Posts Tagged ‘insurance’
Ho?Harini update lagi?selalunye se dua minggu sekali baru update
Ni kisah baca blog VirusPadu la neh
sangat best la blognya, kisah dia, kisah nisa
dan kisah sedih leesha (basah bantalku srot srot nangis)
rasa rasa mcm ku pernah berselisih bahu dengan cik viruspadu ineh
di chatbox main kuiz 5 tahun lepaskah?
(ah asal pemes,ku terus mengaku kawan)
oh ye, yang kucuba beritau, cik vp neh update blog hehari lepas anak tidur
ku cuba la buat mlm tadi lepas iki tidur
on laptop, tunggu loading….sempat iki hek hek merengek
nak tidurkan kena gunapakai mommynya
sudahnya ku tertidur sekali, dan laptop on sampai ke pagi
cam takleh pakai saja formula update blog cik vp tu pada saya dan keluarga saya?
sudahnya hb subscribekan saya Celcom Broadband
dan dengan berbaik hatinya membelikan modem dari Dato K bukan siti punya
(jangan ingat dato siti je ada dato k tau)
senang katanya kalau nak update blog di mana sahaja pada bila bila masa
*uih,mcm blog chedet saja lagaknya, perlu diupdate selalu
gagaga…
entry kalinih ku nak cerita pasalku saja
dah banyak entry iki..hihi
sekali sekali kasi can mommy menyempil ye tak
keterujaan baruku—Cloth Diaper(CD) untuk iki
cloth diaper ineh sebenarnya adalah seperti lampin kain yang kita pakai masa kecik2 dahulu
(okeh, mak kita pakaikan pada kita sebenarnya)
cuma diperbaharui dengan lapisan lindung bocor di bahagian luar lampin
cara penggunaannya, sama seperti disposable diaper (MamyPoko, Drypers, Huggies etc etc)
3-4 jam sekali lepas berat dan lenjun, tukar CD yang lain
bezanya….perlu basuh(menggunakan mesin basuh pun boleh), tk seperti disposable diaper yang hanya perlu dicampak di bawah katil, tepi meja solek dalam tong sampah
kelebihannya..tiada bahan kimia seperti yang terkandung dalam disposable diapers
kenapa saya bertukar angin kepada CD?
kerana kulit iki yang amat sensitif merah merah di bahagian sini sana
saya kasihan kan dia
tak mengapalah, biar saya bersusah susah basuh CD guna washing machine
asalkan iki kurang terdedah pada bahan kimia di sekelilingnya
natural parenting…back to natural ways seperti suatu ketika dulu
iki baru ada 1 CD
sepatutnya utk sehari, baby perlu ada 5-6 CDs
perlahan perlahan lah iki ye, mommymu kumpul sen sen yang ada utk membeli CD =)
*pist,yang kepingan2 itu namanya insert utk diisi didalam CD

bulan puasa kali inih kami agak M stand for malas giler
makan apa yang ada, tak mahu fikir2 pasal makanan macam selalu
sudahnya kami berbuka di rumah masak sadin dan sup sayur
dan kadang2 telur dadar sahaja
dan sahur,kami bersahurkan oat yang dibancuh dengan horlicks dan ditabur dgn raisin
sekali sekala berubah angin sahur
owh, kami sekeluarga baru mendaftar insurans baru
sebelum ini saya dan suami menggunakan khidmat Takaful Malaysia
pembayaran adalah melalui online payment Maybank2u
walaubagaimanapun kami dapati setiap kali pembayaran di buat, transaksi hanya diterima selepas 2 bulan
maksudnya jika bayar on January
dalam rekod, bayaran diterima pada Mac
dan secara logisnya, pada bulan January & February
kami tidak dilindungi apa apa atau dengan kata lain
jika sesuatu berlaku kepada kami, claim itu tidak valid dek pihak insuran
makanya, bagi mereka yg membuat pembayaran insuran melalui online
semak semaklah dengan syarikat insuran anda ya!
sementara mencari2 insurans yang sesuai untuk kami sekeluarga
saya mengambil pelan AIG Insurance setelah agen AIG asyik calling is caring saya
polisinya tidak kami teliti sangat
kerana kononnya utk sementara sahaja
saya setuju utk mengambil AIG kerana ia akan menolak caruman bulanan (caruman kan?) daripada kad kredit
lebih mudah kan?
akhirnya kami jumpa insurans yang sesuai, iaitu Takaful Ikhlas
saya ambil pelan Ikhlas Wanita Takaful
yang melindungi penyakit khusus wanita seperti SLE, kanser payudara, serviks,vulva, vagina etc etc
dan pembentukan semula muka dan buah dada (atas sebab2 kemalangan sahaja)
termasuk komplikasi semasa melahirkan mahupun kematian bayi semasa mengandung
untuk zikry dan suami, pakej Ikhlas Savings Takaful
dimana iki dilindungi sehingga umur 23 tahun bujang trang tang tang
katakan usia pembayarnya tak panjang, caruman akan ditanggung oleh pihak insuran
sehingga usia yang dicatatkan di atas
dan untuk suami, pakej insuran perlindungan selama 30 tahun
yang melindungi 40 penyakit kritikal (yang syarikat insuran lain pun cover)
mengapa insuran?
bila saya duduk2 dan termenung berfikir, kedua dua saya & suami bukanlah kakitangan kerajaan yang dilindungi dengan pelbagai benefit
(saya apply2 tak dapat2 keje gomen..hehe)
jadi kami perlukan perlindungan untuk sampai ke umur 55 (kalau hayat panjang, amin)
iaitu 30 tahun lagi (ai perasan 25 you)
ops, kisah di atas hanya utk cerita syok sendiri saya
jika ada yg mengguris perasaan atau tersentuh, saya pohon ampun maaf ya!
sekadar kisah suka suka yg mungkin boleh dibuat modal utk bersembang
phew, entry ini saya karang dari ptg semalam
bawa ke malam, zikry hek hek hek
bawa ke lepas sahur….barulah siap
saya nak subuh gajah sebentar
bye!




