Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Calendar
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Dah lama saya nak menulis tentang Kisah Potty Train Iki tapi tiada kesempatan
Niat saya, buat kenangan Iki dan dalam masa yang sama boleh dijadikan panduan pada ibu bapa yang bercadang untuk membebaskan lampin (diaper free) anak anda
Cabaran diaper free before three!

Tahukah anda berdasarkan survey yang dijalankan oleh Huggies kepada 600 ibu bapa di Malaysia dan Singapura mendapati purata usia bayi bebas lampin (diaper free) ialah sekitar 16 bulan ke 17 bulan (1 tahun 5 bulan)
Hakikatnya amat sukar berjumpa anak yang bebas lampin dibawah usia 2 tahun dan ramai kanak kanak belajar ke tandas pada usia antara 2 tahun ke 3 tahun
Kanak kanak lelaki biasanya akan lewat belajar ke tandas menurut Dr Chan Poh Chong dari University Children’s Medical Institute, National University Hospital Singapore

Saya memulakan latihan ke tandas seawal Iki 1 tahun 10 bulan
Tips yang raya praktikkan dari buku parenting yang saya beli semasa books clearance
1 tahun 10 bulan, dia dah boleh bercakap dan mengenal benda seperti toilet, seluar, kipas dll
Jadi saya ulang ulang beritahunya yang Iki akan pee dalam toilet macam orang besar yang lain
Saya cadang nak allocatekan masa berpantang melahirkan Dzakwan untuk mengajar Iki
Oleh kerana Iki pandai bercakap, jadi dia hanya pandai bercakap sebelum pandai melakukannya..ekeke
Seperti pujuk saya semasa saya mengelap ‘hasil’ beliau “Mommy, nanti bila Iki dah besar, Iki pee lah di toilet, sekarang Iki kecil lagi”
Atau “Oooo..orang besar pee di toilet kan mommy kan..”
Kadang kadang jadi teka teki, saya cakap dan dia sambungkan “Iki dah besar dan pee di toiiiiiiiii”
“LETTTTTT” jerit Iki kadang kadang sambil pee di ruang tamu (sigh)

Saya guna juga pengaruh rakan sebaya seperti dibawah
Yaya dah pandai shi shi di toilet” (Kisah Yaya disini)
Zafran good boy dan tak pakai lampin sebab dah besar”
Armand pun dah besar semua pee di toilet”

Selain itu, bila anak dah besar (lebih 2 tahun) najisnya semakin berasid dan kebarangkalian untuk ruam agak tinggi
Ini berikutan makanan yang diambil dan kebolehan buah pinggangnya untuk menyingkirkan bendasing dalam badan
Oleh itu, lebih cepat anda mengajar latihan ke tandas, lebih kurang risiko ruam lampinnya

Penggunaan prop yang membantu?Potty bench yang simple dari Ikea, hanya RM12.90

Sebenarnya saya lebih prefer Iki pee & poo secara mencangkung kerana lebih mudah membersihkannya berbanding menggunakan potty bench
Dan dia pun mahu dilayan macam orang dewasa, boleh belikannya seat extender untuk toilet bowl

Yang paling berkesan untuk melatih Iki ke tandas ialah memakaikannya dengan seluar dalam yang bercorak kereta
Dengan penuh perasaan kami beritahunya yang dia tak boleh pee dalam seluar kerana itu akan membuatkan car di seluarnya basah dan sedih
*Di seluar, gambar car sedang senyum*

Selama ini Iki leka menanda kawasan disana sini dan pengasuhnya berkali kali givap *dalam masa yang sama pengasuh perlu menjaga Dzakwan* dan memakaikan semula CD
Kadang kadang kami pakaikannya dengan pocket pants sahaja (CD tanpa insert) untuk membiarkan Iki rasa basah bila terpee dalam seluar

Sebaik sahaja pakai seluar dalam car pada bulan lepas *Iki 2 tahun 6 bulan*, dia terus beritahu setiap kali mahu buang air kecil semata mata tak mahu car di seluar sedih!

Bagaimana dengan perjalanan jauh?
Iki hanya memakai seluar dalam, dan kami akan berhenti di mana mana hentian setiap kali dia mahu pee atau poo
Dia perlu diingatkan yang dia tidak memakai CD dan perlu beritahu SEBELUM mahu pee/poo
Bila hentian jauh lagi, kami mintanya ‘tahan’ atau pernah juga sekali dua berhenti ‘kecemasan’ di tepi highway

Waktu malam?
Iki tidak memakai CD dan kami akan pujuknya pee sebelum tidur
Tidak minum air dengan banyak sebelum tidur dan kejutkannya dalam jam 3 ke 4 pagi tanya samada dia mahu pee atau tidak
Berkali kali juga tempat tidur kami ‘basah’ kerana Iki tidak shengaje
Tapi lebih banyak kali yang tempat tidur kami kering kerana cik abang dah pandai pee di toilet!

Honestly, ianya pencapaian yang membanggakan, tahniah Iki!

Cabaran 4 Minggu ke Tandas cadangan Dr Chan (sumber Young Parents July 2010)

Minggu 1
Bacakan cerita mengenai potty training dan beritahunya bagaimana ahli keluarga yang lain menggunakan toilet bowl di tandas
Biarkannya memakai lampin dan pujuknya untuk poo poo di atas potty bench *ditandas*

Minggu 2
Berbual dengannya semasa dia sedang di atas potty bench *sedang poo*
Tunjukkannya bahawa lampin kotor dan isi dalamnya diletakkan didalam potty bench – biarkan anak anda meletakkannya sendiri!

Minggu 3 dan 4
Apabila dia nampak tenang untuk poo di atas potty bench, buka lampinnya dan biarkan beliau poo secara terus ke dalam potty bench.
Jangan lupa pujinya setiap kali beliau berjaya melakukannya!

Tips dari bukan Dr Suraya..hihi
Perhatikan jam, selang 2 jam tanyanya samada dia mahu pee atau tidak
Alert dengan tingkahlakunya yang kadang kadang tersepit sepit mahu tahan kencing

Mommy Luna : You may be surprised at how easy he progresses to the next, as long as you have patience. Did I mention it? Yes, PATIENCE :)

*Disclaimer : Tips ini mungkin berbeza mengikut umur bayi, keadaan persekitaran mahupun reaksi bayi dan ibu bapa. Selamat mencuba!

Wahhhh..dah lama saya tak menjenguk blog!
Macam saya bukan saya.. (exaggeration melampau dikesan)
Alasannya – tiada
Yang paling tepat, kurang keyakinan diri untuk menulis (haha!)
*Menulis blog pun perlukan setompok kekuatan tauuu*

Selain daripada menguruskan Lunatots Putrajaya dan Lunatots Penang yang belum naik signboard
Anak anak pun perlu dibelek belek
Saya bayangkan yang kami suami isteri jadi ‘mimpi indah’ pada anak anak
Bilamana pergi kerja sebelum mereka bangun tidur dan pulang masa mereka dah nak tidur (9 malam ke atas)

Saya tanya “Iki tak sayang mommy ye?” sebab dia marah saya ciumnya waktu pagi sebelum keluar kerja
Iki jawab “Sayang lagi” *sambil sambung tidur*
Isk…lebih molek jika tiada perkataan ‘lagi’
Kanak kanak belajar dari sekeliling dan ayahnya tak cakap begitu…ahaha!

Bagi yang belum dapatkan Pa & Ma Ogos 2010, edisi bumper sempena Minggu Penyusuan Untuk Anda
Info info menarik seperti Perlukah Susu Formula Selepas Bercerai Susu, Hubungan Intim Semasa Mengandung dan Menyusukan, Pengalaman Mirah dan baby Khadijah dan lain lain

Photo shoot untuk Pa&Ma Edisi Ogos diadakan pada bulan June tempohari
Bayi yang comel ini namanya Syaza Asyiqah (Keharuman yang mengasyikkan)
Saya kenalnya dari dalam perut semasa ibubapanya menghadiri Kelas Penyusuan

Lama dah kan? hihi..

Syaza berusia 5 bulan setengah semasa photoshoot ini dan belum pandai duduk
Demi memberikan pose terbaik, Syaza belajar duduk di dalam studio!
Risaunya hati mama dan papa Syaza..

Syaza seusia Dzakwan, beza 4 hari
Anak gadis yang coooomel, buah hati mama & papa
Mengagah biar baby Syaza senyum dan moodnya ceria hari itu
*Macam mommy Sue senyum laaaagi lebar dari Syaza je?*

Lunatots sebagai Butik Bayi yang menyediakan Aksesori Penyusuan Susu Ibu dan Lampin Lunatots menghadiahkan sesuatu yang terbaik untuk bayi dan ibu
Layari laman web Lunatots bagi pembelian secara online

Sofia & suami, terima kasih yang tak terhingga dari Kak Sue sekeluarga
Sampai tertidur Syaza kepenatan
Photoshoot dengan bayi sukar dijangka outputnya
Alhamdulillah…senyum simpul dan aksi Syaza memang mencuit hati

Terima kasih baby Syaza!

Jom beramai ramai ke Parenthood Expo di Mid Valley pada 22 Ogos ini
Bawa keratan untuk mendapatkan 15% diskaun barangan Lunatots pada hari tersebut!

Terima kasih keluarga kecil Lunatots

Kegagalan adalah pelengkap kepada kejayaan dan bukannya kata lawan
Kata lawan bagi kejayaan ialah ‘tidak pernah mencuba’


Mommy Luna mencari mentor, perantis dan model bayi
Email suraya@lunatots.com

Seminggu di Pulau Pinang, insyaAllah Lunatots Penang akan mula beroperasi pada 26 Julai 2010
Beberapa hari lewat dari yang dirancangkan
Lunatots Putrajaya di Presint 15 sudah mula beroperasi (tingkat 1 bersebelahan Public Bank)
Hubungi 0136042348 (Puan Haza) untuk sebarang pertanyaan

Hari ini air laut dibawah jambatan Pulau Pinang bergelora
Sama kuat macam gelora di hati ini..kih kihh

Saya tidak sempurna, manusia tidak sempurna
Tapi mungkin ketidaksempurnaan itu dapat melengkapkan ruang kecil hidup anda
Dan kelebihan anda, melengkapkan lobang2 kelemahan saya, terima kasih

Mommy Laila Luna Asyikin mode emoooo..hihi

Tiap kali tengok gambar, mesti ada perasaan tertangguh (eh ke bertangguh)
Perasaan tu ialah rasa “eh entri ni tak buat lagi. entri ni pun belum dan yang itu pun…erkkk”

Walaupun tiada bos yang mahukan ianya ditulis pada sebelum sekian sekian haribulan, saya tetap rasa celaru..ekeke
Jadi dah dua hari saya bangun pagi untuk update blog
Kembali ke rutin suatu masa dulu..masa Dzakwan kecil (1 ke 2 bulan)

Sekarang Dzakwan dah hampir 8 bulan dan saya tak pasti yang saya makin tak larat bangun untuk update blog samada sebab saya penat dengan anak anak ataupun penat dengan diri sendiri..uwaaa

Jadi saya bangun pagi dengan niat mengupdate blog kisah semalam
Supaya tidak jadi macam yang Dr Azizan cakap, bertangguh2 sampai 20 tahun
(Nanti cerita umur 40, gambar gambar tepek masa 20…ha macamana? Maksud saya macamana acik Sue buleh jadi umur 20?)

Semalam saya & Farah ke Kuantan untuk Kelas Penyusuan Susu Ibu di sana
Alhamdulillah, seramai lebih kurang 12 ibu menyertai dan semuanya bersungguh sungguh tentang penyusuan susu ibu
Ini kali kedua saya ke Kuantan, kali pertama semasa ke Program Santai Pa&Ma

Saya sampai lewat ke Kuantan kerana saya sangkakan KL-Kuantan mengambil masa 2 jam
Jadi saya bergerak dari rumah jam 7 pg untuk sampai ke Kuantan jam 9 pg
GPS tulis arrival time 10.30 am!
Hihihi..minta ampun maaf dari penganjur, Linda dan Farah yg saya akan tiba lewat dari schedule yang sepatutnya
Bila dah lewat, terlepas untuk berkenalan dengan semua ibu

Untuk Shogunna, Wadiina dan ibu ibu lain yang datang, terima kasih kerana sudi bersama sama kami

*Acik tudung purple meeeemang suka sesi bersembang!

Kelas kali ini dihadiri oleh ibu ibu sahaja dan mengkhususkan bagaimana meneruskan penyusuan sekalipun sudah mula berkerja dan meneruskannya sehingga anak berusia 2 tahun
2 tahun tak lama..anda akan puas dengan pencapaian diri sendiri bila tempoh 2 tahun itu tiba :)

Bergambar di satu sudut dalam kedai Babytodd dengan Linda & Farah
Linda & Farah masing masing berseri mengandung 6 bulan
Saya yang tak mengandung tu berseru seru kusamnya…ekeke

Ini gambar di hadapan kedai Babytodd, Kuantan
Thanks aunti sebab masakkan laksa johor yang saaaaaangat sedap buat kami
Bonjot banyak banyak di tangan saya ialah bekal laksa johor, keropok, dan macam macam lagi yang aunti bekalkan

Babytodd menjual aksesori penyusuan susu ibu, rangkaian baju menyusu dan pakaian kanak kanak
Lampin Lunatots turut boleh didapatkan disana
Babytodd terletak di Jalan Kuantan Star City 2, Jalan Beserah, Kuantan


Dari Kuantan, pulang ke Cheras ambil anak anak seterusnya ke Presint 17 Putrajaya melawat Adra
Baby Adra ialah anak kedua Puan Watie
Cepatnya masa berlalu dan rasanya baru semalam kami melawat Armand di hospital
Adra ialah anak gadis yang omel!
*Photo taken by official photographer*Iki*

Ammar Zikry & Armand
Masing masing dah bujang, dah tak pakai diapers
Dah bercakap macam orang dewasa
Dan dah ada adik!

Armand dah ada baju bowling *untuk pergi main bowling*
Baju shopping, baju dirumah…hihi
Gambar masa Iki & Armand kecil disini

Adik Adra berlenggeng sebab suhunya 37.7 (mama risaukannya demam)
Adik Dzakwan pandang pandang anak dara orang..ekeke

Tahniah Watie & suami diatas kelahiran Adra :)

2 anak dengan 2 perangai yang berbeza
Lain lain kegemaran, lain lain ‘angin’nya
Kehadiran yang kedua melengkapi ketidaksempurnaan yang ada
Ammar Dzakwan, 8 bulan pada 20 Julai


Ammar Zikry, 8 bulan pada Ogos 2009 dari entri ini

Mommy Luna : Salam Isnin semua!


Taraaaa, I’m alive! *haha..ada yang angkat call saya dan tanya –>where on earth have you been!!?* Haritu internet tiada, minggu ni laptop saya rosak
Saya patah jari dan hati
Makan pun bertambah tambah bila frust kan?
*cubaan meraih sokongan*

Kelas Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya di Kuantan, Pahang Sabtu 17 July , hubungi +60129556144 untuk menyertai
Kelas Penyusuan di Sara Kids, Ahad 18 July email admin@sarakids.com untuk bersama sama kami

Dr Azizan kata “Tangguhla tangguh, 20 tahun nanti baru buat”Prfffffff…terima kasih dr sbb sudi bercakap dengan kami :)
Nota Mommy Luna : Jangan tangguh lagi, jom buat derma kilat pada acik yg tiada laptop..ekeke

Related Posts with Thumbnails