Archive for the ‘Activities’ Category
Bukan senang mencari masa untuk diri sendiri apatah lagi bersendirian
Bila saya bangun awal pagi, anak anak join sekaki
Ambil nombor giliran nak minum susu..hihi
Abang Zikry dah hampir seminggu sakit mata dan mulai semalam, ianya sudah menjangkiti masa sebelah lagi
Juga adik adiknya, Dzakwan dan Alya
Mata kanan mommy pun terbabit sekali tidak semena mena
Namun komen dari Puan Nor Inchun, setiausaha Puspanita Kementerian KPKT meniupkan semangat saya dari minggu lepas
Terima kasih Puan!
Begitu juga dengan komen yang ditinggalkan oleh kawan kawan
Ia menginspirasikan saya untuk menulis hari hari (mau)
Gigil juga saya semasa berada di dalam Dewan Kristal KPKT
Tiada talian telefon mahupun internet kerana ianya berada di bahagian aras bawah tanah
Jadi saya tak dapat update FB status keluh kesah Kak Esah..hihi
Terima kasih Dila kerana menemani Sue sebelum majlis bermula
Dila merupakan antara 10 pelanggan awal semasa saya mula mula berniaga
Sue sentiasa ingat anda dengan ingatan yang sangat banyak, sungguh!
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Biro ICT Puspanita KPKT merangkap Pengarah Projek, Puan Nurul Aini Ramly
Terima kasih Nurul diatas layanan mesra dari mula Sue datang sehinggalah ke pintu lif!
Penceramah jemputan seorang lagi adalah Shahabudeen Jalil
Hubung kait antara kami berdua ialah saya kenal dia dan dia ingat ingat lupa saya (hihi)
Beliau merupakan seorang usahawan dan link blog beliau disini
Baiklah, dah seminggu Acik Sue diam termenung tentang isi butir untuk dikongsikan bersama
Dan dia update slide didalam dewan
Sungguh last minute!
Ianya berlaku kerana idea itu tiba tiba datang
(Salahkan idea, salahkan…hihi)
Dalam gambar dibawah
Dari kiri yang muncung itu Puan Sue, yang warna dark purple ialah Nurul sementara light purple ialah Puan Nor Inchun yang merasmikan majlis pada petang itu
Hampir 100 orang menghadiri majlis pada petang itu dan beberapa ilmu dapat saya kutip buat peneman sepanjang jalan
Saya, manusia yang cukup sifatnya
Masih memberi alasan itu dan ini
Alhamdulillah saya dikurniakan kekuatan untuk melangkah dan tidak pengsan semasa memegang mikrofon (ekeke)
Menulis sejak tahun 2001, tajuk pada petang itu ialah ‘The Power of Blogging’
Saya mulakan slide dengam memberitahu Shahabudeen Jalil yang kami pernah ‘bergambar bersama’ di airport
Yang warna merah ialah beliau, anak panah pink ialah saya (hihi)
Beberapa gambar yang diambil oleh encik suami
Terima kasih abang!

“Blogging is about being yourself and putting what you have into it”
Siapa tahu blog anda mungkin boleh mengubah hidup orang lain
Tulisan yang ringkas, perkongsian yang ikhlas
Ia menyampaikan lebih daripada apa yang tersurat
Biar siapa pun anda
Terima kasih kepada penaja majlis petang itu
Secret Lens Photography (pst dapatkah pose terbaik cek Sue? ekeke)
Chocolate cake daripada Cupster ( Grrrrrrrrr …hihi)
Red velvet cupcake yang membuatkan Sue teringat ingat daripada Scrumptious Sugar
(Serius, beritahu Sue mengapa ianya sangat sedap!)
Dan macarons yang cute daripada Cute Bites (too cute too bite)
Tak dilupakan cenderahati daripada Garlicandbutter
(Ianya sangat cantik dan berseni! )
Jamuan ringan sebelum pulang
Terima kasih Puspanita KPKT diatas jemputan
Untuk menghubungi saya, boleh email kepada suraya’at’lunatots.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua
Dengan rendah hati, saya dan seluruh warga kerja Lunatots menjemput rakan taulan yang jauh dan dekat untuk menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri Lunatots 2011
Tarikh : 17 September 2011
Hari : Sabtu
Masa : 12 tengahari sehingga 4 petang
Tema : Polkadot

Lokasi : Lunatots HQ, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Bandar Tasik Permaisuri, 56000 Cheras Kuala Lumpur.
(Bangunan berhampiran Bank Islam dan Hailam Kopitiam)
Tahun 2010, Jamuan Aidilfitri di rumah saya
(Gambar tahun lepas)
Alhamdulillah rezeki tahun ini, Lunatots HQ berpindah ke Bandar Tasik Permaisuri (sebelum ini di Cheras Business Centre)
Saya seisi keluarga Lunatots mengalu alukan kesudian kalian untuk hadir ke majlis ini
Tema Polkadot? Tema polkadot? Saya nak pakai apa ya…hihi
Tema itu hanya sekadar memeriahkan majlis dan tidak mengapa jika tidak ada yang bersesuaian
Saya tetap jemput anda sekeluarga
Cuma saya memohon jasa baik anda untuk klik ATTEND di link ini
Ianya untuk anggaran makanan yang diperlukan kerana mak anak tiga ini ada hati mahu memasak sendiri…hihi
Bantu dia menganggarkan jumlah tetamu ya!
Jamuan Aidilfitri Lunatots Pulau Pinang dimasak sendiri bersama adik beradik di entri ini
Masa Jamuan Aidilfitri 2010 di rumah pun saya masak sup sendiri (entri ini)
Selamat datang, saya jemput seikhlas hati
Kalau tak dapat berlama lama, sekejap pun tak apa
Puan Suraya & Lunatots
Semua gambar utk blog ada dalam folder ALYA selepas kelahiran beliau
Masing masing mempunyai tarikh (maksud saya gambar2 tersebut)
Jarak gambar14 Julai dalam entry sebelum dgn 20 Julai (aktiviti berikutnya) agak jauh
Dimana ‘takkanlah cik Sue lupa pada blog dan tak bergambar langsung?’
Rupanya gambar 16 dan 17 Julai ada dlm folder lain.. hihi

Kami pulang ke kampung menghadiri Majlis Perkahwinan
Ianya majlis anak sepupu encik suami
Maksudnya pengantin ialah dua pupu anak anak kami

Ikan di laut, asam dalam almari dapur
Dalam periuk bertemu juga.. hihi
Manisnya pengantin itu..
Seronok dapat jumpa sudara mara
Bertanya khabar dan berkongsi rahsia kecantikan pengsan pula disitu..hihi

Rombongan pengantin perempuan datang dari Miri
Berkembang ahli keluarga kami serata 1Malaysia rakyat diutamakan hihi

Alya berusia 30 hari dan berkelakuan baik didalam wrap
Saya imagine yang saya ada wrap yang berbeza matching dgn warna baju yg dipakai
Walau hakikatnya sehelai wrap sudah memadai untuk bayi yang sama sehingga usianya 1 tahun atau lebih (iaitu selagi bayi perlu didukung )
Saya belum pernah dukung Dzakwan menggunakan wrap kerana belum cukup kuat fizikal

Dimana anak anak kami yang lain selain Alya?
Mereka sibuk mengambil gula gula doorgift yang manis manis belaka ah sempottt.. ekeke

Cantiknya pengantin pakai pink kenapa kita tak pakai warna ni dulu ye bang? Hihi
(Memang saya gelak namun saya serius bertanya ye)

Hasnan& Deliza, Selamat Pengantin Baru dari mak Sue (pangkat mokcik disitu) dan Pak Iwan
Semoga berkekalan ke hujung usia
Bercinta sampai tua itu manis

Saya tak makan dgn banyak kerana sedang berpantang nampak
Hihi Alya tidur dlm wrap dari mula acara kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu sipu
Sehinggalah waktu pulang

Ammar Zikry ambil gambar pengantin makan berhidang

Ammar Dzakwan main dengan atok
Tak tahu macamana kenapa Dzakwan panggil atok sebagai pok
Ianya sangat comel!
Cepat cepat belajar bercakap ye anak

Ramai yang bersetuju dengan saya bahawa Dzakwan adalah anak yang baik
Dari kecil sampailah hari ini

Mudah ditidurkan
Mudah dipujuk

Zikry pun anak yang baik
Dimana selepas Dzakwan gigit kaki mommy
Zikry akan gosok gosokkan tempat kena gigit cuma…
Kenapa Dzakwan perlu gigit mommy ye?

Inilah ‘abang’ dalam keluarga kami
Dah pandai marah bila adik naughty
‘Bunyi’ marahnya copy paste dari mommy& daddy

Alya Zalikha yang semakin tembam
Puteri tunggal dalam keluarga
Bila rajuknya tiba, kelam kabut juga kami walaupun anak sudah tiga.. hihi

Gambar keluarga bersama pengantin

Hasnan&Deliza,
Berpakat dengan baik ya

Mommy Luna suka makan lauk kenduri ..hihi
Mahu wrap yang mommy pakai disini atau dimana mana cawangan Lunatots
Oh oh jangan klik close dulu
(Mungkin anda sangka anda buka resipi.com-tapi-gambar-dan-resipinya-bukan-yang-anda-mahukan)
Ini blog mokcik Luna yang mahu exam tu
Gambar gambar ialah gambar masakan minggu lepas sebelum dia terfikir tentang exam yang makin hampir
Sekarang ni dia tak lalu masak – makan masih lalu, anehnya!
Hihi..ini ialah resipi Ikan Siapa eh Siakap Kukus
Saya suka Siakap Masak Stim kerana sukakan rasa serai, rasa limau nipis dan daun limau
Tetapi encik suami sudah boring dengan ikan siakap masak stim
Asyik asyik itu asyik asyik itu, sesekali mahukan suatu yang berlainan
Kita google resipi lain iaitu Ikan Siakap Kukus
Bahan bahannya lebih mudah :
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang daun saderi
1 batang daun sup
3 biji tomato
2 cili merah
Bunga kobis dan lobak merah dalam gambar diatas ialah untuk masak sayur campur tetapi tumpang pinggan jiran
Jangan lupa 1/2 ikan siakap yang sederhana besar nanti tak jadi pula resipi Ikan Siakap Kukus..hihi
Mula mula basuh ikan dengan tepung gandum dan garam
Kemudian letak didalam tempat kukus bersama bawang besar dan bawang putih serta sos tiram
Setelah ikan hampir masak, masukkan kesemua bendasing yang telah dipotong tadi
Untuk mendapatkan kuah yang pekat, campurkan sedikit tepung jagung
Ikan Siakap Kukus siap untuk dimakan bersama nasi panas!
Anak anak suka makan sup
Dalam pantang pun elok makan sup supaya wajah berseri seri macam ikan merah dalam sup..hihi
Masak sup ikan laaaagi mudah!
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Sepotong kecil halia
Tumiskan bersama ikan merah yang kita sebutkan tadi
Tambahkan air, daun sup, tomato dan garam
Lepas ni mok Sue memasak hari hari sampai sedap
Buat masa ini baru dapat 2 bintang daripada bintang bintang yang ada di langit
Belum boleh jamu orang makan – masih perlu talian hayat Restoren Tomyam berhampiran kediaman
Namun usaha tangga kejayaan!
(Walaupun escalator/lif lebih cepat sampai)
Mommy Luna : Belajar malam malam ni payah, mudah lagi tidur bergelimpangan (seperti biasa)..isk..
Pengalaman terindah di Brunei?
Saya suka makan di Brunei, mewah dan hospitality yang tip top dari tuan tanah, Izz
Saya mahu pergi lagi, cuma kalini mahu secara berjamaah anak beranak..hihi
Harap2 Izz sudi terima kehadiran kami nanti (tak tahu bila, tapi akan pergi jua!)
Aitellyu, acik Luna paling happy bila pergi Majlis Hari Lahir Hawa Baheerah (selepas birthday girl!)
Happy sebab ada nasi lemak, mee goreng, kuih lapis, kek aiskrim, kek batik
(Happy sebab banyak makanan)
Sampai berpinar pinar tak tahu nak pilih mana satu..ekeke
Sudahnya saya makan sikit sikit kesemuanya (being defensive-mention juga makan sikit sikit)
Padahal 2-3 round diperuntukkan untuk menu nasi lemak sahaja
Mula mula je malu malu ayam dengan orang Brunei
Lepas dah dapat tenaga batin…ekeke terus semangat (tinggal tak mengaku berasal dari Brunei sahaja..ekeke)
Ada game untuk anak anak
Dan yang tudung merah itu bukan acik Luna ye
(Kalian ni, mentang mentanglah merah…ekeke)
Rumah rumah dan kereta kereta di Brunei amat menggiurkan
Volkswagen comel comel buat guna pergi pasar basah saja..ekeke

Pukul 9 mlm kami ada Breastfeeding Support Group (Brunei)
Ianya purposely diadakan dalam kumpulan kecil (Ana, Asmah, Izz dan Kak Shal yang terlewat kerana shopping…hihi)
Sembang sembang hati ke hati
Support Group yang seterusnya?
Ada jodoh dan rezeki Lunatots & Sara Kids
Kami mahu ke Brunei lagi
Untuk menu malam itu, Izz masak mee kolok
Ada puding buah dan kek coklat yang dibuat sendiri
Fuhh…menyelerakan!
Acik Sue muka tunduk rapat ke meja makan mee kolok…ekeke
Beberapa jam sebelum naik kapal terbang, kami makan ambuyat
Ianya adalah tepung beras yang dicicah bersama sos istimewa (campuran tempoyak dan binjai)
Ini ibu mengandung yang risaukan ambuyat-bukan-makanan-aku ekeke
Order nasi putih spare 1 ye bang
Harga makanan di Brunei? Sama macam di Malaysia
Contohnya kalau milo ais RM1.50, di sana pun RB1.50
Cuma bila convert kepada RM, milo ais akan berharga RM3.60 segelas ( x RM2.40)
Ini adalah sepit buluh untuk makan ambuyat nanti
Biasanya ambuyat akan datang dengan satu set
Maksudnya ambuyat, cicah dan lauk lauk lain (sepeti daging, ikan, udang dan ulam)
Ikan dibawah mungkin tidak fotogenik didalam gambar
Tapi rasanya sedaaaaapppp
Begitu juga dengan udang, anda juga sedap!
Izzah “Mula mula masukkan candas (sepit)”
Gulung gulung gulung sehingga saiz yang dimahukan
Celup didalam cicah (sirius cicah ini sedaaaap)
Masuk mulut dan telan
Izzah “Tak perlu kunyah”
Pelancong dari Malaysia-acting-pelancong “Hah? Kalau kunyah juga, jadi apa?” (Perak – e=emak)
*Siap imejin kalau kunyah juga nanti melanggar pantang haha!*
Rupanya memang tak boleh kunyah sebab masuk mulut je terus ambuyat meluncur laju ke tekak..ekeke
Anda beritahu saya, saya ni ‘pemakan’ atau tidak orangnya..ekeke
Pengalaman ambuyat orang lain disini dan sini
Nota Mommy Luna : Teringat lagi muka Munira terkejut bila saya asyik berulang ke meja makan setiap kali aktiviti di Sara Kids..ahaha!









































