Archive for the ‘Luna’s Thought’ Category
Salam 1 Malaysia!
Dah lama saya tak bercerita tentang Penyusuan Susu Ibu
Anak yang berbeza dengan kisah penyusuan yang berbeza
Zikry, Dzakwan dan Alya, semuanya istimewa
Saya percaya begitu juga anda dan bayi
Bergelut dengan masalah susu yang semakin kurang
Bukan salah mereka, mereka atau mereka..hihi
Tetapi tuntutan masa dengan komitmen dan stress yang menekan agaknya
Sebab utama, kerana selalu skip mengepam semasa berkerja
Sekarang pam susu adalah teman baik saya
Siang malam, pagi petang saya mengepam
Kadang kadang keadaannya stabil
Tapi selalunya 1 oz titis titis sahaja
Saya akan kembali dengan segera ke keadaan asal kerana kini mengepam lebih mudah dengan adanya Plastik Susu Ibu Suri
Hanya pam terus ke dalam plastik penyimpanan susu ibu tanpa perlu menggunakan botol
Jika anda pengguna Medela Freestyle, Swing, Spectra mahupun Unimom Allegro
Anda boleh mengepam terus kedalam plastik bersama sama saya!
Kurang botol untuk dibasuh, ianya melegakan kan?
(Sengeh dengan saaaaangat besar namun tiada gambar senyuman dalam entri ini..hihi)
Belian plastik Suri di link ini
Entri Haza mengenai plastik penyimpanan susu ibu Suri di link ini

Wah wah tajuk macam pengawas sekolah
Siap meletakkan gambar kaunter LHDN..hihi
Mahu menjadi pembayar zakat yang paling besar di Malaysia
Ianya cita cita Hajah Faiza (Beras Basmathi)
Sedangkan kebanyakan daripada kita bercita cita untuk membayar cukai dengan kadar yang paling rendah dalam pasaran
Banyak perkara yang saya belajar sepanjang menjadi usahawan
Borang E, BE, P, E, BE (eh macam berulang sahaja) perlu diisi dan dihantar
Semuanya perlu dideklarasikan kepada pihak berkenaan
Tiada 2 akaun yang berbeza (seperti satu untuk cukai, dan satu lagi yang sebenar)
Sepetang di pejabat LHDN, saya jumpa macam macam orang
Ada yang tak puas hati sebab cukainya lebih tinggi daripada Dato Siti Nurhaliza…ekeke
Juga tak berhenti yang datang untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia
Jika anda seorang rakyat Malaysia dengan syarat syarat seperti dibawah, anda layak memohon bantuan RM500 sebulan daripada kerajaan
Permohonan ditutup 10 Januari 2012 (hari Selasa)
Dan permohonan boleh dihantar ke pejabat LHDN berhampiran

Mungkin bantuan ini bukan untuk kita dan keluarga namun sempat lagi diwar-warkan kepada yang layak sebelum hari Selasa ini

Hidup lebih mudah bila kita kurang bertanya apa yang akan kita dapat dan mulakan hari (hari mau) dengan memberi sebanyak mungkin
Pagi pagi dah kung kang kung kang kami suami isteri
Sebenarnya tidaklah pagi sangat (dah pukul 6.45 pagi)
Dan bukanlah berbunyi kung kang kung kang..ekeke
Lebih kepada perlahan-lahan-turun-katil-supaya-tiada-yang-menyedari
Tapi masih kedua dua yang kecil menangis hok hek hok hek
Mujur ada mertua dirumah, jadi boleh passkan mereka kepada atok dan opah sementara mak cari tudung yang sepadan dengan baju
Mula mula nak pakai baju hitam kemudian coklat seterusnya ambil warna pink
Kembali kepada motif, kita akan berbincang mengenai ‘Perniagaan Borong di Kalangan Usahawan Belia’ dan bukannya mengenai baju mahupun tudung
Program ini untuk usahawan belia bawah 30 tahun dan saya berusia bawah 30 tahun semasa diberitahu pada 31 Disember ..ekeke
Perlu berada di Studio SPM jam 7.30 pagi kerana banyak bahagian yang perlu ditouch-up (tacap)
Firdous dan Anwar, anak muda berusia 22 tahun ditemani kakak mereka yang mengintai usia 30 (kih kih)
Biar usia tua hati masih muda (eh ada sesiapa menyuarakan isu tua-muda kah? : pengsan: )
Sebenarnya saya berharap teman teman tidak menonton SPM pagi ini kerana saya agak malu
Entah kenapa sejak sejak mencecah angka 3 ini wanita dibawah menjadi malu (tidak bertempat)
Dari semalam encik suami menenangkan saya
“Kenapa Sue malu dan nervous? Bukannya ada audiens pun”
“Maksud Abg, takde orang tengok Selamat Pagi Malaysia?”
“Bukan, maksud Abg, takde audiens macam di seminar laktasi”
Pagi pagi saya kejut Najwa
“Najwa, bangun tengok Selamat Pagi Malaysia pagi nanti pukul 8″
“Kenapa Kak Sue?”
“Sebab takde orang tengok nanti…hihi”
“Haaa?” sambil mamai mamai
Sekeping gambar di hadapan Wisma TV Angkasapuri
Saya pun tak pasti saya bergambar depan apa sampai Wani sebut ini ialah gamelan
(Bukan gong ye Wani? Ekeke)
Salam tahun baru 2012
Haza dan Kak Zana yang dikasihi, jangan merajuk kerana cik Sue tak beritahu dia masuk SPM
Sue diberitahu malam kelmarin oleh SJ dan gementarnya berakhir pukul 9 pagi tadi
Kebelakangan ini saya nervous bila bercakap tentang perkara (lain) selain laktasi..hihi
Tapi hari demi hari dia akan memperbaiki kebolehan berkomunikasinya, insyaAllah!
Dan Shahabudeen Jalil, terima kasih diatas jemputan.
Jom memborong di China!

Cik Sue update blog malam malam?
Kenapa pula dia jadi cik? Bukan makcik eh puan ke?
Oh azam 2012 agaknya untuk update blog selalu..ekeke
Sebenarnya saya ke kenduri sepupu di Setia Alam malam tadi
Dan pergi ‘berdua’ sahaja jadi ada masa untuk menaip bila anak anak tiada (senyum dengan sangat lebar)
Semalam kenduri tengahari di Janda Baik lauk gulai kambing
Dinner BBQ malam semalam juga kambing
Kenduri malam tadi pun (mak)cik Sue beratur jemput kambing dimeja hidangan
Alhamdulillah rezeki dalam bentuk kambing yang Allah kurniakan sampai sendawa bau kambing
Dan esok pagi pukul 7 saya akan berada di Angkasapuri keudara untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia
Topik ‘Usahawan Borong’ bersama Shahabudeen Jalil
Jumpa esok pagi ya!

Besar harapan saya untuk tahun 2012 ini
Antaranya ialah semoga perut dapat cepat susut (tanpa effort? – mustahil) hihi
Azam tahun baru 2012 saya ialah ‘tidak mempunyai azam’
Terpaksa rujuk entri tahun baru 2011 di entri ini untuk menyemak samada saya mempunyai azam 2011 atau tidak
Kelip mata kelip lagi mata dah habis 2011
Saya menyambut tahun baru di Cherengin Hill Convention and Spa, Pahang
Sengaja lari dari kebiasaan sambil bersantai dengar live band sambil keliru kenapa suara mereka sedap nyanyi semua lagu
(Semua) lagu termasuk lagu hindustan, cina, beautiful maria, dirantai digelangi rindu
Tak sabar untuk kembali berkerja tahun hadapan
Bagaikan mawar yang sedar mekar (ha a, bagaikan mawar yang sedang mekar..ekeke)
Buat semua yang mengenali saya samada secara maya mahupun fizikal
Selamat tahun baru 2012
Ianya bagaikan suatu kayuukur dimana kita berada dan apa yang telah kita capai
Ada yang mengukurnya berdasarkan laporan kewangan mahupun statement account
Juga ada yang mengukurnya berdasarkan pencapaian self development mereka
Tak kurang yang mengukur dengan jumlah anak…hihi
Biar apapun, semoga kita sama sama disayangi apabila ada dan dirindui bila tiada
Salam 2012 (hari hari indah)
Indah Suraya, Janda Baik Pahang










