk berbau cat sepanjang hari asalkan mommy dan daddy ada
(Walaupun mommy & daddynya terjerit jerit tak bagi pegang itu ini)

Dzakwan masih hero yang mommy rindui
Siang dan malam ditinggalkan dengan susu perahan
Mommy dan daddy peluk anak anak jam 1 pagi (balik kerja) sampai 7 pagi (pergi kerja semula) sepanjang seminggu ini

Daddy Ammar?
Terima kasih sebab temankan mommy kesana kumari
Ailevyu~as I always do

Nota mommy Luna : Nak siapkan entri 10 baris ayat ambil masa 2 jam..hihi

Seremban-Dzakwan

Ada baaaaaanyak gambar dalam folder Goblog saya
Selepas ditapis tapi mana yang tak nampak jerawat sangat
Tinggallah belen belen berbelas keping untuk satu event dan entri..hihi

Tiada yang istimewa cuma kisah harian dan mingguan kami anak beranak
Iki bolen begini kerana dia mengamuk taknak pakai baju
Saya nak cepat sebab ada Kelas Penyusuan di Seremban (9 Januari 2010) jam 9 pagi
Jadi saya perlu keluar rumah jam 8 pagi!
Saya angkat saja semua anak masuk kereta

Kami geram pada Iki sebenarnya…AUMMM
Tapi takpelah, kalau Iki taknak
Kat Seremban nanti je pakai baju..ekeke
*Anda yang mempunyai anak berumur lingkungan 2 tahun, bagaimana anda & tantrum two anda? Sigh..

Iki pakai baju dalam bilik seminar di Seremban..ekeke
Dia sekarang nak buat apa yang kita kata jangan
Contohnya “Iki jangan pijak adik”
Dia menangis nangis sambil beritahu “Iki nak pijak adik…uwaaaa”
Haruskah saya galakkan “Iki pijaklah adik..nah” ?
Sebab dia ikut apa yang kami suruh
Seperti “Iki senyum, tunjuk kertas ni mommy nak ambil gambar”

Sesi Puan Farah untuk Asas & Teknik Penyusuan

Dan saya untuk Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya
(Nampak sangat photographer saya tak ikhlas ambil gambar saya bilamana saya dalam mode blur dan fokusnya ialah Dzakwan..ekeke)

Pst Liza, khusyuknya…

Saya suka Seremban sebab lauk masak lemak cili padinya
Dan peserta yang ceria ceria semuanya ..hihi
Ada seorang ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya
Saya kagum dengan semangat dan titis air matanya bila dia menyatakan yang dia mahu menyusukan untuk ‘membantu’  anaknya yang lahir dengan berat dibawah 2kg

Gambar sibesar dengan sikecil Liza

Bagi ibu yang mahu menganjurkan Kelas Penyusuan di tempat anda, kami alu alukan cadangan melalui email ke info@lunatots.com
InsyaAllah murah rezeki, pakej saya anak beranak akan hadir ke tempat anda
(Walaupun anda jemput saya dan Farah sahaja..hihi)

Dulu dulu saya selalu mengantuk di ofis sebab bangun berkali kali waktu malam bila Iki terjaga dan meragam
Dzakwan tak pernah meragam, atau mungkin belum lagi?
Tidur malam saya lena (bangun sekali dua untuk menyusukan dan salin lampin)

Sejak umurnya 2 bulan, kami tak perlu bangun untuk tukar lampinnya
Sebab dia dah jarang buang air besar pada waktu malam dan kami pakaikan insert mikrofiber bersama sama insert hemp untuk lebih serapan

Mommy saaaaaaaaaaayang adik lah!

Dzakwan ialah anak mommy yang handsome dan huggable..Nyam nyam..

Saya selalu rasa nak picit, telan, kunyah kunyah adik Dzakwan
Semua orang dalam rumah rasa begitu (termasuk Iki)

“Boyeh Iki makan adik?”
“Tak boleh..adik bukan makanan”
“Mommy boyeh makan?”
“Mommy boyeh..”

Hari Sabtu di Seremban, hari Ahad kami ada kelas penyusuan di Sara Kids untuk sesi bulan Januari 2010
Kehadiran hampir 30 orang ibu bapa amat kami alu alukan

Mommy Lyna berkongsi pengalaman menyusukan kedua dua anaknya
Saya suka ayat Mommy Lyna “Kalau sedikit yang saya dapat pam, saya beritahunya itulah rezeki anak saya untuk hari itu”
Terima kasih Lyna untuk sesi tersebut

Saya keliru, bila Zikry jadi Iki
Dzakwan jadi apa?
Kalau panggil adik, bila dia dapat adik nanti, bagaimana?
Abang Adik?
*Iwan ialah nickname daddynya :)

Nota Mommy Luna : Tengok gambar anak anak, saya rendu mereka di rumah. Buat apalah agaknya kan.
Saya dan suami sedang mengecat sambil menyanyi lagu

Wali Band – Cari Jodoh
by Wali
Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku
*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan
**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau
Back to *, **, ***
Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
Back to ***

Wali Band – Cari Jodohby Wali
Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***
Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

*** Mesti Management Amcorp Mall sangka kami upah pekerja kontrak Indonesia suami isteri untuk renovate kedai (haha)