Archive for the ‘Lunatots’ Category

(Sticky Entri- Entri baru dibawah)
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera
Kami menjemput rakan dan pelanggan Lunatots untuk hadir ke Rumah Terbuka Lunatots Pulau Pinang
Tarikh : 16 September 2010
Hari : Khamis
Masa : 12 pm – 4 pm
Untuk RSVP, klik link ini
Bagaimana mahu ke Lunatots Pulau Pinang, klik entri ini
Dan pada 25 September (Sabtu), saya menjemput ke Rumah Terbuka keluarga kami di Vista Cheras, Selangor
Saya book jadual anda, keluarga dan anak anak ya!
Jemputan akan dihantar kemudian melalui facebook dan add saya di sini
Ketenangan itu suatu pertaruhan
Ampun maaf dipinta diatas salah silap bual bicara dan perlakuan yang kami sekeluarga amnya dan saya khasnya lakukan
Salam Syawal,
Puan Suraya, Encik Shazwan, Zikry & Dzakwan
Entri ini sekadar berkongsi, yang baik boleh dijadikan teladan
Yang tak elok, buleh jadikan sempadan utk tidak melakukannya ya
Saya nak bercerita tentang sepanjang minggu yang genting menyediakan Lunatots Showroom
Mungkin ada yang boleh dijadikan panduan atau buat semat sematan di hati teman teman
Ianya tiada dalam perancangan awal saya
Dan tiba tiba sahaja terdetik dan terfikir “jomlah realisasikannya”
(sambil melompat turun dari katil-tak lompat pun tak apa sebenarnya)
Kalau disenaraikan buruk baiknya, mungkin lama saya akan duduk dan menulis sehingga ke hari ini agaknya..hihi
Pada masa itu saya cuma terfikir, kalau bukan sekarang, bila?
Dan kalau bukan saya, siapa?
Bermula dari hari membayar deposit kedai, hari hari agenda saya ke kedai hardware
Beli cat, beli karpet, beli windows blind, beli rak, gondola, offer bin, aircond, pintu, mangga, kerusi dan meja
Baru saya tau dari semurah murah cat ke semahal mahal kapet
Selama ni kapet hanya ‘kapet’ di mata saya
Memang hanya jauhari mengenal manikam

Hari hari juga si kecil ni tolong vakuum ruang baru kami
Sementara daddy, umi, abah, atok dan mak ngah mengecat

3 malam sudah mengecat, kita beralih ke pemasangan kapet ye tuan tuan dan puan puan
(Mode verangan jadi Eric Deko Idaman)
Kali ini kami dibantu oleh Puan Haza sekeluarga
Saya sangkakan mudah sahaja pasang kapet, rupanya tugas ini antara yang paling susah
Sebab bukan letak gitu gitu sahaja kalian
Perlu kemas2 dan digam dengan kuat supaya tidak gelembung

Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila berkerjasama, semua jadi mudah… (refer gambar dibawah-pembantu kecil yang ‘membantu’)

Biarpun karpet tak habis dipasang lagi dalam satu malam (sbb malam malam seterusnya suami berkerja malam)
Saya dah order gondola di bawah
(Namanya gondola ye kawan kawan)
Padan elok dengan tiang seri kedai kami kan kan ![]()
(Masuk lif tekan sendiri nak pi tingkat mana)
Saya tak berani tawar diri khidmat pemasangan karpet
Nanti sampai ke dinding pula kapet showroom kami..hihi
(Sungguh, saya bukan rajin teliti orangnya)

Gambar di ambil semasa encik suami tengah ‘kerjakan’ pintu Lunatots
Saya pun tak faham motifnya tapi dia kata dia ambil gambar ni supaya dia tau bagaimana nak pasang balik selepas buka macam McGyver
Kalau saya, alang2 dah ambil gambar, apa kata senyum masuk sekali interprem kan..hihi
Puan Farah dan suami dari Sara Kids
Kalau kalian nampak rak2 CD di Lunatots, ianya ikhsan team Sara Kids
Dialog belakang tabir “Sue, amik gambar aku ni..gigih aku berkerja ni tauuu” keh keh..

Sambil2 ambil gambar orang, saya berkerja juga kalian
Bukannya duduk duduk menghela nafas panjang je (mode defensif wanita mengandung)
Saya pasang windows blind itu itu *di dalam gambar
Saya juga yang arah orang aircond utk pasang sini dan situ


Tugas yang paling saya sukak ialah membeli belah barang baru
Apa apa sahaja yang baru
Tong sampah baru, file rack baru, cermin baru
Tak sempat buka majalah hiasan dalaman
Saya dah beli semua yang saya mahu..kih kih

Sampai 2 troli saya memborong
Siapa sangka wanita mengandung punyai keterujaan terhadap shopping yang melampau2..hihi

Dan sehingga ke hari ini, Lunatots Showroom masih dalam proses ubahsuai
Dari paip air ke lapik kaki
InsyaAllah perlahan2 semuanya akan stabil dan menceriakan mata hati teman yang datang melawat
Sekeping dua gambar buat tatapan teman sebelum saya sepah2kan
Ianya kecil tapi cukup besar maknanya sebagai outlet pertama kami, insyaAllah
Saya bersiaran dari bilik ini lah kalian

Lunatots HQ turut menjual barangan penyusuan susu ibu dan produk2 yang turut terdapat di www.lunatots.com
Antaranya tuala wanita kain untuk kaum wanita
(Tiada lagi campur tangan bahan kimia bulanan)

Bagi yang mencari baju kurung cotton utk si kecil anda
Ada pelbagai warna dan saiz utk dipilih dan digayakan ![]()

Meja kaunter dan tetamu

Bagi yang mencari cari arah ke sini,anda boleh Google Map dan cari Cheras Business Centre
Ianya berada betul2 bersebelahan MRR2 di bulatan Tesco Extra
Waktu operasi ialah 9 am – 6 pm (Isnin-Jumaat) dan 10 am-3pm (Sabtu&Ahad)
Iki, ajak semua aunti2 dan uncle di luar sana datang ke Lunatots (arah saya)
Iki “Jom ke mari borong CD”


Nota mommy : Iki berlengas merelip relip… Mommy dia 2 kali ganda berlengas..ekeke
Terima kasih pada keluarga dan teman teman yang membantu sepanjang pe’nyetup’an Lunatots Showroom
Lunatots Showroom dibuka setiap:
Isnin – Jumaat dari 10am hingga 5pm (tutup hari Selasa)
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dari 10 am hingga 3 pm
Hubungi 0125880515/0125280515 sebelum hadir


Signboard dari luar showroom

Signage sebelum naik ke showroom

Alamat kami:
16-2-1, Blok A, Jalan 5/101C,
Cheras Business Centre,
56100 Batu 5 Cheras, Kuala Lumpur.




