Posts Tagged ‘birthday’
hari ini zikry dah hampir berusia setahun 2 minggu
tapi kisah birthday setahunnya tak habis cerita lagi
(kalian, sbb itulah anak anak memerlukan ibu-untuk mengingati birthday sebenar anak
tidaklah terhantar sms Happy 24th Birthday semasa anak berusia sweet 22-ini kisah benar!)
begini kisahnya, semasa menanti kehadiran tetamu
iki main vacuum atok dulu

masa tu lagi moodnya dah tak berapa baik
sebab dikejutkan dari tidur
iki biasanya tidur jam 8 malam sehinggalah 7.30 pagi
tapi pukul 10 mlm saya gediks kejutnya utk birthday celebration
disebabkan dia sedikit meragam, saya biarkan je dia main vacuum sesuka hati nya
jangan kata vacuum, kalau iki nak main tangki air pun mommy tak kisah..hihiĀ
gambar gambar kalini ihsan dari ayah iki
(menjawab soalan kenapa gambar ayah iki tiada, gambar mommy pula penuh satu blog)
banner kecil dah dah pasang, belon dah diterabur teraburkan
lilin pun dah pasang
nyanyian Allah selamatkan kamu pun sudah
(klik utk besarkan gambar dibawah,besarnya saya gelak)
*mungkin saya harus pertimbangkan braces utk memperelokkan barisan gigi?
bila tiba masa utk iki tiup lilin
iki meragam pula
(kebetulan gambar org dalam TV tu mcm nak tiup lilin kan)
dan saya default menyengeh saje, sbb sudah menjangkakan iki akan meragam
jadi pada mereka yang mahu melihat gambar iki tiup lilin
tada…
iki tiup lilin bersama mak su nina
birthday mak su nina yang ke-4 ialah pada 21 disember
kegembiraan lebih terasa bila dikongsi kan
kek pun lebih sedap bila makan ramai ramai
dan birthday pasti lebih meriah bila meniup lilin bersama sama..hihi
lepas tiup lilin, potong kek pula
muka iki dah bosan sesangat
nak ajak mommy tidur tapi mommynya sibuk dengan kek
lepas tu penyampaian hadiah
waha..macam hari penyampaian hadiah sekolah kan
(terasa macam guru besar yang besar tengah sampaikan hadiah)
iki dah mula seronok dengan macam macam toys
tengs semua
tengok ni..mak su nina mengendeng hadiah iki
saya tengah terangkan “yang ni iki punya, yg sana tu nina punya”
sekeping lagi gambar iki dan mommy menyengih
gambar sekeluarga, tapi atuk tiada dalam gambar
Ammar Zikry, mommy doakan Zikry sentiasa dalam peliharaan Allah
semoga sentiasa sihat dan selamat
Zikry nak tulis apa apa pada pembaca?
“ikijijiiiiiiooooiouuuuuuftr ebtdfd fmnr5gb”
maksudnya : terima kasih semua
serius muka iki bangga gila bila buat pertama kalinya saya berinya pegang keybod laptop dan benarkannya menaip
maklumlah, dah setahun
entry pre birthday sudah, props birthday pun sudah
saya terus skip ke post birthday iaitu hadiah yang iki dapat
bagi pihak iki, saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga
pada SMS, email, comments di blog mahupun call
kami suami isteri sangat terharu (muka jujur ni kalians)
terima kasih…
owh hadiah pertama ini dari tok abah & tok mak iki
mereka belikan iki bebajus dan keychain ni
*dan kad birthday yang belum ditandatangani
ada lagi, basikal kecil warna hijau bebiru
tapi mommy belum ambil gambar lagi
terima kasih tok
ini iki pakai baju yang tok kasi
keychain pula mommy tak tau nak bubuh kunci apa
sebab zikry pun kunci, kunci hati mommy & daddy ![]()
tiung tiung tiung (background music)
lori pengangkut blok hadiah dari umi & abah iki
lori ni berbrand Caterpillar (sticker yang dilekatkan)
terima kasih abah & umi
iki menyusun blok2..nanti ayah & mommy carikan lagi mega blok ni ye
boleh zikry buat bangunan tinggi tinggi utk mommy
toys ni dari atok & opah
untuk zikry belajar ABC
untuk mommy menari joget bersama zikry
toys dalam gambar ini hadiah dari aunty ibu (buyong,pakngah,buwa,bucik & bucu)
diorg dah beli hadiah ni dari bulan June 2008
masa tu baru ura ura nak celebrate birthday Iki di malam kakyong kawin
tengs aunty ibu ![]()

dan hari ni, bungkusan tiba di opis saya
hadiah daripada ibu Batrisyia & Qaireen
terima kasih banyak2 za
sekali lagi saya bagi pihak iki mengucapkan jutaan terima kasih
tengs tengs tengs
mommy & iki saaaayang semuanya ..
saya berminggu minggu nerbes utk majlis hari lahir iki
nak buat itu nak buat ini
tapi tak sempat pun buat apa apa ![]()
ayang wilda call saya tanya pasal persiapan birthday iki
saya nak cucuk macam ni, macam tu
dan ayang kata “alang take your time, buat kad birthday & hadiah iki tahun depan lambat lambat pun iki tak tau”
ha betul juga tu…
jadi saya mula dengan yang paling senang iaitu meniup belon
3 peket belons saya beli ..
petang selepas majlis kakyong berakhir, saya dah fuh fuh meniup
*cerita saya gedik di majlis kakyong, nanti ye?
owh, saya tidak keseorangan meniup
iki setia mengejar belon menemani saya

mana pergi sudara mara lain?
ada keliling saya, sokong tengok saya fuh fah fuh fah…
diorang punya belon sume nya tak masuk angin, angin terkeluar ikut tepi mulut..hihihi
sang suami tiada, dia pergi sesi fotografi bersama pengantin
nanti saya ceritakan kenapa saya tak ikut sesi tersebut ye
iki masih berbaju melayu, belum mandi petang, belum makan malam
dan masih berkasut hitam yang saya belikan masa sesi fotografi haritu
sebab masa beli kasut tu saya dah janji dengan incik suami
yang iki akan fully utilize kasutnya sementara muat (pakai hehari kah?)
jadi walaupun macik pacik suami cakap iki panas berkasut
saya pakaikan juga iki kasut ![]()
sebab saya pun panas berbaju bertudung sheshanteks la sangat ni
jadi kalau saya buka…..ehem….”lalukah makan lauk kenduri?” ihihi
okeh part tiup belon dah siap
saya nak pergi siapkan incik zikry
incik photographer takde, tapi nasibbaik saya ada si pink
mommy iki bergambar berlatar belakangkan belon
jangan kompius yang mana satu muka, yang mana satu belon ye
walaupun dedua bulat warna kuning, cuba tengok betul2…mommy iki lebih manis sket….hihihi
(masuk-lif-tekan-sendiri-naik-bumbung-loncat)
pagi ni saya ada sedikit kelibut
petang nanti ada meeting pula
sbb malam dah nak balik kg
kelibut dengan sedikit persiapan
kad birthday..utk iki
itu, envelopenya
kadnya, nanti saya tunjukkan ya
sidia : ala iki bukan pandai baca pun
saya : dia akan baca bila dia pandai baca : senyum:
(sambil cubit peha dia bawah meja)
sidia tak putus asa: ni nape teddy bear dia ada mama dia?
saya : dia sayang mama dia lebih lebih suke interprem
(waha…bias kan saya) *sebenarnya tak jumpa gambar papa teddy bear
wah wah, minggu ni entri birthday semato ke
dalam otak saya ni kan kalian, asyik fikir pasal first birthday iki
dimana, macamana, nak beli apa, warna apa, saya nak pakai apa ni bang
benda benda remeh kecil sahaja
tapi tak tersusun, semuanya berselerak atas meja kerja dalam kepala
ayah kata, tahun depan ada lagi birthday iki
tapi yang kedua ketiga kedoplo duo (macam saya) takkan sama dengan yang pertama neh
sebesar hati umi memilih tarikh perkahwinan sama dengan birthday iki
sebesar itu juga hati mommy iki utk celebrate birthday pada malam perkahwinan umi
wah wah, macam mencuri cahaya dari lampu yang menyuluhi pengantin sahaja?
(cubaan mereka ayat sendiri)
dan iki akan menyambut birthday dengan Abg Izad(16 Dis) dan Mak Su Nina (21 Dis)
warna tema ialah cream-gold
makanan tetamu dan kek ditaja oleh atok & opah (tengs..)
baju potong kek, mommy minta tajaan tok abah & tok mak (tengs..)
jadi semalam saya ke Tesco dengan iki
cari candle utk iki tiup, tak ada no 1 (owh tidak..)
cadang nak belikan award ni, tapi..
saya letakkan diri saya di kaki iki
saya imejinkan perasaan masa first birthday pakai award
pelan pelan, saya letakkan semula award tersebut di rak
(dan saya ambil gambarnya saja sebagai kenangan
)
saya shopping berdua sahaja kerana sidia pulang lewat
sementara memilih2 barang, iki sibuk cium poskad gambar kucing
lepas cium, dia keromokkan poskad tu..
bila dah boring, iki nangis sebab restless
masa nak bayar, sempat acik snap gambar acik interprem
yang saya bulatkan itu, jerawat bulanan..ekeke
tak sempat saya nak shopping bebanyak ![]()
esok dah nak balik kampung utk kenduri
ini sahaja yang sempat acik sambar bila bershopping dengan anak kecil yang minta didokongs saja
woh woh..susahnya nak shopping bila jadi ibu tunggal sementara neh..
pagi ni masa saya tinggalkan iki pergi kerja
dia tak menangis lagi macam semalam
iki tinggal dirumah dengan tok mak dan tok abah
dia siap wave good bye pada saya
lega hati nak tinggalkan dia..
dan petang ni bila saya balik kerja
iki takde, tok abah bawanya ke rumah sedara di Meru
sunyi je rasanya rumah takde somi buat sepah dengan anak ketuk2 laptop
saya call hp abah, dapatla bercakap dengan iki
saya sorang je bercakap kalian
iki gelak gelak je…
nasibbaik dia dah biasa berhandphone-ing
terubat la rindu acik…ekeke
sayu hati mak
wendu anaks dan somi..hihi


































