Posts Tagged ‘breastpump’
cerita ini mengenai seorang mummy muda (sebaye ku, muda la kan
– pewasan)
namanya Rizua (angkat tangan dear, cigu panggil namamu ni!)
yang gigih menyusukan anaknya, Khaira Auni Humaira (berusia 8 bulan 2 minggu)
semasa 2 bulan dalam pantang, khaira exclusive breastfeed (tak campur susu formula langsung!)
dan segalanya bermula semasa mummy Rizua perlu kembali bekerja
dan Khaira perlu ditinggalkan (tanpa stok ebm langsung) untuk berkursus selama sebulan
murid murid, apakah ebm?
ebm ialah expressed breastmilk ![]()
dan fm ialah susu formula (anda akan jumpa banyak perkataan2 seperti ini di blog saya)
mari kita ikuti kisah mummy Rizua ineh (diedit2 sikit oleh ku-terutama bab puji2 ku (gaga))
———
ku terhenti penyusuan khaira selama sebulan
coz kene pg kursus btn+ induksi mase bln mei 2008 (sebulan)
masa tu die br 2 bln 2mggu..
Khaira mmg exclusively bfeed semasa pantang
mmg masa pregnant niat di hati mmg nak bfeed bby
tp mase tu xler cari ilmu bfeeding ni secukupnye
Disebabkn br jek join gomen nk xnk kene gak pegi
nnti xleh nk knpem pule kan (hati beeerat nak tinggalkan baby)
stok ebm pule xcukup sebab dalam pantang dulu xreti wat stok
ilmu bab bfeed sgt cetek,pam hanya sekali di opis,stok hanye cukup2 aje..
niat di hati nk nyusukan selama 2 tahun
ku plak mmg kalo buleh xnk khaira di susukan dgn fm
kerana ku tahu ku mampu nyusukan die exclusively
pk punye pk,kebetulan akak ade baby juge yg tue 2 bulan dpd khaira
so ku tggal kan die ngn akak n minte die susukan khaira sekali
Alhamdulillah akak mahu tolong nyusukan khaira
Bile akak ku start kije (cikgu), khaira stat + ngn fm sbb xde stok ebm
akak plak mmg xbuat stok pun coz ank die xnak minum lgsung ebm dr botol
sggup tggu umi die balik…
ceritaku semasa di kursus pula
breast ku bengkak giler..susu melimpah ruah
tpakse dibuang sbb xreti nk simpan
peralatan yg ku bw hanya pam manual avent
hanya untuk melegakan breast yg bengkak di samping xmo susu kering
bila pg kursus ke tempat ke dua yg facility nye cam hotel gtu
ku teruskan ngepam n simpan wat stok, itupun 2x jek seari
sebab jadual sgt pack..so susu makin kurang n xdele selebat dulu
ku cari2 di intenet ubt utk xnk susu kering
ku ambil motilium 3x seari tuk ensure susu ade disamping minum oat
spnjg kursus ku hanya sempat bfeed kan 2 hari jek mase cuti agung n
mase 1 ari cuti khaira di bw dtg ke sana
2 ari jek sepjg sebulan tu!
Stok yg kubuat pule khaira xmo minum n freezer umh akak pule rosak.
So stok ku di buang begitu saje..
Memalam sokmo nangis igt kan die,kekdg time pam pun nangis sbb xdpt bfeed
die..sedih sunggguh mase tu
Sblum pulang dari kursus ku jumpe website susuibu.com
kat ctu kudpt byk info
ku order milkmaid tea n pil asi utk tambah susu
Pulang dr kursus kuteruskan usaha membfeed khaira
ambil cuti tuk susukan die selama seminggu
bykkn direct feeding khaira tuk stimulate more milk tp mase 2 top up juge ngn fm
sbb susu xbyk kucube memacam cara nk byk kan susu
Ku tpon juge Pn Kamariah (pengasas susuibu.com) n ade juge pegi jumpe Pn. Rita (pengasas MLO) minta nasihat diaorg
Stat kije, member (dila kpkt, thanks!) introduce la set spectra3 yg di jual di diyaluna.com
harga nye agk berpatutan dan
boleh buat double pumping jimat masa n tenaga disamping tidak lenguh.
Ku tpon terus sue ini n order spectra 3 tuk menambah prodctn susu ku secepat mungkin
sue menasihatkan agar kerapkan mengepam(walaupun tak keluar apa apa) n memacam lagi..
ku ikut nasihatnye, ku tabahkan hati, kuatkan semangat
ku pam 4-5 kali di opis, dan weekend pam juge
ku mahu buktikan ibu bekerja mampu nyusukan anaknye secara eksklusif
Alhamdulillah daripada 1-2 oz jek setiap kali ngepam
kini ku mampu mendapat 5-8 oz setiap kali sesi ngepam
( ku minum soya organic+oat+raisin tuk byk kan susu disamping
ambil pil fenugreek 3x sehari, so far sgt membantu ku)
susuku xdela sebyk sue ini(ehem ehem, bab ni ku terbatuk manja pula),hehe
tp cukup tuk khaira n cukup tuk ku buat stok ebm yang dari 0 itu
sehingga ku beli 2 door freezer tuk simpan ebm
dulu pakai 1 door xmuat nk simpan ebm n lelauk basah..hehe..
sekrg dpt bg khaira lebih fresh ebm tuk die consume hari hari
Alhamdulillah, dgn izin Nya usaha ku berjaya setakat ini untuk fully bfeed khaira
begitu juge dgn pertolongan sue yg hanya kukenal di alam maya ini yg xjemu2 mmberi khidmat nasihat f.o.c
dan pam spectra3 ku yg sgt2 berjasa yg ku sandang tiap2 ari ni
moga2 di permudahkan mnyusukan hingga khaira 2 tahun
begitu juge ibu2 mnyusu yg lain…
dan bukakan hati ibu2 yg sedang mengandung sekarang tuk eksklusif bfeed bby diaorg nnti
…amiiiinnn…(riez, ku amin kan jua)
——-
ini adalah hasil pam-an riez utk sekali
menarik kan…daripada zero knowledge, susu kurang
tetapi berbekalkan semangat utk menyusukan anak
dan nasihat daripada saya yang tak seberapa
(terima kasih riez, kerana percayakan saya utk meng’guide’ dirimu)
rizua berjaya melakukannya!
stok ebm rizua, walaupun tak sebanyak cikpuan za
(za memulakan pengepaman semasa dalam pantang)
kisah rizua, iras kisahku juga…bermula dengan zero knowledge
zero ebm ..sehingga lah sekarang
tahniah rizua! Alhamdulillah atas kasih sayang-Nya, kita sama sama mampu menyusukan
dan membuat stok ebm..
khaira shomels, membesar dengan sihat ye nak!
Terima kasih rizua & khaira kerana sudi berkongsi cerita
sharing is caring kan ![]()
jalan jalan ke blog rizua
Tips dari saya utk ibu yang mahu meneruskan penyusuan setelah mula bekerja:
Semasa di ofis (berjauhan dari baby)
- Pam 3 jam sekali
- Ataupun semasa breast rasa penuh
- 20 minit sebelah breast (biarkan saja pam ON walaupun tak keluar apa apa)
- 10 jam berada di ofis, anda akan mengepam sekurang2nya 3 kali
Semasa malam dirumah & weekend
- Pam 3 jam sekali
- Ataupun semasa breast rasa penuh
- Atau 15 minit sebelah breast selepas menyusukan baby
- Utamakan pengepaman di malam hari (pukul 12 pagi hingga 6 pagi) kerana hormon prolaktin amat tinggi pada waktu ini dan komposisi susu ibu lebih banyak lemak.
Nota untuk lactating moms yang bekerja : Target untuk dapatkan sekurangnya 50 botols ebm di dalam freezer kerana akan sampai masanya production susu harian anda merudum (saya pernah mengalaminya, dan berasa serik).
Production merudum:
- sekali pam hanya 2 oz dan kadangkala titik2 sahaja
- biasa berlaku semasa mama stress-dengan kerja, relationship etc etc
- berlangsung selama satu ke dua minggu
saya nak berstori mori mengenai iSpectra
breastpump baru dari Spectra yang ringan dan portable
terlebih dahulu, perlu saya kipuchikan di sini bahawa iSpectra hanya sesuai sebagai pam kedua anda
maksudnya selepas anda mempunyai pam seperti Spectra 3
atau Medela Freestyle , ataupun Medela PISA
mengapa? kerana durability iSpectra hanyalah 350 hours
kalau mengikut kira kiraku yang lemah matematik
kalau sehari, ibu mengepam 20 minit kali 3 kali = 60 minit (1 jam)
sebulan 30 hari bersamaan 30 jam
dan jika 350 hours dibahagikan dengan 30 hari sebulan = 12 bulan
berbanding Spectra 3 yang berdurabiliti 1500 hours = tahan selama 50 bulan
checkout article mengenai Spectra 3 disini
sekali lagi, mengapa perlu ada pam kedua?
kerana semasa pam Spectra 3 (atau Freestyle, atau PISA) anda di hantar servis
ianya akan mengambil masa 1-2 hari bekerja
sepanjang tempoh itu, ibu biasanya menggunakan pam manual utk mengepam 3 kali semasa di ofis
yang bukan murah juga harganya , contohnya Medela Harmony ataupun Avent Isis
(dalam RM240++)
daripada membeli pam manual yg berharga RM240++, lebih baik dapatkan yang elektrik & battery dengan harga RM378 (iSpectra) sahaja kan
alah, acik saje je kipuchi
meh kita tengok pam ni..
saya susun kotak ispectra ni atas ironboard saya dan paksanya senyum
sangatlah kecil dan ringan macam saya pam ini
ala ala shenta pandang berkali kali lah saya
cuma bab durability sahaja buat saya merindui spectra 3 saya yang dihantar serbis
okeh okeh, sedia taw
saya nak ON kan pam (nerbes weh..)
dok dendiam atas kotak serber ye iSpectraku
okeh, start..
yang menariksnya tentang iSpectra ni kalian
ada button utk cycle & vacuum (dari 1 ke 5)
kalau cycle 1, laju rentaknya macam baby suck
makin lama pam, bolehla berdikit dikit kita naikkan kepada 5
dan volume adalah utk suction nye power
saya pakai 1 pun dah okeh kalian
saya sangkakan cam spectra 3, kena buh sampai max baru susu keluar
iSpectra ini memang kecil kecil bersuction kuat
——————————–
percaya tak, sepanjang sesi testis pam ini, saya gunakan 6 tiub?
kerana susu termasuk tiub (backflow)
dek kerana susu banyak sangat masa letdown
———————————
*eksplanasi mengenai perenggan ini akan saya eksplenkan di bawah
dan bagi kalian yang dah biasa dengan spectra 3
masa tengah mengepam kan kita boleh main cabut2 corong kan..
kalau guna iSpectra, macam bergaduh sensorang masa kita nak cabut corong semasa pam sedang ON
harus OFF dulu (apo acik cakap belit belit ni)
ok ok, yang cuba saya sampaikan..
suction iSpectra sangat kuat (tapi tidaklah sampai menyakitkan nipple atau luka etc etc)
anak anak dara ngan abg abg pejam mata tau
jangan imagine bukan bukan!
ini gambar saya dengan baju pink bagai semasa sedang men-test iSpectra
yang saya bulatkan dengan kotak pink itu adalah ciri baru tiub Spectra
nampak cam Robocop tak saya?
(siap pegang iSpectra tu kalians..maklumlah selalunya guna Spectra 3 tak merasa la nak pegang gineh..ekeke)
ciri baru lain, terdapat cover shield disediakan
fungsinya, untuk menambah kuat sedutan iSpectra
(sesi kedua mengepam, saya cabut cover shield ni, sbb kuat sangat..)
dan lagi satu, bunyinya kuat dari Spectra 3
(Spectra 3 masih pam yang tersenyap di market)
oh ye, iSpectra boleh juga digunakan dengan menggunakan 4 batteries AA
tempat bateri ada dibahagian bawah pam
*jika anda tak de elektrik socket
ini hasil tenusu-ki (tenusu untuk iki) menggunakan iSpectra
wokeh, saya ingin menjelaskan part backflow (susu termasuk tiub banyak kali)
sila lihat gambar di atas
bahagian yang saya bulatkan ialah bahagian yang menyambungkan ruang udara ke tiub
dan sekiranya anda sesuka hati menanggalkan shield cover (macam acik semasa sesi pam kali kedua)
susu akan mudah masuk ke dalam tiub kerana tiada cover
kira ini adalah improvement dari pihak Spectra kerana shield cover ini boleh mengurangkan risiko backflow
(acik sambil nelepon Spectra, nak tanya shield cover ni leh pakai kat shield Spectra 3 tak)
ramai kawan2ku yang termasuk susu di dalam tube kes di luar sedar (hihi..)
waha kalian, fahamkah?
kalau tak faham, calling ku ye..
*nah..saya tempekkan sekali lagi gambar shield cover
(2 gambar sama dalam satu entri…nampak cam entri ku panjang sket..ahaks)
selamat mempertimbangkan iSpectra kalians!
nak testising? datang umah saya bawa kerepek2 kat cheras
atau calling is sharing ku di 012 5880515
ku masih di cubicle lama
yg kecik sempits tu
dari lepas pantang haritu, tiap kali nak mengepam
haruslah ku ke bilik kecil di dalam opis (bukan tandas tau!)
sejak dua menjak bilik itu di ambil alih
ku berpindah ke server room
takpe, memana pun sama dimata hati ku
hari Jumaat lepas yg kuberpakaian serba kelabu kusam tu
berlaku sesuatu yang baru padaku
(yela, maksudku selain baju baru)
aiceh korang….hover kan, nk bagitau baju baru la tuh!
ok ok, kita balik ke kisah yg mahu kuceritakan neh
iaitu ku mengepam di cubicle sendiri!
*siap ada tanda seru di hujung ayat tanda ku eksaited
selama ni ku soroks dari pemandangan semua org
kalini, masih tersoroks sopan
tapi ku lebih bebas membuat kerja sambil mengepam
jimat masa weh…takdolah acik tertekan muko kodut kodut macam selalu tu
ape abg Digi ni buat kat sineh?
ku kan pengguna Digi skrg ni (hp opis kasitu)
hokeh, mula mula tanggalkan brooch yg anda pakai
kemudian cari jacket sesape utk menutup proses setup-an pam
acik melentok kanan
bila anda rasa panas,buang je la jacket tu
tutup pam & bottle ngan tudung
since tudung anda kan dibawa kedepan (dah buka brooch bagai)
sekarang acik lentok kiri pula
inilah hasil pam-anku sambil melentoks ambil gambar(12 oz)
gambar2 ni bukan bukti ku hover taw (haih siap ada disclaimer)
ku cuba menunjukkan pada kalian…tk nampak apa apa pun dari cubicle lain
dan spectra 3 sangat senyaps
acik jiran sebelah cubicle tak perasan pun taw
Nota cubicleku : gambar lentoks2 tu sesuai sangat buat hantar kat kolum Kembang Setaman..hiks
mulai harini, lokasi pengepaman ku telah diambil alih
engineer dok susun2 server meja bagai disitu untuk testing for incoming project
ku garuk2 la kepala, mana harus ku tuju utk ngepam
ikutkan hati yg tulus mulus ni, kupam saja dicubicle kecilku
tapi bimbang kalau ter ter buka, nampak lemak di sini sana
harus ada yang tak lalu lunch nanti!
mana kutuju?
ku pergi bilik server terus
alang alang takde org, bolehla ku menumpang kasih, ye tak?
ku kunci dok diam diam..
hanya bunyi pam yang kedengaran
dan keletuk keletak ku apdet kedaiLUNA dengan cloth diaper baru
kelam kibut begitu, dapatlah juga 8 oz
alhamdulillah…




















