Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Archive for the ‘Dzakwan’ Category

20 Nov 2011 adalah hari lahir anakanda kedua kami
Namanya Ammar Dzakwan, nama yang dipilih bersama suami sambil mengemas beg sebelum melahirkan di hospital
Nama yang baik biar menjadi individu yang berbakti pada keluarga, agama, bangsa dan negara
Makna nama ‘Dzakwan’ ialah kecerdasan, sama makna dengan nama ayahnya ‘Shazwan’

Antara kegemarannya kebelakangan ini ialah aktiviti ‘stacking’
Tidak kira samada menyusun bekas dadih didapur
Mahupun koleksi botol botol moisturizer mommy-suka membeli-bukan (sempat) pakai pun
He just love it!

Kids dance before they learn there is anything that isn’t music

 

Bila dia sudah pandai bercakap, dia bahasakan dirinya ‘Mei’
Dzakwan lahir semasa cerita Naomei di TV3
Oleh kerana dia secomel dan sebaik Naomei, saya panggilnya Omei
Dalam kebanyakan masa, kami panggilnya ‘adik’
Perlahan lahan mula diubah kepada ‘Abang Dzakwan’ atau ‘Abang (ke)Cik’  tetapi masih dia comel dipanggil Omei..hih

Kadang tersasul juga mommy memanggil Alya sebagai Omei
Sebab ramai yang berkelakuan comel comel minta digigit di dalam rumah ini (grrrr)
Dalam entri ini, saya gelarnya Dzakwan ye
Sebab dia adalah ‘Dzakwan’ yang ada dalam fikiran saya setiap kali saya memikirkan tentang Dzakwan…hihi

Dia anak kecil pertama dalam rumah kami yang tersepit kaki di pagar tangga
Tersepit semasa kelam kabut nak naik atas bila dengar Alya menangis dan mommy pula di dalam bilik air
Dia menangis, kami tergelak…aduhai adik…

Mempunyai adik Alya pada usianya 1 tahun 6 bulan bukan proses yang mudah untuk Dzakwan
Bergelar ibu, saya letakkan diri di tempat Dzakwan
Berdikari dari kecil (jika dibandingkan dengan abang), Dzakwan bukan berkasar cuma dia tidak mahu ‘tertinggal’ apa apa yang penting
(Lihat gambar dibawah, asalnya dia dibelakang Alya)

Bila saya menoleh sekali lagi, Alya sudah terpinga pinga di belakang!

 

 

Jika ada perbandingan, Dzakwan lambat bercakap berbanding Zikry
Di usia 2 tahun, Zikry dah lancar menyanyi lagu Happy Birthday to You
Kami simpulkan, kerana Dzakwan anak yang mudah difahami
Cukup dengan muncung mulut yang panjang untuk menunjukkan apa yang dimahukan sudah memadai

Gambar Dzakwan tak banyak didalam blog kerana teletahnya yang menceriakan membuatkan kami kadang kadang tak sempat nak ambil kamera
Masa yang ada, kami allocatekan untuk ketawa bersama sama..ekeke
Air muka Dzakwan lebih bersahaja
Muka biasa biasa tapi ada banyak ‘benda’ dalam kepala

 

Macam dalam gambar dibawah, Dzakwan tarik rambut abang Zikry sebab block mommy ambil gambar dia
Diluar jangkaan kerana Zikry tak kan berbuat begitu (rasanya)

 

 

Dzakwan penuh dengan reaksi – suka, duka, marah mahupun menangis mengada ngada
Genap 2 tahun sikecil kami yang sentiasa kecil dimata mommy

Dzakwan adalah teman baik abangnya

Mandi dan bermain bersama, mengecahkan dapur pun bersama sama
Lepas bermain, bergaduh kemudian sambung bermain semula – no heart feeling

 

 

Kadang kadang bila keluar bersama, ada yang bertanya ‘kembar ke?’

Semuanya perlu ada 2 dirumah
1 pen untuk adik dan 1 untuk abang
Cuma kebelakangan ini saya perasan, jika ada 1 sahaja pen
Dzakwan akan mengalah memberi peluang kepada Zikry untuk menggunakannya terlebih dahulu
Alhamdulillah, anak anak ini sudah mula belajar berkongsi
Gambar dibawah ialah mereka membantu saya membalut hadiah untuk Buyong
Tugas mereka ialah mencantikkan pembalut hadiah yang sudah sedia cantik..hihi

 

Asalnya mereka memakai baju yang sama tapi baju Dzakwan kotor dirumah sebelum sampai tempat kenduri (Entri disini)
Dah  banyak kali ayahnya pesan, beli baju warna hitam sahaja untuk anak anak
Tapi mommy suka polka, macamana? Kih kih

 

Dzakwan adalah abang untuk Alya 

Melindungi, menyayangi dan mengasihi sepenuh hati
Zikry ialah abang kepada Dzakwan dan Dzakwan ada Alya sebagai adik, he is lucky!

Bila tiba waktu berebut susu, Dzakwan beritahu ‘tak Ya kat ni, Mei lak nak du. Dah ye Ya’ (Letak Alya kat sini, Mei pulak nak susu. Sudah ye Alya)
2 orang anak teruna dan seorang anak gadis
Semoga mereka saling menghormati sehingga dewasa

Dzakwan berbesar hati tolong mommy tidurkan Alya
Rasanya Alya pun tak biasa dan tercari cari bila rumah sunyi tanpa jeritan abang abangnya

Sungguh, Alya tidak pernah mengurangkan rasa kasih mommy pada Dzakwan
Sebaliknya ia makin bertambah bila nampak Dzakwan ikhlas mengasihi Alya
Pagi pagi terus cakap ‘Ya mei DO!’ (translated as Alya comel, tido!)

He just like me!
- Daddy

Bersahaja, tak kisah apa apa
He is a playful kid
Bila saya cadangkan dia cium daddy, dia geleng kepala ‘jam’ katanya
Saya tanyanya semula ‘taknak sayang daddy sebab kena jump?’ (sebab daddy berada agak jauh)
‘kan, JAM!’ (bukan, tajam!) sambil menutup mulutnya dengan kedua belah tangan
Pecah ketawa kami
Alahai Dzakwan… (grrrrrrr)

Saya mahu susu mommy
- Dzakwan

Menyusukan dua orang anak menguji emosi dan fizikal saya
Nanti saya kongsikan dalam satu entri mengenai Breastfeeding a Toddler ya
Membesarkan anak anak membuatkan saya faham mengenai konsep ‘pembelajaran berterusan’ setiap hari tidak berhenti
 

While we try to teach our children all about life,
Our children teach us what life is all about

 

Dzakwan juga berbesar hati membantu saya mengepam susu untuk adik
Katanya yang didalam botol untuk Alya yang small
Dzakwan tak pernah percaya walaupun saya beritahunya susu dah habis didalam breast…ekeke

Teletahnya, senyumnya, lompatannya
Saya simpan dalam memori hati paling dalam
Suatu hari nanti Dzakwan akan membesar dan menjalani hidup
Mommy doakan Dzakwan setabah sekarang dan tak pernah mahu mengalah

Dear Dzakwan, remember that only the sky is your limit

Dia kuat, mereka kata seiras mommy nya (haha)

Ammar Dzakwan, menjadi nombor satu dua atau tiga mahupun seratus tiada beza dihati kami
Kerana Dzakwan tetap Dzakwan ‘pertama’ kami (hari hari)

Mommy, Daddy,Zikry, Alya

(Terima kasih Buyong, Bunga, Buwa, Buchik dan Buchu diatas hadiah yang cantik ini)
Dzakwan kata ‘NYAKNYE MEI’

Entri ini ditulis semasa Omei berusia 15 hari
Lunatots One Size Velcro CD lebih mudah dipakaikan kerana bayi kecil mudah terkejut setiap kali butang pada CD dibuka (bagi jenis Button C)

04122009614

Bedung membantu kita menguruskan anak kecil, terutamanya ketika penyusuan waktu malam
Membedung anak yang baru lahir juga membantunya bertenang bila rasa ‘sempit’ seperti dalam perut bonda 9 bulan lepas
Adik menggunakan Bedung Kiddopotamus yang mommy beli masa mengandung 8 bulan harituuu

Mula mula masukkan adik dalam bedung ini

04122009617

Kemudian lipatkan sayap sebelah kirinya kebahagian tengah

04122009618

Dan step yang terakhir, lipatkan ‘sayap’ sebelah kiri pula

04122009619

Selain mudah digunakan, sekiranya mahu menukar lampin anak
Hanya buka bahagian bawah (tidak perlu buka keseluruhan bedung)
*Seperti gambar dibawah

05122009624

Harga bedung ini ialah RM81.90 dan saiz yang Omei pakai ialah L iaitu 3kg-6kg

Nota Mommy Luna : Saya bukan sombong lah Kak Lin! Saya tidak terurus…uwaaa

FIJU (Iki) dah pandai berbual dan mengaitkan beberapa perkara yang berkaitan (kadang2 tak berkaitan pun)
Yang saya sedih bila dikenang semula, masa dia panggil saya “mommy..mommy”
Dan saya buat2 tak pedulikannya sebab runsing, dia akan diam
Dia gelak gelak kecil “mommy tak dengar..hihi” (Kesian Iki kan?)

Kelmarin dia tarik tangan saya
Katanya “Jemur tangan adik..ni hanger”
Saya blur… Dia tunjuk2 bahagian anak panah biru muda itu
Rupanya tangan adik basah terkena susu masa saya menyusukan SEJU sebentar tadi
Tapi perlu ke ianya dijemur?
Ayg, Ayg tak rasa Iki berfikir dengan susah macam Ayg ke?

04122009585

Dah sudah saya lap tangan SEJU (ya, saya tak jemur anak-haha)
Iki datang dan tunjukkan fridge magnet yang dimainnya dari semalam
“Mommy, ni koyak” (Magnetnya dah tercabut-anak panah merah)
Kesian Iki, masih kekurangan vocabulary lagi..hihih

04122009586

Dalam seronok2 Iki main dengan adik adik saya yang datang
Dia ‘terjun tiruk’ dari katil – kepala jatuh dulu
Dapatlah hadiah ‘goose head’
Mula mula nampak, ala ala nerves la juga saya sbb tak pernah lagi berlaku begitu

Saya susukannya dulu..breastfeeding boleh menenangkan si kecil anda

04122009604

04122009606

Dan kemudian ambil ice pack yang dibalut dengan lampin
Tuam ke atas lebam tersebut
Banyak jasa ice pack ni kepada kami sekeluarga
Masa musim berdarah hidung (mengandung), ice pack ni jadi teman karib
Masa Iki terrrrgigit nipple sakit ya amat nangis semalaman (haha), pun tuam dengan ice pack
Dan sekarang dan masa depan, kalau kalau anak lebam tersinggung sana sini, buleh tuam dengan ice pack
Tips dari babycenter.com: Perhatikansimptom2 lain seperti muntah, pengsan atau perubahan pada bola mata bayi anda selepas dia jatuh dan segera bawanya ke klinik (sekiranya ada)

Selepas 20 minit dituam, lebam itu surut kembali dengan ucapan “Iki, tolonglah jangan buat lagi. Risau hati mommy”

04122009608

Di mata saya, Iki dah ‘tembam’
Di mata Iki, saya dari dulu tembam..ekeke

04122009612

Ammar Zikry di usia 15 hari (Januari 2008)

1_825038316l

Ammar Dzakwan, hari ke 15 (Dis 2009)

04122009602

Wadiina & Ros : Tahniah kerana baru melahirkan cahaya mata
Sekiranya bayi anda disusukan secara terus (direct feeding) dan exclusive breastfeed
Percaturannya lebih mudah
Maksud saya, kurang risiko2 lain untuk dievaluasi

Jika bayi muntah dari hidung atau mulut samada selepas menyusukan atau laaamaa selepas disusukan
Ianya berlaku kerana bayi minum terlalu banyak daripada yang diperlukan oleh tubuhnya
Anda boleh membantu dengan cara sendawakannya selepas dia minum
Atau massage perutnya bagi membantu dia mengeluarkan ‘angin’ dari dalam badan
Graviti juga membantu, tegakkan kepalanya lebih tinggi berbanding badan selepas minum (dengan cara menyandarkan bayi pada ibu/bapa yang sedang duduk)
Sistem badannya akan matang dengan bantuan susu ibu bagi membolehkannya menganggar berapa banyak yang diperlukan sebenarnya :wink:

Dan tiada schedule untuk ‘berapa kali bayi perlu buang air besar dalam sehari’
Seawal 10 hari pertama, biasanya bayi buang air besar  pada setiap kali lepas minum
What goes in must come out..ekeke
Selepas itu, bayi boleh buang air besar sehari sekali atau 2 kali
Atau 2-3 hari tidak buang air (dan kadang kadang seminggu!)

Selagi dia tidak meragam, nampak aktif masa berjaga dan rehat dengan lena masa tidur
She is fine..
Cara saya berfikir? Kalau dia tak buang air besar, maknanya SEMUA nutrien dari susu ibu diserapnya, which is very GOOD! (and less CD to be washed..hihi)
Tapi dia perlu buang air kecil sekurang2nya 5 ke 6 kali CD basah sehari (tanda bayi mendapat cukup susu)

Monitor suhu badan dan berat badannya
(Berat bayi mungkin turun 10% pada minggu pertamanya berikutan penyingkiran lebihan air dari badan)
Dan sekiranya dia disusukan dengan mencukupi (on demand, paling lama selang 2 jam sekali)
Beratnya akan naik 200 gram – 500 gram dalam tempoh sebulan
Refer doktor bayi anda untuk lebih lanjut ye :)

Nota Mommy Luna : 24 jam tak cukup untuk saya, boleh saya minta lebih?

Sepanjang minggu ini saya belum berkesempatan meng’update’ blog
Mak mertua saya datang tolong temankan kami anak beranak minggu ni
Minggu minggu selepas ini belum dirancang bagaimana aturannya..ehehe

Anak anak & suami dah tertidur kepenatan
Saya bangun nak update blog di tengah2 malam
(oh oh, orang lain bangun tengah malam basuh pinggan, kemas rumah, lipat kain dan kerja kerja berpekdah lain..ekeke)
Hari siang saya dipenuhi dengan rengekan Iki minta perhatian
Muka saya senyum tapi hati saya menahan meroyan..huwoohh

Entri ini akan berbentuk diari seminggu qada’ entri..hihi

Hari Ahad lepas saya discharge jam 4 pm lepas antibiotik terakhir Dzakwan
Sambil kemas kemaskan paper bag saya yang berbondong bondong itu
Iki prektis guna kamera ayahnya

Gaya muncung2 mulut sume dah ada dah..ekeke
Mungkin hanya saya yang rasa anak saya masih kecil
Tapi ada baaaaanyak perkara yang Iki dah faham dan mengerti
Contohnya bila saya bawa turun sampah dari showroom
Dan letak di tepi tong sampah kemudian masuk dalam kereta
Iki beritahu saya “mommy, barang!” (sambil jari tunjuk2 pada sampah yang saya tinggalkan)

Iki dah 2 tahun
Tapi lelah memanjakannya tak pernah bersisa, tak akan

22112009482

22112009483

Gambar diambil semasa di luar hospital
Di tangan saya ialah laporan pemeriksaan Dzakwan & x-raynya
Tudung, baju, seluar dengan handbag memang tak matching
Anak acik dah duo (tangan tekup muka tak dapat menerima hakikat..haha)

22112009484

Sedar tak sedar, ‘lama’ dah kami bersama
Lama = lebih kurang 9 tahun
Sekejapnya 9 tahun berlalu kan?
Bila perkataan –> ‘anak dah dua’<– ditekankan
Kami akan merasa semakin ‘lama’
Erm maksud saya, semakin tua..ekeke

22112009485

Mommy yang tak sempat oles oles bedak asas..keke

22112009488

Banyak banyak terima kasih daddy sbb temankan mommy di hospital
Kalau kena tidur sorang, harus mommy bungkus beg bawak IV drip ape sume ikut daddy balik
Malam pertama di hospital agak saiko, kononnya dengar itu dan ini
(Padahal siang dah tidur banyak..ekeke)
Malam kedua, lena tidur (bangun selang 2 jam bila nursery hantar bayi) sampai ke pagi

22112009489

Sampai dirumah, lepas rindu pada Iki dulu
Menitik air mata tengok Iki tidur selepas menangis mahukan saya
(dia balik dulu dengan opahnya sbb saya kena tunggu keputusan pemeriksaan Dzakwan)

Blues melampau sangat masa tu
Filem Khabir Bhatia pun serender…ekeke
Haruskah saya minta maaf sbb Iki dapat adik lagi?
Patutnya ucap tahniah la pada beliau kan kan?
He will be fine, he should be fine, we should be..

Saya sudah mula mengepam susu
Sempatlah pam sedikit sebelum Iki ambil pam saya dan main
Lihat..sabarkan saya ber-anak dua?

Pengalaman pertama membesarkan anak pertama saya disini
(Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan ye)

22112009491

Alhamdulillah, 2 oz ini saya simpan di dalam fridge
Tujuan saya mengepam ialah sebagai ‘spare’ sekiranya saya ‘terpaksa’ meninggalkan Dzakwan untuk shopping eh maksud saya utk tujuan yang amat penting (seperti ke hospital)

22112009493

Storage bottle telah dibasuh dengan air panas oleh incik suami

22112009495

25112009501

Selepas dilabelkan dengan tarikh, susu perahan tersebut disimpan didalam deep freezer
(Tahan 6 bulan dari tarikh perahan)
Untuk tips mengepam semasa dalam pantang, klik sini

25112009502

Hari Isnin, saya ke showroom dengan anak anak sbb stok CD baru sampai
Berhenti sekejap susukan anak sebelum menyambung kerja
Saya buat yang ringan ringan sahaja sbb beri peluang pada yang muda remaja berkerja..hihihi
Terima kasih Lunatots Team yang lain!

23112009496

Hari Selasa pun saya ke showroom menyambung urusan duniawi
Anak anak saya bawa sekali
Pulang dari showroom, singgah Econsave beli barang dapur
Masa gambar di bawah di ambil, saya duduk sebentar sbb lenguh kaki

Tengah boring2, nasib baik ada kamera phone (nasib baik? )

DSC01829

Tersenget senget saya nak ambil gambar pouch

DSC01832

Sebab ada Dzakwan dalam pouch :)

*Terfikir juga nak minta pekerja Econsave yang tengah sibuk susun susun barang ambilkan gambar saya..ekeke

DSC01833

Hari Rabu & Khamis, saya berehat dirumah
Tiada gambar sbb bila dirumah, saya agak comot (ayat sebenar = tak agak agak la comotnya..ekeke)

Jumaat, Aidiladha 2009
Bangun pagi, mak mertua & kakak ipar dah masak rendang dan kuih kacang
Saya yang potong nasi himpit tu, sebab tu tak simetri senget benget..ekeke

27112009518

Raya secara sederhana
Suami solat hari raya di masjid berdekatan
Saya siapkan anak anak dirumah

2

Warna tema aci sarung namanya..ekeke
(Mommy lupa letak baju melayu hijau Iki dimana)

1

Dan petang tadi saya saaaaaaaangat gumbira
Sebab suami janji nak bawa ke Big Bad Wolf – Books warehouse sale
Ianya berada di Level 3 Amcorp Mall
Iki saya tinggalkan masa dia sedang tidur petang
Dzakwan ada dalam kantung hijau di perut mommy..hihi

27112009519

Wah..orang sungguh ramai sampai kena berbaris sebelum masuk
Saya perlu bawa Dzakwan berhati2 bimbang disondol orang
Memang logiknya saya pergi books warehouse sale yang tidak merbahaya tapi mungkin orang ingat yang warna hijau itu adalah handbag saya, kan?
Kami bershopping secara amik-amik-amik-amik-nanti-kat-sudut-pilih-nak-yang-mana

*Nampak pertambahan daging pada pipi saya berkat milo, roti, nasi, buah dan kek setiap hari

27112009521

Isteri mithali mana nak dapat macamni “Abg nak buku apa, amiklah”
(Memang saya berani cakap begitu sbb paling mahal pun harga buku ialah RM10)

Beg yang disandang ialah beg baby isi CD, tisu basah dan lain lain hadiah dari Puan Watie
Oh Watie, tahniah atas berita gembira ye
Kelahiran yang kedua akan tambah menyerikan kehidupan pastinya :)

27112009524

Tu dia….banyaknya buku yang kami pilih!
Soalan cepumas ‘ada masa ke nak baca?’ hihihi

Antara yang membuat saya dup dap dup dap ialah saya beli buku masakan!
Hah, beli buku masakan pun gembira?
Nanti, bila saya dah cuba beberapa resipi, saya tepekkan disini ye
(Nak tepek juga walau orang tak tanya…hihi)

27112009525

Niatnya saya nak beli set comforter
Tapi penjual tiada di boothnya
Jadi saya tumpang duduk untuk menyusukan Dzakwan
Mujur takde orang nak beli masa saya ‘jagakan’ booth ni

Pouch ini membantu..sungguh!
Bayi tak berbunyi dari datang sampai sudah shopping sebab selesa ‘dibawa’

27112009526

Jujurnya, saya ok dengan 2 orang anak
Maksud saya, saya masih ok dengan Dzakwan yang belum banyak ragamnya
Cuma masih sukar mengawal emosi dengan emosi bercampur baur Iki

Bila saya buat tak tahu padanya
Dia duduk sendiri dan menyanyi Happy Birthday to You sorang sorang
Bohong kalau saya kata saya tak rasa apa apa :(

25112009499

Bila saya kata “mommy sakit, mommy nak makan roti lepas tu makan ubat”
Dia cakap “ok”
Dan bawa buku duduk di bawah kaki saya (ala ala adegan si Tanggang minta maaf dari emaknya)
*Tengok kakinya berlunjur kena kerusi meja makan

25112009500

Dan bila malam, saya akan ‘sedikit’ naik angin sbb dia suka merengek
Dia akan menangis sambil berbaring di kaki saya (macam mak dara minta maaf dari Kasim Selamat)
Emosi kan kehidupan kami? Haha..

Ini gambar Iki dan Dzakwan masa menyusu
Dzakwan = cradle hold position, Iki = football hold

27112009515

Bila Dzakwan dah kenyang…

27112009516

Abang saaaaayang adik!

26112009507

Nota mommy Luna : Sabtu, Ahad dan Isnin ini saya ke showroom. Kalau ada yang sudi menjengah, jom jom ke sana..tengok CD dan baby baru :) *Showroom macam tongkang pecah, sungguh!

Teknik Hypnobirthing?
Saya gunakan semasa buang air besar (haha)
Ianya berkesan dengan cara menggunakan teknik pernafasan yang sama cuma ‘aura’nya disalurkan ke bahagian yang berbeza
Recommended :thumbs up:

Keputusan darah Dzakwan adalah baik dimana tiada bakteria infection pada mana mana fungsi badannya (jantung, paru-paru)
Jadi dia boleh pulang ke rumah pada hari Ahad lepas bersama sama saya :)

2 keping gambar di bawah ialah tempat IV untuk masukkan antibiotik
Uwohh..kadang2 berdarah disitu kalau tersalah pegang
Kasian Dzakwan..

Antibiotik terakhirnya pada pukul 4 petang hari Ahad 22 Nov 2009

DSC_6297

DSC_6299

Dzakwan di rumah bersama sama kami menyambut Aidiladha

Kata orang, anak kedua dah kurang ‘eksaited’ nya
Pada kami suami isteri, untuk anak kedua ini kami dah ada expectationnya..hihi
Dzakwan minum susu ibu dan bercloth diaper secara eksklusif
Pattern tidur, minum susu, ragam tangisnya boleh dijangka
Dan sepanjang seminggu ni ‘belum’ sukar lagi menjaganya

Alhamdulillah Dzakwan tak ada jaundice
Minum susu dan buang air besar/kecil dengan banyak
Tips berCD semasa dalam pantang?
Nanti dalam entri lain, saya kongsikan ye

Emak beritahu saya, anak sepupu saya (dua pupu Iki & Dzakwan) berumur 25 hari masuk NICU Hospital Teluk Intan
Sebab cirit birit sampai dehydrated
Minum susu formula sebab susu ibunya dah kering (mengikut kata ibunya)
Saya? Kalau ada daya & kudrat untuk saya poskan susu perahan, saya akan buat :(

Sabda baginda s.a.w :
Bagi setiap tegukan susu yang diberikan kepada bayi, ibu mendapat satu pahala kebaikan.Jikalau ibu terpaksa bangun pada malam hari kerana bayinya itu, maka ia dapat pahala sebagaimana pahala orang yang membebaskan hamba sahaya 70 orang di jalan Allah.

Apabila seorang wanita menyusukan bayinya, maka setiap tegukan susu yang diberikan meperolehi pahala yang sama dengan pahala orang yang menghidupkan seorang yang mati.Apabila ia memisahkan penyusuan bayinya (setelah cukup usia), satu malaikat khusus akan mengucapkan selamat kepadanya kerana keberhasilannya melakukan tugas menyusukan anaknya).
Dan ia berkata : “dosa-dosamu yang lampau sudah diampuni”

Daripada blog kak Elly

DSC_6314

DSC_6315

DSC_6316

DSC_6317

Nota mommy Luna : 100% untuk daddy, 100% untuk Iki, 100% untuk Dzakwan

27112009529

Related Posts with Thumbnails