Archive for the ‘Zikry’ Category
Kenangan…semasa saya masih berkerja
Annual leave sokmo negatif!
Dan sekarang bila berkerja sendiri? Cuti yilek pochik…masa rehat saya ialah dalam tandas sahaja..ekeke
Tapi saya gembira, dan lebih gembira insyaAllah!
Zikry berusia 10 bulan, Mommy Iki tak sudah sudah berharap kelihatan seperti 22 tahun
—–
hari rabu minggu lepas, pengasuh iki apply leave dari menjaga iki
utk menghadiri konvo anaknya di UPM
oleh kerana cuti saya sudah -(negatif) 6 hari
*maknanya dah habis la yang…susah susahje tulis negatif bagai (hiks)
maka buat2 pening lah kepala kami memikirkan siapa yg harus menjaga iki
buat buat pening sebab haruslah sidia yang kena jaga
sebab cutinya ada lagi 3 hari belen utk tahun ni
saya tak amek gambar di pagi hari masa saya tinggalkan iki & suami
hati sebak seyh…
memanglah iki tinggal dengan ayah kandungnya sendiri
tapi ayah kandung jaga kan tak sama ngan mommy kendong jaga (hiks)
sampai di ofis, saya ada 3 sesi ngepams
pagi(9 pagi), tengahari(12tghari) dan petang(3 ptg)
dan seterusnya bersambung 2 sesi dirumah kalau acik larat & rajen
buka je beg pam yg banyak berjasa tu
nampak ada toys zikry (tu yg warna ijau tu)
cait, bila pulak si kecit ni sempat masukkan toy dia dlm beg ku neh
buat org rendu lebih kat dia je (gaa…)
tengahari saya balik rumah tapaukn nasi utk sidia
masuk je ruang tamu, saya gelak kukik2 tgk rak cd/cable suami
nak tengok rupa asalnya?
saya tau..mesti sidia tertekan tinggal sehari suntuk dengan zikry yg rajin mengemas
lalu dia rasa habis prektikellah kalau dia terbalikkan rak ini
apelah rupa rak TV saya yg semaks neh..
inilah rupa zikry yang tinggal separuh sehari suntuks dengan ayah
sangat shomels, baju biru seluar hijau florescent (bolehkah?)
takpelah yah, biru & hijau tu kan sebelah2 je dalam pensel kaler LUNA 12 batangs tu
zikry nak makan nasi juga ye
apa yang berlaku di belakang tabir blog?
saya “zikry, no..hep..”
zikry tarik tangan dia dan pandang saya tapi sekejap sajelah
tak lama lepas tu, dia kutip lagi nasi dalam polistrin tu!
dan dialog saya berulang & ulang & ulang (as expected)

saya suapkan zikry makan berlaukkan ayam goreng
tiba tiba rasa sweet sangat
saya tau, akan sampai masanya zikry besar, makan sendiri
masuk asrama, pilih baju sendiri, hangout dengan kawan kawan
berehem ehem, kahwin, join sehati berdansa dan berkeluarga sendiri
jadi saya nak utilizekan masa yang ada sepenuhnya bermanja2 dengan zikry
haih tapi…. suap zikry sorang je kah
mommy ni nak masuk kerja pukul 2 ptg taw
lepas makan tengahari dengan banyak, saya balik ke tempat bekerjaya
ups, tempat parking tidak rasmi saya sudahpun diambils
haruskah beliau parking motosikal berodanya di tempat letak kereta?
jam 5, sidia dah call beritahu yang iki dah siap pakai baju jalans
sebab janji nak ke Jusco bersama sama dari 2 minggu lepas
sampai tersilap2 tarikh aitellyu
kalau kalian kliks gambar tu
nampak jelas lah air hidungnya sebab baru lepas nangis
saya “napa abg biar dia nanges?”
sidia yang tershenta tengah bukak gate“nak buat cemane, dah dia nak nanges”
ada lobams(ala bintat2 manja je) kat mata kiri iki “abg, ada lobams ni kena apa neh?”
dia “hooo…patutlah dia nangis tadi…kekeke”
cait, sukahati je gelak..
memanglah sekali baca nampak macam saya tak bersukur suami jagakan anakanda kan?
tapi jauh di sudut hati kudus saya
memang bukan mudah menjaga zikry seorang diri
dia takkan mahu tinggal sorang, asyik mengutip dan masuk mulut, memanjats, menjerit bagai
dan penjaganya tak boleh leka/buat kerja lain
(dahla sy pesan sidia minta basuhkan baju di laundry bag seround dua)
memang bukan mudah…
and you’ve made it!
tengs laling, nah syg kasi gambar kitorang berdua yang vogeh ni buat kenanganmu
kalian, pipiku dah nampak kembang sikit
berkat breakfast, lunch, tea break, dinner & supper dengan jayanya!
FIJU (Iki) dah pandai berbual dan mengaitkan beberapa perkara yang berkaitan (kadang2 tak berkaitan pun)
Yang saya sedih bila dikenang semula, masa dia panggil saya “mommy..mommy”
Dan saya buat2 tak pedulikannya sebab runsing, dia akan diam
Dia gelak gelak kecil “mommy tak dengar..hihi” (Kesian Iki kan?)
Kelmarin dia tarik tangan saya
Katanya “Jemur tangan adik..ni hanger”
Saya blur… Dia tunjuk2 bahagian anak panah biru muda itu
Rupanya tangan adik basah terkena susu masa saya menyusukan SEJU sebentar tadi
Tapi perlu ke ianya dijemur?
Ayg, Ayg tak rasa Iki berfikir dengan susah macam Ayg ke?

Dah sudah saya lap tangan SEJU (ya, saya tak jemur anak-haha)
Iki datang dan tunjukkan fridge magnet yang dimainnya dari semalam
“Mommy, ni koyak” (Magnetnya dah tercabut-anak panah merah)
Kesian Iki, masih kekurangan vocabulary lagi..hihih

Dalam seronok2 Iki main dengan adik adik saya yang datang
Dia ‘terjun tiruk’ dari katil – kepala jatuh dulu
Dapatlah hadiah ‘goose head’
Mula mula nampak, ala ala nerves la juga saya sbb tak pernah lagi berlaku begitu
Saya susukannya dulu..breastfeeding boleh menenangkan si kecil anda


Dan kemudian ambil ice pack yang dibalut dengan lampin
Tuam ke atas lebam tersebut
Banyak jasa ice pack ni kepada kami sekeluarga
Masa musim berdarah hidung (mengandung), ice pack ni jadi teman karib
Masa Iki terrrrgigit nipple sakit ya amat nangis semalaman (haha), pun tuam dengan ice pack
Dan sekarang dan masa depan, kalau kalau anak lebam tersinggung sana sini, buleh tuam dengan ice pack
Tips dari babycenter.com: Perhatikansimptom2 lain seperti muntah, pengsan atau perubahan pada bola mata bayi anda selepas dia jatuh dan segera bawanya ke klinik (sekiranya ada)
Selepas 20 minit dituam, lebam itu surut kembali dengan ucapan “Iki, tolonglah jangan buat lagi. Risau hati mommy”

Di mata saya, Iki dah ‘tembam’
Di mata Iki, saya dari dulu tembam..ekeke

Ammar Zikry di usia 15 hari (Januari 2008)

Ammar Dzakwan, hari ke 15 (Dis 2009)

Wadiina & Ros : Tahniah kerana baru melahirkan cahaya mata
Sekiranya bayi anda disusukan secara terus (direct feeding) dan exclusive breastfeed
Percaturannya lebih mudah
Maksud saya, kurang risiko2 lain untuk dievaluasi
Jika bayi muntah dari hidung atau mulut samada selepas menyusukan atau laaamaa selepas disusukan
Ianya berlaku kerana bayi minum terlalu banyak daripada yang diperlukan oleh tubuhnya
Anda boleh membantu dengan cara sendawakannya selepas dia minum
Atau massage perutnya bagi membantu dia mengeluarkan ‘angin’ dari dalam badan
Graviti juga membantu, tegakkan kepalanya lebih tinggi berbanding badan selepas minum (dengan cara menyandarkan bayi pada ibu/bapa yang sedang duduk)
Sistem badannya akan matang dengan bantuan susu ibu bagi membolehkannya menganggar berapa banyak yang diperlukan sebenarnya
Dan tiada schedule untuk ‘berapa kali bayi perlu buang air besar dalam sehari’
Seawal 10 hari pertama, biasanya bayi buang air besar pada setiap kali lepas minum
What goes in must come out..ekeke
Selepas itu, bayi boleh buang air besar sehari sekali atau 2 kali
Atau 2-3 hari tidak buang air (dan kadang kadang seminggu!)
Selagi dia tidak meragam, nampak aktif masa berjaga dan rehat dengan lena masa tidur
She is fine..
Cara saya berfikir? Kalau dia tak buang air besar, maknanya SEMUA nutrien dari susu ibu diserapnya, which is very GOOD! (and less CD to be washed..hihi)
Tapi dia perlu buang air kecil sekurang2nya 5 ke 6 kali CD basah sehari (tanda bayi mendapat cukup susu)
Monitor suhu badan dan berat badannya
(Berat bayi mungkin turun 10% pada minggu pertamanya berikutan penyingkiran lebihan air dari badan)
Dan sekiranya dia disusukan dengan mencukupi (on demand, paling lama selang 2 jam sekali)
Beratnya akan naik 200 gram – 500 gram dalam tempoh sebulan
Refer doktor bayi anda untuk lebih lanjut ye
Nota Mommy Luna : 24 jam tak cukup untuk saya, boleh saya minta lebih?
Antara benda-benda ‘kecil’ yg saya beli supaya Iki gembira ialah bubble gun
Dia gumbiraaaa…lagi lagi kalau bubble tu ‘tertepek’ kat muka Dzakwan!

Artikel yang saya baca mengenai perubahan sikap anak pertama semasa mendapat ‘adik’
Dia sebenarnya ‘cemburu’ tetapi tidak pandai memberitahu perasaannya
Pssst..kalau ‘mak’ dia pandai beritahu yang dia cemurukkkk (siap tarik2 rambut)…ekeke
Jadi ‘perasaan’nya itu diolahkan dengan cara lain
Seperti:
- Menjadi semakin naughty
- Tidak mahu mendengar kata
- Semakin baby-ish
Dengan harapan, dirinya diberi lebih ‘perhatian’. Tapi dalam banyak keadaan, dia kena marah sebab mommynya geramm prffffff!
Ini kes lain yang diminta, lain yang diberi..ekeke
Gambar dibawah di ambil semasa saya sedang menyusukan Dzakwan & Iki terloncat2 atas katil walaupun saya cakap ‘No!’
Dia jawab “Best mommy…”
Kalau saya tegur “Iki jangan tolak tolak adik”
Dia diam dan duduk atas adik “Haaa…Iki duduk atas adik :sengih lebar: ”
Isk…
Tips dari Puan Zety –> Utamakan dan puji anak first dalam semua perkara. Contohnya bila adik poo poo, beritahu abang “adik ni tak pandai basuh poo sendiri, tak macam abang, abang pandai..”
Atau bila adik nangis “adik ni naaaangis je, abg pandai. Tak menangis..mommy sayang abang”
Akan eden torai!

Lina, anak Lina pun ‘mengendeng’ susu sama banyak macam baby minum ye?
Saya rasa kena join support group tandem nursing mom
Untuk menyingkirkan segala rasa yang tak best – mungkin hormon semasa masih ‘dalam hari’ agaknya
Kadang2 saya rasa Iki masih baby
Tapi bila dia merengek lebih2, saya rasa kenapa dia ni mengada ngada..dia kan dah ‘besar’?
(Tiba tiba Iki dah besar pula..hehe)
Dia bawa kipas dia depan mata saya dan “mommy ambil gambar kipas pulak!”

Seminggu ni saya betul2 berehat di rumah sebab ada pembantu di kedai
Nani saaaaaaaaaaaaangat membantu saya! Terima kasih dear.
Masa sedang berpura pura tidur dan akhirnya tertidur (cubaan mengajak Iki tidur)
Saya terima panggilan jam 6.30 pm yang Skynet belum datang ‘pickup’ pesanan di ofis
Saya gelabah calling Skynet tapi katanya masa dia datang ‘gate bawah’ dah berkonci jadi dia sangka kami dah pulang!
(Uwa…gate bawah Lunatots ni memang berkonci demi keselamatan, kena calling utk buka)
Saya pun bersiap2 pakai seluar dan baju yang matching dengan tudung yang kak Serindit beri
Punyalah nak cepat sebab nak kejar cut off time Skynet jam 7.30 pm sampai tak sempat tepek bedak Johnson ke ape..ekeke
(Nasibbaik sempat cuci muka sembab je)
Eyebag semunyik macamana pun memang akan jelas kelihatan
Anak anak yang sedang tidur saya tinggalkan sekejap dengan mak saya dengan sedikit susu perahan dan cup kecil jika Dzakwan mahukan susu sebelum saya pulang
(Bunyinya macam nak pergi berperang je..ekeke)

Sampai di bawah ofis, saya minta guard nama Kulwinder untuk tolong saya angkat barang
Dia tak berapa faham Bahasa Melayu jadi saya buat bahasa isyarat (rasanya bukan orang ‘sini’ )
Begini “TOLONG angkat barang (jari tunjuk tingkat atas) sebab saya baru bersalin operation (tunjuk perut isyarat dibelah). TAK ( geleng geleng kepala) boleh angkat berat (tangan pula tunjuk tanda tak boleh)” Pergh…
Nasib baik dia angguk setuju, kalau dia geleng..harus saya pura pura pengsan depan dia..ekeke

Saya tolakkan troli dan minta dia susunkan barang2 di atas troli
Gambar dari dalam lif, beberapa bungkusan pesanan jatuh2 dalam lif
Jadi saya jagakan pintu lif dan Kulwinder kutip (sebab dia yang jatuhkan..keh keh)

Lepas ‘pembantu sementara’ saya masukkan semua bungkusan dalam kereta
Saya vroom vroom nak roger ke Skynet
Saya calling mereka merayu rayu minta tunggu sicantek manis on the way dah
Saya janji lagi 10 ke 15 menet saya sampai!

Huwoohh..jem sangat teruk di MRR2
Traffic light pula sangat laaaamaa
Saya ada terfikir nak turun kereta dan lari ke Skynet beritahu saya dah nak sampai
Tapi siapa pula nak drive kereta kalau saya buat begitu?

Saya tiba di Skynet dekat jam 8 pm!
Mereka dah cutoff semua penghantaran
Saya buat muka kesian “tolongla akak yang tengah berpantang gigih hantar barang ni..kang akak meroyan kang!”
Nasibbaik mereka sudi terima semua bungkusan saya lepas saya janji akan CUBA berikan no telefon Nani kalau mereka tolong saya…hahahah (Nani, kak Sue terpaksa guna namamu) selepas mereka tak ngeri dengan royanan Kak Sue
*Mereka selalu jumpa Nani bila pickup pesanan hari hari tapi komen mereka “akak, staff baru akak tu sombong laa” (mengada ngada kan?)

Saya parking di lot belakang dalam gelap gelap malam dan tikus berkeliaran
Sekali pandang macam saya buat aktiviti gelap je kan?

Balik dari Skynet, saya singgah Esso beli apa yang patut & tidak
Bahagianya rasa dapat shopping (walaupun beli roti & coklat je!)

Kenapa saya perlu hantar bungkusan itu semalam juga
Kenapa tak tunggu esok sahaja?
Sebab:
- Esok Jumaat, jadi customer akan terima pesanan mereka pada minggu hadapan (Sabtu & Ahad Skynet tidak hantar barang)
- Saya dah janji dengan customer yang pesanan akan dihantar pada hari Khamis supaya boleh diterima pada hari Jumaat ( Manusia dipegang pada janji)
- Semuanya bukan sebab saya, saya dan saya. Tapi atas dasar kepercayaan customer terhadap Lunatots
- Saya hanya mencuba, sekiranya Skynet tak layan saya sbb terlewat hantar, sekurang2nya saya sudah mencuba sebaiknya. Yang boleh saya buat, mohon maaf zahir batin dari customer.
- Saya ada 2 anak kecil yang tidak berhenti bercakap, menangis & minum susu. Apa lagi yang saya(dan anda) tak mampu buat? (haha)

Nota Mommy Luna : Setiap komen anda menginspirasikan saya untuk menjadi lebih baik. Terima kasih!
Sepanjang minggu ini saya belum berkesempatan meng’update’ blog
Mak mertua saya datang tolong temankan kami anak beranak minggu ni
Minggu minggu selepas ini belum dirancang bagaimana aturannya..ehehe
Anak anak & suami dah tertidur kepenatan
Saya bangun nak update blog di tengah2 malam
(oh oh, orang lain bangun tengah malam basuh pinggan, kemas rumah, lipat kain dan kerja kerja berpekdah lain..ekeke)
Hari siang saya dipenuhi dengan rengekan Iki minta perhatian
Muka saya senyum tapi hati saya menahan meroyan..huwoohh
Entri ini akan berbentuk diari seminggu qada’ entri..hihi
Hari Ahad lepas saya discharge jam 4 pm lepas antibiotik terakhir Dzakwan
Sambil kemas kemaskan paper bag saya yang berbondong bondong itu
Iki prektis guna kamera ayahnya
Gaya muncung2 mulut sume dah ada dah..ekeke
Mungkin hanya saya yang rasa anak saya masih kecil
Tapi ada baaaaanyak perkara yang Iki dah faham dan mengerti
Contohnya bila saya bawa turun sampah dari showroom
Dan letak di tepi tong sampah kemudian masuk dalam kereta
Iki beritahu saya “mommy, barang!” (sambil jari tunjuk2 pada sampah yang saya tinggalkan)
Iki dah 2 tahun
Tapi lelah memanjakannya tak pernah bersisa, tak akan


Gambar diambil semasa di luar hospital
Di tangan saya ialah laporan pemeriksaan Dzakwan & x-raynya
Tudung, baju, seluar dengan handbag memang tak matching
Anak acik dah duo (tangan tekup muka tak dapat menerima hakikat..haha)

Sedar tak sedar, ‘lama’ dah kami bersama
Lama = lebih kurang 9 tahun
Sekejapnya 9 tahun berlalu kan?
Bila perkataan –> ‘anak dah dua’<– ditekankan
Kami akan merasa semakin ‘lama’
Erm maksud saya, semakin tua..ekeke

Mommy yang tak sempat oles oles bedak asas..keke

Banyak banyak terima kasih daddy sbb temankan mommy di hospital
Kalau kena tidur sorang, harus mommy bungkus beg bawak IV drip ape sume ikut daddy balik
Malam pertama di hospital agak saiko, kononnya dengar itu dan ini
(Padahal siang dah tidur banyak..ekeke)
Malam kedua, lena tidur (bangun selang 2 jam bila nursery hantar bayi) sampai ke pagi

Sampai dirumah, lepas rindu pada Iki dulu
Menitik air mata tengok Iki tidur selepas menangis mahukan saya
(dia balik dulu dengan opahnya sbb saya kena tunggu keputusan pemeriksaan Dzakwan)
Blues melampau sangat masa tu
Filem Khabir Bhatia pun serender…ekeke
Haruskah saya minta maaf sbb Iki dapat adik lagi?
Patutnya ucap tahniah la pada beliau kan kan?
He will be fine, he should be fine, we should be..
Saya sudah mula mengepam susu
Sempatlah pam sedikit sebelum Iki ambil pam saya dan main
Lihat..sabarkan saya ber-anak dua?
Pengalaman pertama membesarkan anak pertama saya disini
(Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan ye)

Alhamdulillah, 2 oz ini saya simpan di dalam fridge
Tujuan saya mengepam ialah sebagai ‘spare’ sekiranya saya ‘terpaksa’ meninggalkan Dzakwan untuk shopping eh maksud saya utk tujuan yang amat penting (seperti ke hospital)

Storage bottle telah dibasuh dengan air panas oleh incik suami


Selepas dilabelkan dengan tarikh, susu perahan tersebut disimpan didalam deep freezer
(Tahan 6 bulan dari tarikh perahan)
Untuk tips mengepam semasa dalam pantang, klik sini

Hari Isnin, saya ke showroom dengan anak anak sbb stok CD baru sampai
Berhenti sekejap susukan anak sebelum menyambung kerja
Saya buat yang ringan ringan sahaja sbb beri peluang pada yang muda remaja berkerja..hihihi
Terima kasih Lunatots Team yang lain!

Hari Selasa pun saya ke showroom menyambung urusan duniawi
Anak anak saya bawa sekali
Pulang dari showroom, singgah Econsave beli barang dapur
Masa gambar di bawah di ambil, saya duduk sebentar sbb lenguh kaki
Tengah boring2, nasib baik ada kamera phone (nasib baik? )

Tersenget senget saya nak ambil gambar pouch

Sebab ada Dzakwan dalam pouch
*Terfikir juga nak minta pekerja Econsave yang tengah sibuk susun susun barang ambilkan gambar saya..ekeke

Hari Rabu & Khamis, saya berehat dirumah
Tiada gambar sbb bila dirumah, saya agak comot (ayat sebenar = tak agak agak la comotnya..ekeke)
Jumaat, Aidiladha 2009
Bangun pagi, mak mertua & kakak ipar dah masak rendang dan kuih kacang
Saya yang potong nasi himpit tu, sebab tu tak simetri senget benget..ekeke

Raya secara sederhana
Suami solat hari raya di masjid berdekatan
Saya siapkan anak anak dirumah

Warna tema aci sarung namanya..ekeke
(Mommy lupa letak baju melayu hijau Iki dimana)

Dan petang tadi saya saaaaaaaangat gumbira
Sebab suami janji nak bawa ke Big Bad Wolf – Books warehouse sale
Ianya berada di Level 3 Amcorp Mall
Iki saya tinggalkan masa dia sedang tidur petang
Dzakwan ada dalam kantung hijau di perut mommy..hihi

Wah..orang sungguh ramai sampai kena berbaris sebelum masuk
Saya perlu bawa Dzakwan berhati2 bimbang disondol orang
Memang logiknya saya pergi books warehouse sale yang tidak merbahaya tapi mungkin orang ingat yang warna hijau itu adalah handbag saya, kan?
Kami bershopping secara amik-amik-amik-amik-nanti-kat-sudut-pilih-nak-yang-mana
*Nampak pertambahan daging pada pipi saya berkat milo, roti, nasi, buah dan kek setiap hari

Isteri mithali mana nak dapat macamni “Abg nak buku apa, amiklah”
(Memang saya berani cakap begitu sbb paling mahal pun harga buku ialah RM10)
Beg yang disandang ialah beg baby isi CD, tisu basah dan lain lain hadiah dari Puan Watie
Oh Watie, tahniah atas berita gembira ye
Kelahiran yang kedua akan tambah menyerikan kehidupan pastinya

Tu dia….banyaknya buku yang kami pilih!
Soalan cepumas ‘ada masa ke nak baca?’ hihihi
Antara yang membuat saya dup dap dup dap ialah saya beli buku masakan!
Hah, beli buku masakan pun gembira?
Nanti, bila saya dah cuba beberapa resipi, saya tepekkan disini ye
(Nak tepek juga walau orang tak tanya…hihi)

Niatnya saya nak beli set comforter
Tapi penjual tiada di boothnya
Jadi saya tumpang duduk untuk menyusukan Dzakwan
Mujur takde orang nak beli masa saya ‘jagakan’ booth ni
Pouch ini membantu..sungguh!
Bayi tak berbunyi dari datang sampai sudah shopping sebab selesa ‘dibawa’

Jujurnya, saya ok dengan 2 orang anak
Maksud saya, saya masih ok dengan Dzakwan yang belum banyak ragamnya
Cuma masih sukar mengawal emosi dengan emosi bercampur baur Iki
Bila saya buat tak tahu padanya
Dia duduk sendiri dan menyanyi Happy Birthday to You sorang sorang
Bohong kalau saya kata saya tak rasa apa apa

Bila saya kata “mommy sakit, mommy nak makan roti lepas tu makan ubat”
Dia cakap “ok”
Dan bawa buku duduk di bawah kaki saya (ala ala adegan si Tanggang minta maaf dari emaknya)
*Tengok kakinya berlunjur kena kerusi meja makan

Dan bila malam, saya akan ‘sedikit’ naik angin sbb dia suka merengek
Dia akan menangis sambil berbaring di kaki saya (macam mak dara minta maaf dari Kasim Selamat)
Emosi kan kehidupan kami? Haha..
Ini gambar Iki dan Dzakwan masa menyusu
Dzakwan = cradle hold position, Iki = football hold

Bila Dzakwan dah kenyang…

Abang saaaaayang adik!

Nota mommy Luna : Sabtu, Ahad dan Isnin ini saya ke showroom. Kalau ada yang sudi menjengah, jom jom ke sana..tengok CD dan baby baru
*Showroom macam tongkang pecah, sungguh!
Teknik Hypnobirthing?
Saya gunakan semasa buang air besar (haha)
Ianya berkesan dengan cara menggunakan teknik pernafasan yang sama cuma ‘aura’nya disalurkan ke bahagian yang berbeza
Recommended :thumbs up:











