Posts Tagged ‘Breastfeeding’
salam kak su,saya leen, sedang mengandung 7bulan.
payudara sebeleh kiri dh mula menghasilkan susu,bila saya cuba urut2 makin byk keluar dan mcm bole simpan je.
perlukah saya menyimpan stok (cth dlm baby cube) dr sekarang,lgpon rasa syng nk buang mcm tu je susu tu.saya dh cuba google most of the conversation xmenyentuh aspek stok susu pon.saya bakal melahirkan secara ceaser kerana menghadapi risiko rahim pecah akibat pembedahan fibroid 2 thn lalu.
Read the rest of this entry »
Sejak entri Jumaat lepas ditulis
Tidur saya tidak lagi lena, pukul 6 pagi dah terkebil kebil
Slow slow bangun takut anak dan hb terjaga , menolong dgn cara mereka
ON laptop, update schedule, reply email di inbox, cek order, bungkus barang, berangan
Dan pagi saya akan begini utk hari hari seterusnya, kan?
Sabtu 31/1/2009, Gigih saya menghadiri Breastfeeding Preparation Class
Ianya khusus utk ibu bapa yang expecting
Dianjurkan oleh susuibu.com di MLO
Bermula jam 9 am sehingga 12 pm
Saya kelam kabut siapkan free CD dan voucher daripada Lunatots untuk diberi kepada peserta kursus
Suami dah rela dalam paksa menjaga Iki separuh hari sementara saya ke event tersebut
Sebelum keluar rumah “abg, jgn marah Iki, biar dia buat apa dia suka”
“Dia suka apa?”
“tengok cat, tengok bird, main bedak, main lesung batu”
“okeh…”
Dalam gambar di bawah, saya nak tunjukkan waktu saya bertolak dari rumah
Jarak 16 km dari rumah saya ke Seri Kembangan

Yang ni pula gambar dalam gelap saya
Bajet ambil gambar begini, boleh nampak efek dagu panjang kah eh kan?

Saya zas zas laju laju mencilok drive selepas ambil gambar di atas, memang saya tak suka lambat sampai ke tempat kejadian
Tapi sejak jadi ibu ni, saya harus settlekan banyak perkara sebelum meninggalkan rumah tangga
Anak sudah mandikah? Suami sudah makankah?Barang2 dah masuk semuanya kah? Kain dah sidaikah? Bedak, lipstik ada dalam kereta kah?
Semasa dalam perjalanan, saya nampak Myvi hitam ada car tag “I am married with my car”
Owh, saya tak sempat ambil kamera pink utk ambil gambar dan tunjukkan pada kalians
Juga tak sempat nak ambil gambar kening saya kerut kerut tak puas hati pada pemandu Myvi tersebut ![]()
(……………dia tidur dalam garage?)
Phew, tepat 9.01 am saya sampai Seri Kembangan
Oh oh, abg disana tu tanya apa buktinya ya?

Terteleng teleng saya ambil gambar di bawah
Sebagai bukti saya dah sampai MLO lebih 1 minit tepat pada masanya

Okeh, berikut adalah gambar kelas
Saya duduk luar kemas CD di MLO
Kepada ibu ibu yang mahu melihat CD Lunatots dengan mata hati sendiri
Lunatots CD kini sudah berada di MLO, Seri Kembangan dan Sara Kids, Shah Alam

Saya tak ambil banyak gambar sebab menghormati copyright pihak pihak tertentu
Kelas Persedian untuk Penyusuan Susu Ibu amat penting
Ada orang menerangkan dihadapan lebih mudah berbanding membaca di Internet kan?
Ada jejaka di ofis saya bertanya loyar buruk “Sue, apa aksesori untuk breastfeed? Breast je la kan?”
(Yup, saya dah selerak selerakkan meja dia tanda tak puas hati dengan kenyataannya masa dia tiada di ofis!)
Persediaan utk Program Penyusuan Susu Ibu bukanlah breast semata
(mode menjeling!)
(Ku dah zas nama jejaka itu daripada diperkenalkan kepada kawan wanita single ku )
Sekadar sharing is caring,
HIGHLIGHT – Penyusuan Susu Ibu adalah selama 2 tahun kerana enzim lactase yang menguraikan laktosa (gula asli yang terdapat di dalam breastmilk dan susu lembu) hanya bertahan di dalam badan manusia selama 2 tahun
(Menjawab soalan kenapa 2 tahun?)
Susu formula mula dihasilkan pada 1870, dan asasnya ialah susu lembu dan soya
Selama 100 tahun konglomerat2 susu besar (you knoe who there are) mencari jalan utk menembusi pasaran susu bayi yang selama ini disusukan dengan susu ibu atau ibu susuan (wetnursing)
Sehinggalah pada tahun 1970, BOOM…
Semua ibu ibu di dunia amnya dan Malaysia khususnya mula memilih susu formula berbanding susu ibu utk anak mereka
Sehinggakan baby is similar to bottle, nampak bottle, teringat baby
Kerana:
- (MITOS) Susu formula yang lebih mudah disediakan
(FAKTA) Hakikatnya penyediaan susu formula LEBIH RUMIT dan perlu mengikut recommended instruction yang sepatutnya berada pada label.
Semua aksesori seperti botol, puting, sudu perlu di steril selepas digunakan untuk mengelakkan keracunan.
Tahukah anda, yang susu formula itu mengandungi bakteria yang tidak boleh dimatikan bernama E. sakazakii dan Salmonella? Refer disini dan disini
Sanggupkah anda memberikan si kecil anda susu yang tercemar iaitu susu formula?
E. sakazakii boleh menyebabkan meningitis, bloodstream infections or a deadly intestinal in inflammation in newborns or people with weakened immune systems.
Ia juga boleh menyebabkan kematian (peratus kematian adalah 30%-mengapa ambil risiko?)
Istimewanya susu ibu, ianya mengandungi antibodi IBU. Bayangkan, 25 tahun (atau lebih) kita hidup, pernah selsema, pernah batuk, pernah demam campak
Dan semua antibodi itu di share bersama anak kita yang baru setahun jagung.
Bertuah kan anak kita?
-(MITOS) Pemberian Susu Ibu adalah mustahil untuk ibu yang bekerja
Dengan informasi dan support yang limited suatu ketika dahulu
Nenek dan ibu bapa kita are giving us the best they can ![]()
Mereka belajar daripada pemerhatian
“Oh..susu kurang bila lepas pantang”
atau
“Oh..saya jenis bersusu kurang”
dan pelbagai lagi pemerhatian lain
(FAKTA) Walaupun ibu bekerja, penyusuan susu ibu adalah tidak mustahil
Yang penting, ibu faham tentang konsep supply and demand
Meneruskan pengepaman semasa jauh dari baby (bekerja)
Dan faham cara penyimpanan dan penyediaan susu ibu
Knowledge is a treasure
-(MITOS) Ibu mahu kembali kurus kerana sekiranya mereka breastfeed, mereka perlu makan ‘banyak’ untuk membekalkan susu yang cukup selama 2 tahun.
(FAKTA) Menyusukan anak membantu anda mengembalikan bentuk badan asal.
Anda membakar 200 -500 kalori sehari = berjalan selama 1 jam di atas threadmill
(Oh oh saya lebih rela menyusukan anak daripada berjalan)
Menyusukan anak anda juga merangsang hormon oksitoksin yang mengecutkan rahim (less pospartum bleeding) dan mengurangkan risiko kanser serviks dan breast
-(MITOS) Menyusukan anak menggunakan botol adalah lebih trendy
(FAKTA) Menyusukan anak di khalayak ramai bukanlah perkara yang ‘mengghairahkan’ sebaliknya ialah adalah one of the beautiful scene of the nature
Asalkan anda memakai pakaian yang sesuai dan menutupinya daripada pandangan public, your baby can have their meal at Breastaurant anytime at anywhere
-(MITOS) Breast are SEX symbol
(FAKTA) Breast are made to breastfeed your baby
Ianya lambang ‘bonding’ and ‘nurturing’
Kuatnya kuasa konglomerat dairy product yang mengaut profit 50 juta daripada rakyat Malaysia kerana berjaya mengubah identiti breast daripada lambang ikatan ibu dan anak kepada sex symbol, kan?
(Helo, helo…*tepuk tampar2 muka lelaki yang sukahati berimajinasi. cis! )
Kembali kepada kisah saya sekeluarga
Gambar ihsan daripada suami “Syg,abg dah edit gambarmu jadi flawless gebus gitu”
*sambil menunjukkan gambar dibawah
“Erm…okeh, ni SEBELUM, mana yang SELEPAS”
“wahaaaa….ni SELEPAS la!”
“eh…ye ke? nampak macam SEBELUM jer”
sambil cepat cepat buat buat busy basuh CD, main menari dengan anak
sebelum dia tunjukkan gambar sebenar SEBELUM

hakikat itu pahit bereyebag, berparut, berjeragat dan sedikit melukakan, kan?
yang tertanya tanya, iki sedang buat apa tu?
dia sedang minum susu untuk tidur
apa apa posisi pun iki boleh
asalkan iki selesa tak hek hek
mommy buat apa? mommy sambung main PSP..
(multitasker kan..)
tengok, mata dia dah kuyu
saya menyumbang nyanyian :
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
ada yang tau, lagu apa acik nyanyi?
sape dapat teka, nanti ku belikan hadiah kecil warna pink ![]()
tinggal di komen ye..
kena beritahu tajuk lagu dan penyanyi nya taww
(jgn susah susah cakap penyanyi nya ku tau..)
macamana zikry minum?
ala ala sujud tapi dahi tak cecah lantai..
quoted from my friends “yes, i look ugly (dan tak senunuh). But I’m providing milk for my lovely son
”
“and he’s your son too
”
Entri ini khusus utk Spectra 3 seperti tips2 penjagaan, harga, servis etc etc.
Ups sebelum acik menceceh panjang2, entri ini hanyalah kompilasi daripada pengalaman saya sepanjang mengendalikan Spectra 3 dan pelanggan2.
Ianya tidak mewakili kenyataan daripada UzinMedicare (tuan punya brand Spectra) ye.
Spectra 3 breastpump adalah pam elektrik standard hospital yang dikategorikan sebagai the most affordable breastpump in the Malaysia market.
(saya lah yg menkategorikannya mengikut pandangan matahati ku, selaku duta Spectra lantik sendiri)
Anda boleh refer no pada gambar di atas sekiranya perlu
(tengoklah kalians, acik sesuko hati shontengs2 gambo Spectra 3 di atas)
Tips Penggunaan / Penjagaan Spectra 3
1. Mulakan dari minimum ke maximum perlahan2 (sehingga mendapat kekuatan suction yg anda mahukan), dan kembalikan knob(bahagian no 2) ke minimum sebelum meng-off pam
Sebab: Supaya knob itu tidak stuck dimaximum. Ini adalah kerana, utk mommies yg dah biasa menggunakan Spectra 3, dia akan terbiasa dengan suction max yg paling akhir (jadi ala ala malas nak pusing2kan knob)
Perhatian! Semasa memusing keminimum, tidak perlu sampai tercabut knob (kalau tercabut pun, hanya perlu pasang kembali sahaja-tiada masalah). Hanya perlu pusing ke arah min sehingga terkeluar sedikit bunyi angin kus kus.
2. Jangan pusing2 ke arah maximum secara keterlaluan
Sebab : Terdapat bahagian yang mudah patah jika anda tolak ke arah max secara keterlaluan (pusing sekuat hati)
Akibat : Pam anda akan tiada suction dan perlu dihantar ke pusat servis.
3. Pastikan semua bahagian (no 4, 5, 6, 7 dan 8 ) dalam keadaan kering.
Sebab : Kehadiran air/wap air dalam bahagian2 tersebut akan menyebabkan air tersebut disedut ke dalam pam anda
Akibat : Menyebabkan patch di bahagian bawah motor yang boleh menyebabkan motor pam anda rosak.
4. Pastikan susu tidak termasuk ke bahagian dalam pam.
Sebab : Sama seperti tips no 3
Akibat : Juga sama seperti tips no 3
Cara mengelakkan perkara itu berlaku : Pastikan postur anda dalam keadaan tegak semasa mengepam (bukan membongkok). Perhatikan dan kawal sesi pengepaman semasa letdown refleks berlaku.
5. Kerap hantar pam anda ke pusat servis
Sepanjang 6 bulan pertama, servis adalah percuma. Jadi hantarlah untuk servis (tambah grease,check suction, pam berbunyi kuat bagai) (free things are the best
)
Selepas warranty tamat tempoh, anda boleh menghantar pam anda 3 bulan sekali untuk servis (caj semasa adalah RM50-may varies accordingly)
Proses Menghantar Pam ke Pusat Servis
1. Sentiasa simpan warranty card anda. Ambil tahu yang warranty anda bermula 6 bulan dari Purchase Date yang tertulis di kad tersebut.
2.Hubungi Histopoint di 03-5631 7288 (Zhang Ling) untuk meng-arrange proses penghantaran (samada dihantar sendiri oleh anda ataupun dicollect oleh Histopoint (bercaj)
3. Proses servis/repair akan mengambil masa 1-2 hari (bergantung kepada kadar kerosakan). Pastikan anda mempunyai backup pump (samada manual ataupun iSpectra)
Durability Spectra 3 ialah 1500 hours
Berikut adalah kira kira yg dibuat oleh saya:
Biasanya ibu mengepam 20 minit * 3 kali (di ofis) bersamaan dengan 60 minit(1 jam) sehari
Sebulan ibu mengepam selama 30 jam (hari bekerja adalah 20 hari, ada extra 20 jam di situ)
1500 jam di bahagikan dengan 30 hari ialah 50 bulan
50 bulan bersamaan dengan 4 tahun
Secara rambangnya, Spectra 3 anda tahan selama 4 tahun!
(turut bergantung kepada cara penggunaan)
Pendapat peribadi :
Pro – Affordable & Suction yang tidak menyakitkan. Yang penting, ianya serves the purpose iaitu membolehkan saya menyusukan anak (insyaAllah sehingga 2 tahun)
Contra – Bulky & Perlu ada electric socket untuk menggunakannya.
Cara mengatasinya – Saya letakkan Spectra 3 saya didalam bag nya untuk kemudahan travel & saya beli adapter 3 pin plug untuk menggunakan Spectra 3 di dalam kereta (akan diceritakan di dalam entri lain).
Harga Spectra 3 (semasa entri ini ditulis) ialah RM368
Harga untuk extra shield set (bahagian 4,5,6 & 7) ialah RM70
Tetapi jika anda membeli satu set dengan bag & cooler bag, anda akan dapat semuanya dengan harga RM550
MAHALNYA? fikir fikirkan..
susu formula purata kosnya ialah seminggu RM50
sebulan = RM200
dua bulan = RM400
24 bulan (2 tahun) ialah RM4800
belum dicampur kos anak mudah demam kerana susu formula tiada antibodi
berbeza kan RM4800 dengan RM550…
(sekali lagi, hanya pendapat peribadi acik kipuchi)
ku masih di cubicle lama
yg kecik sempits tu
dari lepas pantang haritu, tiap kali nak mengepam
haruslah ku ke bilik kecil di dalam opis (bukan tandas tau!)
sejak dua menjak bilik itu di ambil alih
ku berpindah ke server room
takpe, memana pun sama dimata hati ku
hari Jumaat lepas yg kuberpakaian serba kelabu kusam tu
berlaku sesuatu yang baru padaku
(yela, maksudku selain baju baru)
aiceh korang….hover kan, nk bagitau baju baru la tuh!
ok ok, kita balik ke kisah yg mahu kuceritakan neh
iaitu ku mengepam di cubicle sendiri!
*siap ada tanda seru di hujung ayat tanda ku eksaited
selama ni ku soroks dari pemandangan semua org
kalini, masih tersoroks sopan
tapi ku lebih bebas membuat kerja sambil mengepam
jimat masa weh…takdolah acik tertekan muko kodut kodut macam selalu tu
ape abg Digi ni buat kat sineh?
ku kan pengguna Digi skrg ni (hp opis kasitu)
hokeh, mula mula tanggalkan brooch yg anda pakai
kemudian cari jacket sesape utk menutup proses setup-an pam
acik melentok kanan
bila anda rasa panas,buang je la jacket tu
tutup pam & bottle ngan tudung
since tudung anda kan dibawa kedepan (dah buka brooch bagai)
sekarang acik lentok kiri pula
inilah hasil pam-anku sambil melentoks ambil gambar(12 oz)
gambar2 ni bukan bukti ku hover taw (haih siap ada disclaimer)
ku cuba menunjukkan pada kalian…tk nampak apa apa pun dari cubicle lain
dan spectra 3 sangat senyaps
acik jiran sebelah cubicle tak perasan pun taw
Nota cubicleku : gambar lentoks2 tu sesuai sangat buat hantar kat kolum Kembang Setaman..hiks













